Friday, October 30, 2009

short bottle embossed

Short bottle embossed

Koleksi botol pendek emboss transparent( jernih) yang ada dalam simpanan En Kamil.


Botol pendek emboss transparent ni di kategorikan kepada beberapa jenis atau gred iaitu Gred A (botol frozen-very rare, aku takede botol ni, Gred B (seperti gambar di bawah, emboss yang timbul dan botolnya berat sedikit) dan Gred C (emboss tidak berapa terang dan botolnya agak ringan).
Mengikut collector yang senior, terdapat variation pada botol jika dilihat dengan teliti, ada yang botol emboss yang berwarna sedikit kekuningan, putih dan sedikit kehijauan tertakluk kepada kaca pada zaman dahulu sewaktu dibuat botol tersebut.
Value botol pendek emboss ni sepatutnya tidaklah tinggi sangat harganya kerana pada waktu tersebut dikeluarkan di kilang atau 'Large Scale Production'. Disebabkan ianya tidak disimpan dan hanya dijumpai tertanam dalam tanah atau di tangan collector maka sekarang harganya agak lumayan jugalah jika di jual di pasar karat atau flea market, bergantung pada byk faktor.

Botol Gred B


Botol Gred C


tanda 37 logo 57


Tanda B 51

tanda 57-37


tanda S 18


tanda SG 40 - botol yang digilai oleh ramai collector kerana digunakan di Malaysia dan Singapura pada tahun 60 an. aku ada sebiji je botol ni...

tanda queen



tanda D 45


tanda C 30


Tuesday, October 27, 2009

turun dari planet mana nie?

AUTA????

Minta bantuan dari otai-otai, pernah ka coca cola malaysia keluarkan botol KACA side of life cam gini...gambor ni diambil dari laman web e-bay , sorang seller dari negeri china menjualnya di ebay-
http://cgi.ebay.com.my/coca-cola-happniess-factory-bottle-malaysia_W0QQitemZ270474330902QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item3ef986c316


FAKTA

1. Pet botol side of life 500ml, yg dikeluarkan coca cola malaysia.


2. Limited Edition bottle side of life (M) 'come with side of life box'.


Monday, October 26, 2009

apa kaitan tangan makcik ni dgn coca cola

Gelas Mc d coca cola atlanta 1996.

Minggu lepas semasa membuat ekskavasi ke amcorp mall, ternampak satu seller mengeluarkan sedozen gelas coca cola atlanta 1996 warna hijau, kerjasama dgn mc d, so aku rasa baguih jugak buat setory pasal gelas coca cola nie.

Sepanjang aku mengkatalog jenis-jenis gelas yang aku tau jenis menatang gelas camni ada 3 jenis. Collector biasa sebut, jenis emas,perak dan gangsa, tak tau la pulak aku kot-kot ada orang lain simpan 4 jenis. Korang bgtau la ye kalau korang ada simpan bentuk atau gambar lain utk gelas atlanta 1996 ni.


3 jenis gelas yg biasa di kumpul oleh collector, emas , perak dan gangsa.


Sebelah sisi yg dicetak dgn logo Mc D


Atlanta 1996 dicetak logo coca cola.

Sunday, October 25, 2009

apa yg menariknye tempat nie

Flea Market Shah Alam kat sebelah stadium shah alam.

Dua frame gambar awek minum coca cola, aku snap kat pakcik khalid punya kedai di flea market shah alam. ni gambor ori, dia kopek dari majalah lame... rega aku tak tanye pulak brapa..

Pasar pagi shah alam atau Flea Market ni dah biasa bagi orang shah alam dan kl. kat sini aku just nak share info, kot kot ada orang yg tak pernah pegi, kasi tengok apa ada disini. 10 tahun dulu tahun 1999 asal memang old skool, betul-betul punya flea market, datang pagi park kereta, buka bonet, jual barang second hand, jap lagi datang orang MBSA kutip RM 20.00 bagi setiap tapak.....really old skool.
La nie kalu berani buat camtu tak pasal pasal kena angkut dgn lori pasal sekarang dah ada lesen.

Ada beratus gerai kat kiri dan kanan jalan...kalau boleh habis tawaf aku respek... yg belah sini gerai barangan kering..


Yang sini gerai pasar tani mega...



ha ha ha siapa punya chopper nie....jimat petrol, datang pasar pagi naik basikal...old skool



pinggan lama, mat gebu punya line...



En khalid punya kedai second hand, kekadang pakcik ni bawak byk barang coca cola.

gambar f & N old skool yg telah discan dan di framekan... bagus gak idea pakcik khalid ni kan.Barang melayu lama.... english breakfast set pun ade


kasut bundle... Monopoli kat sini ...baju bundle


Brrrrrr

Brrrrr

Pagi nie 25/10, on da way ke Stadium Shah Alam, kat simpang Coca Cola di Bukit Belimbing terpandang iklan baru Brrrr Coca Cola, rasanya untuk Piala Dunia 2010 kat Afrika Selatan la kot.


khas utk bro BG 79 kat kota singa

Evolution bottle

Khas utk bro BG79, evolution bottle ni masih lagi boleh didapati di Amcorp Mall - photo dari kedai alfred di amcorp mall -gambar diambil 25/10/2009.



Wednesday, October 21, 2009

The very first and unofficial Coca Cola Collectors Trade Fair in Malaysia

The first and unofficial, Coca Cola Collectors Trade Fair on March 25th, year 2007 , Sunday in Sunway Pyramid.




