Tuesday, June 9, 2009

Bottle Coca Cola 1 LITRE

Botol Coca Cola 1 Litre


1. Antara botol yang aku tak upload lagi dalam blog En Kamil Punye Hobi adalah botol 1 litre coca cola malaysia. Nak jadi cerita adalah bloggers nie 'collector jam' http://seventhseconds.blogspot.com/ masuk chat room dan offer sebotol coca cola 1 litre Malaysia kat aku. Apalagi dgn cergas aku sms dan dgn sekali offer bersetuju dgn harga yg ditawarkan. Hari Jumaat aku bank in RM dan botol tu sampai kat pejabat aku hari Isnin 08 Jun 09. Thanks bro.



Sebenarnya botol nie aku dah ada dua bijik, tapi orang kata nak tambah buat menyemak rumah lagi... so aku belilah he he he . Lagipun sebab aku beli pasal kira murah jugaklah... kalau duduk kat Amcorp Mall atau Kedai Antik mesti melambung reganya.



Botol ni kalau zaman dulu dulu tahun 70an, orang kampung isi minyak tanah (minyak gas) atau isi minyak kelapa (minyak nyior), pasal lubang muncung dia besor, muat isi corong. Senior classmate aku mesti tau nie http://di-pasar-karat.blogspot.com/ . Itu pasallah dulu banyak kes orang terminum minyak tanah, diorang ingat air kosong, tapi utk meneutralkan orang yg terminum minyak tanah diberi pula minum air kelapa. Ish ish ish geliga jugak orang dulu ekk..



Satu lagi cerita masa aku budak-budak kalau ronda keliling kampung dan terjumpa botol ni boleh jual kat keling botol , LAKU weh... dapatlah 10 sen (tahun 70an, nilai duit 10 sen besar oi).

La ni duit 10 sen pun besor jugak nilainya tapi tahun 1971 la ye, baru ni kat ebay diorang BID duit 10 sen tahun 1971 UNC sampai harga RM 199.00 , tak percaya rujuk sahabat ni http://syilingperingatan.blogspot.com/ .




1. Bro Shah hantor guna POSLAJU - EMS (betullah orang kata poslaju nie ataupun EMS ni ESOK MESTI SAMPAI).













2. Packing yg cantik. Pastik Foam balut keliling 2 kali. Nice Packing. kalau ikut peraturan POS, barang kaca adalah dilarang... takut pecah.






















3. Tulisan COCA COLA - 1 LITRE























4. TULISAN COKE - 1 LITRE






















5. CLOSE UP - ZOOM





















6. Masa aku telefon untuk pengesahan sebelum beli botol (dahlah gambor tak tengok), so aku tanya lah SHAH kat tepi botol ada tulisan apa apa tak, MG ke, SG ke tau ada apa tulisan lain. So shah cakap ada 77 SG, dan dgn tahun pengenalan 1977 tersebut aku pun terus confirm yang itu adalah botol 1 litre coca cola malaysia.