On the way balik dari Pulau Pangkor minggu lepas sempena Family Day yang dianjurkan pejabat teman, tergerak hati en mat untuk menekan minyak dan menghalakan setereng menuju kearah Ipoh.
Walaupun jarak 80 km ke Ipoh agak jauh, dimana kalau teman menuju ke selatan 80 km tu dah boleh sampai ke Hutan Melintang, tetapi hati ini kuat berkata mesti ada barang boleh dapat kat Ipoh.
'Walaupun bukan barang GARANG atau barang KEPALA' setidak-tidaknya barang yang jarang-jarang atau sekali-sekala pernah dilihat, kata hati en mat.
Beg sekolah ini adalah barang yang agak jarang-jarang dilihat dan berada dalam condition yang boleh dikatakan Gred A.
En Mat membeli beg sekolah 'merah sangatlah mak ngah' ini dari seorang runner 'F' di Ipoh, thanks bro. Dalam pada itu sempat juga bertemu dgn bloggers JUNKCOLLECTOR... sori bro tak sempat nak mabuk teh...terimakasih air bungkus haritu, tak sempat nak lepak lama-lama pekena sesi mabuk teh di Ipoh, lain kali kita jumpa.