1. Malam sebelum berlangsung trade fair pada 08.08.2010 en mat telah membuat perjanjian berdarah dgn bro nazrin disaksikan pembesar dari negara Temasek Mr Blurguyz dalam sesi mabuk teh, bertempat di Restoran Bunga, TTDI Jaya, Shah Alam.
Kalau biasanya perhitungan darah diganti dengan darah tetapi kali ini perjanjian 'botol 290 ml - botol berdarah- double sided kepunyaan bro nazrin telah di TRADE dengan botol arab 'old skool' embossed kepunyaan en mat. So, jadinya misi mencari satu lagi botol Trade Mark Regd bagi melengkapkan set coca cola yang En Mat masih missing. Ianya akan diperhebatkan waima hingga sampai ke negara China sekalipun.
:- Gambar botol arab warna putih dua dari sebelah kiri berhadapan pembesar temasek, dan botol 290ml double sided sebelah kanan sekali berhadapan dgn bro nazrin berbaju merah yang telah di barter kan.
Nota: Botol 290ml double sided & arab emboss sengaja tidak di fokus atas tujuan keselamatan.
2. Pada malam itu juga, pembesar temasek bro BG, ada membawa barang -barangan dagangan yang dikirim oleh kaki botol dari Malaya yang dibeli di pulau temasek, antaranya:-
i. satu botol 1 liter malaya empty (kepunyaan bro megat) & botol 1 liter full bottle , beralamat di river valley(kepunyaan en mat) dan juga Crate kayu dipercayai untuk kegunaan botol 500ml white acl, juga dibawa masuk dari pulau temasek, yang dikirim oleh bro nazrin.
ii. Tersengih sampai ke pagi ke tiga-tiga collector dari malaya, kerana berjaya mendapatkan khazanah malaya yang tidak ternilai harganya, kalau kita sebagai rakyat malaysia tidak pandai menghargai nilai sejarah, siapa lagi ?
iii. sebagai balasannya pembesar temasek itu telah membawa pulang hasil yang lumayan seperti botol pendek embossed malaya berwarna putih dan hijau, hasil dari sistem barter dan juga sistem jual beli menggunakan RM.
segala botol pendek berwarna hijau sudah menjadi hakmilik pembesar temasek, Bro Bg.
iv. Apapun yang pasti akan banyak lagi koleksi malaya yang akan dikorek keluar dari temasik dan akan di simpan /dibawa pulang ke bumi malaya, dengan bantuan pembesar temasek tersebut. Terimakasih daun keladi bro bg.
Sekalung pantun untuk pembesar temasek , Bro BG
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati