Dulu-dulu punya slogan oleh syarikat air minuman bagi menyokong atlet yang nak beraksi ke Sukan Sea 1989 pun bukan main bersemangat MENUJU TAHAP KEEMASAN.
Atlet -atlet yang berjuang pada zaman tu, bersungguh-sunguh nak menang pingat emas dan mengharumkan nama negara. Itu atlet zaman dulu.
Kisah atlet sekarang , bukan nak menang pingat emas ...azam setakat nak pecah rekod kebangsaan je atau memperbaharui rekod sendiri, atau sekadar nak melayakkan diri.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga begitu bersemangat 2 bijik kereta ford laser tx3 dan 2 bijik motosikal RX Z
jam coca cola bersalut emas - siapa lah agaknya ada simpan jam ni lagi

hek eleh jaket ni RM 35.00 je + 7 cap liner ..senang kacang je kalau zaman sekarang... ni tahun 1989... waktu tu Malaysia tengah zaman recession - malaysia kita ni kan setiap 10 tahun sekali mesti recession.. duit susah weh time tu, org ramai takde kerja.

t-shirt ni $ 7.00 je selai

Sweater ni en mat pernah nampak ada satu mamat motor pakai masa tu di hulu langat, 2 tahun lepas. Punya lah kejar bagai nak rak... mamat tu pecut lagi laju, bukan apa , kalau dia berhenti nak minta beli baju sweater dia pakai tu.

Pouch bag $ 3.00 - harga tak masuk akal... zaman tu la.