Crate kayu coca cola Malaysia yang ada dalam simpanan En Kamil ada dua jenis iaitu :-
i) Warna Merah, Property of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (S) Pte Ltd
ii) Warna Merah,Property Of East Coast Bottlg Sdn Bhd (ECB)
dan yang ketiga tiada dalam simpanan En Kamil tetapi ada dalam simpanan Bro Nazrin ialah
iii) Warna Kuning, property Of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (s) Pte Ltd
1) CRATE NO 1
Siri crate kayu yang pertama dan kedua (crate Pantai Barat dan Pantai Timur ) tiada perbezaan tetapi iaitu masing-masing mempunyai sisi yang sama iaitu Minum-lah Coca Cola. Tetapi apa yang membezakannya adalah sisi tepi dimana :-
Ada sisi tepi yang dicetak dgn perkataan A-H
Sisi tepi yang dicetak dengan huruf S
dan crate ketiga yang dicetak dgn sisi tepi yang dicetak dgn huruf K-S
2. CRATE NO 2
Sepertimana crate no 1, sisi tepi yang membezakan antara Pantai Barat dan Pantai Timur iaitu di Pantai Timur ianya dicetak dgn perkataan Prop of East Coast Bottlg Sdn Bhd.
dan disebelah yang satu lagi dicetak dgn huruf cina COCA COLA.
3. CRATE NO 3 - antara crate coca cola terawal.
MINTA IZIN BRO NAZRIN DULU ,PASAL INI CRATE DIE..... LA NIE ADA KAT PAKISTAN SEBULAN. DATUK , ANAK CUCU TUMPANG PINJAM GAMBAR ... BOLEH KAN....
Crate nie beliau dapat dari kedai di Singapura. Warna kuning dan sebelah sisi mempunyai tulisan cina COCA COLA.
Drink COCA COLA Trade Mark Reg - ha ha ha apa yang mebezakan crate yang terdahulu adalah ianya menggunakan perkataan Inggeris iaitu DRINK berbanding crate selepasnya iaitu Minum-lah.
pandangan sisi Property of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (S) Pte Ltd.
itulah sahaja beberapa jenis crate yang ada kat tangan aku dan sebuah crate kepunyaan Bro Nazrin, la nie azam pula mencari crate kayu 1 liter pulak, dengarnya ada collector ada crate tersebut, tapi kalau nak beli kat mana ye.....