Thursday, May 6, 2010

dah masuk rumah dan ada yang dah masuk kotak

Pinjam lagi tagline spallan - dah masuk rumah bebarang souvenir trophy tour nie dan yang mana hak kecik-kecik dah ada pun yang masuk kotak

maaf sebab lambat posting trophy tour punya cerita, tapi takpe world cup belum start pun kira belum basi la ini cerita.

1. Nak masuk dalam kena la pakai pas kuli..


2. Kalau takde pas kuli, kena la beratur beli tiket 'ini mint condition punya tiket belum koyak punya'



3. Kalau ada tiket kena pakai tag nie kat tangan, 'kalau crew gantung pas kat leher '

ini tag mint condition belum guna ..'en mat paw ah moi kat booth' lepas selesai program. ini je yang dapat, missing lagi beberapa keping, bro nazrin dapat tag ni complete, camana dia ayat amoi tu aku pun tak tahu... cair la kau sharifah 'kekasih gelap dalam buku muka-FB'.


4. Ini jersey adidas pakai masa jaga booth - jersey kuli . Kalau nak beli ada jual kat mudah RM 100, siapa punya tokey yg jual jersey nie, en mat tak tahu.

5. Ini t-shirt ada berbagai negara dapat rembat dua helai je... sehelai sedekah kat bro mgt, dapat pahala, lepas ni kalau bro mgt korek barang dapat botol coca cola - coca cola 290ml, dia sedekah pulak botol tu kat aku sebiji kalau ada xtra. Amin....

6. Trompet nie dia punya bunyi sangat kuat gila. beratur beli air coke kat booth dapat benda ni, kekadang kat mudah ada mamat jual benda ni.. mamat tu duduk kat the mines kot
7. Lepas habis kerja , Kuli cabut bunting bawak balik rumah , kalau gantung dari siling rumah cecah lantai , tinggi beb. takde xtra.
en mat dah tanya Freddie dia pun takde xtra, korang cuba tanya dato chua pulak, dia baik dengan orang coca-cola, dengan khabar dia dah minta kerja kat coca cola bottling (M) kat bandar enstek. booth utk collector nie pun dia punya deal.
anak pompuan en mat yang selalu enter frame, juga untuk menggambarkan berapa besar poster itu.

bunting gambar botol coca cola - jangan call tengah malam tanya bunting ada xtra ke tak, yang ni pun takde xtra.

Terimakasih untuk semua yang terlibat pada sebelum, semasa dan selepas trophy tour tersebut.
Untuk coverage world cup trophy tour sepenuhnya korang surf la blog spallan kat bawah nie 'kredit utk spallan'. Dia cover dari beratur mula nak beli tiket sampai beratur nak ambil gambar dengan piala dunia sebenar.Layannnnn