Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Di kesempatan ini En Mat ingin mengucapkan Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin kepada semua pelayar blog En Mat, juga mohon ampun dan maaf jika semasa menulis blog ada yang terkasar bahasa, terkasar kata.

Wassalam 

Sunday, August 12, 2012

Apa yg korang nampak? En mat nampak ayam yg hampir pupus di Malaysia.

Iklan ni dipublish di laman web lelong pada 2 minggu sudah. Ianya nampak seperti iklan yang biasa biasa. Si penjual ingin menjual beberapa set tin coca cola. Pada mulanya en mat pun anggap seller ingin menjual tin biasa-biasa sahaja, tetapi apabila diamati dan dibuat perincian, tin ni nampak lain dari yang lain.


 


Lantas en mat menghubungi seller dan servis pun bertukar tangan. Tin yg sudah di bungkus dan di bawa pulang.



Ya, seperti yg dijangkakan Tin Cap Ayam utk perayaan Gong Xi Fa CAi, Jalan Foss. dan disebelahnya tin Piala Dunia 1994. Pembelian terbaik dgn harga RM 45.00 utk set no 7. Estimated value RM 450.00..Kaching.....

Thursday, August 9, 2012

Nasi Goreng Udang, macam air di lautan

Main barangan kolektibel ni macam air di lautan Kamil 'ada banyak', kalau hang rasa barang yg hang jumpa tu rare, payah nampak, ada satu je, hang tunggu je la, suatu masa akan keluar yg lagi rare, pastu yg kata rare pulak bersepah keluar... kata kata yg keluar dari runner tersohor geng PAIP...

aku menggeleng kepala tidak, mengiya pun tidak dan menggangguk pun tidak... cuma memikior betul atau idak ke cakap otai ni sambil tangan aku mengopek udang yg menimbun atas nasi goreng semasa kami sedang makan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai di area Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebelum posa dulu.


Nak jadi cerita, tahun lepas seorang runner tersohor di Selangor menunjukkan kepada en mat 2 kotaks yang membuatkan en mat terliur, tetapi disebabkan en mat ni bukan jenis yg suka berhutang dengan Along ataupun Ceti haram semata-mata utk membeli barangan kolektibel maka air liur masin pun meleleh kat tepi mulut, bak kata cerita Oh My English 'Mouth Watering'.  Dalam hati en mat berkata-kata,  melepas la pulak, barang dah ada depan mata bior pergi begitu sahaja.. entah boleh dapat lagi ke idok...

TETAPI memegang kata-kata runner tersebut main barang Kolektibel macam air di lautan, en mat terus memegang kata-kata tersebut... sehinggalah suatu hari pada bulan Ramadhan yg mulia ini, en mat mendapat panggilan bukan dari Panggilan Hangit tetapi dari seorang runner Retro di Selangor...
Hei En Mat hang buat apa pagi pagi ni? Tidoq lagi ka? Mai datang umah aku, katanya dalam loghat Taiping...

Ok lagi setengan jam aku mai..

Sampai je ke dalam rumah beliau en mat terus terjah ke satu kotak yang en mat pernah nampak suatu masa dahulu..

Alhamdullilah, kalau dah rezeki tak kemana.. kata en mat dalam hati. Eh bro, juai kat aku, barang nih. Eh... hang nak ke, aku ingat esok nak bawa pi Amcorp. Takpelah hang punya pasal, aku juai kat hang RM ..... Setelah deal harga yg kata omputih win win situation.... now Kotak Yo Yo beserta sedozen Yo Yo didalamnya kini menjadi milik en mat.

Excited punya punya pasal en mat baru teringat budget beli yo yo ni sebenarnya nak beli baju melayu kat Wisma Yakin. Nampak gayanya tahun ni pergi sembahyang raya terpaksa pakai t shirt Pagoda dengan kain pelikat la jawabnya...




Oh...berbalik kepada kisah runner tersohor PAIP tadi korang percaya atau tidak 100% terpulang pada diri masing masing samada pernah mengalami situasi air di lautan, renung-renungkanlah dan senyum-senyumlah serta tersengih-sengihlah sorang-sorang.

Oh ....berbalik kepada posting en mat yg terdahulu samada berblog atau... rasanya en mat akan terus berblog kerana NAWAITU natijah permulaan bukannya Nawaitu saumaqhadin diwujudkan blog ni dahulu pada tahun 2009 adalah utk rujukan en mat semata-mata.



Selamat berpuasa

pekena nasi goreng udang berbuka mesti best nih...  cis dah lima enam kali telan air liur masa menaip nih..

Tuesday, August 7, 2012

Blog dah Menopupus

Testing testing

Ada lagi ke orang nak baca blog en mat ni.

Sejak adanya medium FB, Tuit dan ntah apa nama lagi ntah, semuanya begitu mudah, ambil gambar pakai S3, muat turun kat Wall , berdesup komen masuk, LAJU, ialah penggunanya pun dah menjangkau 1 Billion.

Itu belum kira kat FB yg ada macam macam Kelab.... klik gambo share, klik gambo share... kekadang ada jugak gelihati, gambo yg nak share pun PM harga... he he

Mana nak sama cam Blog, dah kira menopupus, satu hari orang surf pun boleh kira dengan jari. Ini yang tengah berfikir fikir .....hmmm  teruskan berblog or .....