Tuesday, March 30, 2010

kalau ada duit semua boleh jadi

korang suma mesti penah dengar perumpamaan ni kan. pada aku lain pulak perumpamaannya " kalau ada duit , semua boleh jadi berani". he he he tambah BERANI je kat hujung. Maksudnya , ada duit berani la bidding kat ebay, takde duit tak berani la bidding ...he he he mouth watering je.

Alkisahnya kat ebay pada hujung bulan Mac 2010, tin idaman kalbu seluruh Malaya (tin coke PATA 1986) telah di listkan di ebay. (Antara tin yang tiada dalam koleksi En Mat). Maka segenap pelusuk kampung telah diwar-warkan, kentung telah dibunyikan, nobat telah dimainkan , kompang bertalu-talu dipukul dan kadam kadam diraja pun memaklumkannya ke seluruh pelusuk kampung . Tajuk beritanya " very rare selamat datang coca cola can malaysia 1986".


reganya ...usah cerita le... murah sikit dari harga seekor lembu tetapi mahal sedikit dari harga seeekor kambing , kalu nak bidding starting US 125 bersamaan RM 415.00 tetapi kalau ADA BERANI Buy It Now RM 663.97 serba satu hangus (pinjam statement mat siddin -eis antique) tu belum campur bayaran posnya US 15.00.





nak dijadikan cerita selang beberapa hari setelah berita ini tersiar, Tajuk Berita terkini " tin coke Pata 1986 telah disambar" , maksudnya ada kutu telah berani Buy It Now, lebih RM 700 selepas dicampur postage.... dan gerangannya adalah collector dari utara tanahair... tahniah bro.

Pada aku Alhamdullilah , sebijik lagi tin malaysia dapat di bawa balik ke tanahair, tak kiralah siapa yg bawa balik janji ianya berada di malaysia.

Ni, apa kaitannya gambar "rare coca cola diamond can 16 ounce 1960's" dgn tin coca cola malaysia. Bukan apa, saja aku nak kaitkan dgn tin coca cola yg tgh listing di tin coca cola USA tahun 60 an, harganya hampir mencecah RM 3000.00 utk satu tin coca cola... macam tak masuk akal.


tapi inilah hakikatnya, tin coke US 60 an bernilai RM 3000 - so usianya 50 tahun , bayangkan tin PATA 86 malaysia baru berusia 24 tahun dan bernilai RM 700 , korang bayangkan berapa peningkatan harganya pada masa akan datang...so fikir fikirkanlah dari sekarang... apa barang yg patut dibuat koleksi. Tepuk dada tanya poket kata otai otai sekelian...
Wassalam