Klik link utk gambar pd hari itu..

http://www.designenterprise.com/2007/03/27/post-visit-report-the-coke-collectors-trade-fair/





Trade fair yg pertama utk pengumpul coca cola pada tahun 2007. la nie aku tak kenal sorang pun semua mamat nie, bila gathering yg kedua baru aku kenal.

mana mau lari haaa...PERKY PINK

Perky Pink berjaya ku tawan jua.

Akhirnya, setelah berharian memburu Perky Pink, banyak gunung telah ku daki, banyak lurah telah kuturuni, banyak lembah telah ku tempuhi, banyak mc d outlet di klang valley telah ku redahi akhirnya.... Perky Pink telah ku temui jua... Jutaan terimakasih kat encik freddie , collector coca cola dari ampang... kerana telah menjualkan satu Perky Pink kat aku...




La nie perky pink menghuni rumah baru... barulah en kamil boleh tidur lena...kroh..kroh ...krohhh


Moral of the story.... kalau aku tau Perky Pink nie limited , sahih dari awal aku tapau banyak-banyak.... boleh buat duit woooo.....

Sunday, October 18, 2009

Malaysia Diet & Light

Malaysia Diet Coke Can/ Coca Cola Light

Empat siri diet coke can nie aku kategorikan sebagai sikit rare, pasalnya aku tahu ada lagi old skool . Macam biasa la, apa yg aku list kat sini sebagai rujukan aku je, dan rujukan kepada kawan-kawan yg baru berjinak-jinak nak kumpul can.

SIRI 1 diet Coca Cola / DIET Coke



Variasi ataupun 'variation'- perkataan yg cukup popular di kalangan collector yg otai, kerana tahap DEWA pengumpulan barangan collectible sampai terpaksa membezakan dari kiri:-

i) tin satu 325 ml - tiada gambar 'don't litter'
ii) tin dua ada gambar 'don't litter'.
iii) tin tiga -dibuat untuk lion malaysia sdn bhd kl
iv) tin empat - dibuat untuk f&n coca cola malaysia sdn bhd kl

antara variation tin satu dan tin dua adalah recycle logo...warna chrome dan warna merah...

antara variation tin tiga dan tin empat - dibuat untuk, lion dan f&n.
aduh...jangan pening pening ...




SIRI 2 - Diet Coke

i) Nikmati hidupmu - tin satu 'tiada riben disekeliling tin'
ii) Nikmati hidupmu - perbezaan tin satu dan tin dua 'terdapat tambahan riben disekeliling tin'
iii) Nikmati hidupmu - tin tiga 'FRIENDS'
iv) Tin tiga - coca cola world cup 2002


SIRI 3 - Coca Cola Light


i) Nikmati rasa hebat baru - tin satu tiada iklan 'plain'
ii) Nikmati rasa hebat baru 'Miss Malaysia'
iii) Hayati citarasa bersama 'Friends'
iv) Nikmati impian 'gambar jantan'

SIRI 4 - Coca Cola Light


i) Coca COla Light Lemon
ii) RHB Bank
iii) LOVE Diamond
iv) Zero Sugar



Thursday, October 15, 2009

Masa untuk Coca Cola atau masa untuk mengelabah ????

Masa untuk Coca Cola atau Masa untuk Mengelabah ????

Apahal ni En Kamil? Entry lain macam je nie...
Mana tak gelabahnya, bila tengok dalam suratkhabar gelas coca cola mc d Perky Pink dah SOLD OUT... tanya kat Dato Chua, stok yg dia ada pun dah let go...harga triple....lagi la aku mengelabah..

(tukar gambar iklan surat kahabar, baru dramatik sikit..he he he ...)


Tu hari masa pi Sunway Pyramid dapatlah gelas Cool Blue dua ketul , masa tu kat outlet MC D tu tanya minah kat sana, boleh dapat gelas colour pink tak, minah tu kata pink dah habis. Aku macam biasa la , lain kali je la carik, mesti kat outlet lain ada lagi, pasal pengalaman aku masa coca cola dgn mc d keluarkan gelas beijing 2008, dua set aku tapau...tak hingat..



Azam .....mesti carik gelas pink sampai dapat, macam biasa pertolongan diperlukan dari fellow collector yg diluar sana, kalu ada xtra lepas la kat aku sebijik...

Limited Edition Collectors Pack


Ha, yang ini lagi la rare, limited edition, aku tau benda nie nak dapat masa pelancaran gelas ni, pergi daftar kat web mc d & facebook, pastu join satu contest, pemenang akan dapat set nie. Yg bestnya aku tau contest nie ada, tapi aku tak cuba pun.... hu hu hu pasni kalau ada orang listing kat mudah atau ebay harga mesti terangkat tak hingat....

Tuesday, October 13, 2009

Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke

Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke


When the Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke programme was launched in September 2002, Malaysian Coca‑Cola consumers were the first in the world to be given the chance to choose their own individualised bottle label, making their Coca‑Cola bottle a collectors’ item in future years. Consumers could shrink-wrap 500ml PET bottles of Coca‑Cola in one of four designs featuring local Malaysian lifestyle themes. Malaysia was the first of only three countries to test this Style-A-Coke labelling programme, which has proved very popular with consumers


Korang kalau jalan-jalan dan jumpa botol ni dgn harga murah, rembatlah, pasal PET botol 500ml ni barang Malaysia dan harga yg aku survey la ni pun seller tolak agak tinggi jugak. Aku dulupun masa barang nie baru launching tibai gak 4-5 set, la nie byk dah tolak kat orang.