BERITA TERKINI 02/07/2011
UTK PENGETAHUAN SI GEMUK INI (FAT BOTTLE) TELAH DILAMAR OLEH SANG PUTERA DARI NEGARA TEMASEK.
terbaik dari ladang -ini adalah kali kedua en mat mendapat fat bottle 500 ml ini setelah lama memburunya.
Ini lah dikatakan rezeki, kekadang tu walaupun kita ada duit tetapi kita pi rumah collector dan depa tak mau jual, duit kita ni umpama tak laku. Rezeki en mat kali ini , ada collector/seller yg sudi menjual kepada en mat. Rezeki jangan ditolak... tq bro..
mana dah nak dapat condition yang cun melecun kalau dah berpuluh tahun botol ini dikeluarkan.
kalau mengikut alamat Jalan Foss, Kuala Lumpur, Poskod pun belum lagi diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan POS, pada waktu botol ini dikeluarkan, bayangkan dah berapa puluh tahun dah usia botol ini.
tudung ribbon satu line kat bawah..
ok lah utk entry permulaan kali ini setelah berminggu blog bersawang bahana cuti sekolah dan ekspedisi ke pantai timur - Jalan Jalan Cari Makan dan Ekspedisi Hunting Crate.
Nanti kalau dah lama sangat bersawang kena sound pulak dgn kengkawan ...woiiittt mana entry terbaru ...he he he
Biar cempedak dari nangka,
biar adak dari tak ade...