Monday, August 2, 2010

jom kasi gegar amcorp mall ini minggu kebaboooo...pastinya lah

Tinggal beberapa hari lagi event Buy, Sell & Trade akan berlangsung. Apalagi, jom kasi gegar ....

So, pada minggu lepas en mat pun merisik lokasi di mana akan berlangsungnya trade fair tersebut.

1. Berhadapan dgn kedai buku Book Excess Tkt 3.


2. Lokasi penempatan meja betul betul dibelakang abang berbaju hitam dan kakak berbaju kuning, di situ akan ditempatkan 4 set meja bersamaan 8 seller.




3. Lokasi meja 1 set seterusnya akan ditempatkan dibelakang abg bouncer berbaju biru yg sedang duduk.


4. lokasi strategik kedudukan meja 'L' shape, tidak mengganggu aliran trafik.


5. Kalau nak buat trade atau swap botol/can boleh lepak lama-lama sambil pekena Mekdi bersebelahan.



Panduan untuk peniaga:-

1. pastikan membawa kain alas meja berwarna maroon, kalau takda bawa lapik meja berwarna merah/apa saja ...janji alas meja, kalau ada alas meja coca-cola lagi bagus.

2. dilarang membawa mini kompo, dikhuatiri bunyi bising akan menggangu pelanggan kedai buku 'baca buku mana boleh bising-bising...kena diam-diam'.

3. datang awal bagi mengelakkan tiada tempat meletak kenderaan di B1 & B2 , kat bawah parking murah Rm 2.00 seharian, kalau parking kat luar harga ikut jam. Kalau tak nak bayar parking naik LRT, turun stesen Taman Jaya .

4. digalakkkan setiap seorang membawa, banner, bunting , poster atau apa saja bagi menghiasi meja, baru happening.

5. Diwajibkan memakai baju coca cola/ baju merah atau baju aerated/soda seperti pepsi, 7 up, sprite dsb... long chan pun boleh.

6. pastikan membawa DUIT BESAR mencukupi, byk barang best-best dengarnya.

PASTINYA.....LAH