Sunday, August 29, 2010

fat bottle -kira dah khatam dah

Setelah hampir 20 tahun menunggu dan bersabar, akhirnya impian untuk mendapatkan fat bottle ITALIA 90, terakhir bagi melengkapkan koleksi keseluruhan Fat bottle 285 akhirnya terlerai jua pada hari ini 29/08/2010, di Amcorp Mall, kira lagi 2 hari Malaysia nak menyambut kemerdekaan.

Walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi -more than USD 100 (pengsan collector mat salleh dgr harga brg coke di Malaysia) tetapi kepuasannya melebihi segalanya, kerana cabaran untuk mendapatkan fat bottle italia 1990 ni berliku dan penuh dgn cabaran.

Pernah diherdik dgn Otai kerana fat bottle italia 90 ni (tetapi anggap ianya sebagai proses pembelajaran), dan pernah berada didepan mata (RM500) tetapi disebabkan kurang RM, melepas begitu shj.


dan pada hari ini dengan disaksikan bro nazrin & shan (ayah aiman), maka beralih tuan tangan fat bottle italia 90, dan maka dengan ini boleh dianggap sebagai khatamlah siri fat bottle 285 ml en mat.
Maka kalau ada fat bottle keluaran lain (yang korang ada) tetapi tiada dlm simpanan en mat, maka bolehlah dianggap sebagai FAT BOTTLE BERDARAH.


1. senarai fat bottle dlm simpanan en mat


2. senarai fat bottle east coast dan river valley


dikesempatan ini en mat ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, 'MENJANA TRANFORMASI ' KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAUNGAN.....

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!