kisah miniature keluaran Malaya ni pernah di kongsi bersama pada entry yang lepas, jutaan terimakasih untuk bro BG dari seberang tambak, kerana membantu en mat mendapatkan set crate miniature dari ebay.sg.
satu seller di amcorp meletakkan harga ikut suka hati dia sebanyak RM3XX....tetapi alhamdullilah, dgn pertolongan collector yg bertugas di kota singa tersebut , miniature crate ini di jual tak lebih RM 4* sahaja.

inilah asam garam dan rencah dalam dunia koleksi, kadangkala kita perlu bertindak cepat tetapi kadangkala kita juga perlu rasional dan kesabaran dalam bertindak.... so pikir-pikirkan lah.
terimakasih daun keladi
ada banyak set lagi nak dicari
kalau takde aral menanti
mungkin boleh lengkap tahun ini
salam koleksi