Monday, May 4, 2009

Kereta Coca Cola

Kereta Coca Cola $ 1.20 - Malaysia

Ramai collector akan tertanya-tanya kenapa En Kamil mempamerkan 3 biji kereta merah bodoh ni kan. Ha, kalau korang nak tahu, En Kamil dah 10 tahun memburu 3 biji kereta nie, walaupun loose susah nak dapat. Dua minggu lepas koleksi kereta merah En Kamil telahpun lengkap adanya, sebiji Volkswagen merah, yang terakhir dicari, walaupun loose, telah dibeli di Amcorp Mall. Dulunya kereta ini pernah di promosikan dengan harga $1.20 untuk sebuah kereta .

1. Volkswagen merah


2. Trak bawak botol




3. 4x4 Coke
koleksi lengkap En Kamil - loose pun loose la. Lepas nie azam nak lengkapkan carded pulak.
Terimakasih kepada En Cheang daripada Batu Pahat kerana telah menjualkan sebijik Trak coca cola (carded) kepada En Kamil.