Sunday, September 23, 2012

kekadang kita membeli sesuatu barang itu sebab ada kenangan






harga jatuh no 2.. walaupun harga sesuatu barang tu, menghampiri 5 % gaji bulanan..

Setelah melihat posting dalam FB kawan kawan nak tolak tin kemek (fitri panggil tin funfair), teman terus sms (es), kira banyak kali bertukar-tukar dan berbalas balas mesej dgn Junker Ipoh, dan harga dipersetujui maka empat bijik tin kemek aka tin funfair jatuh ke tangan en mat.

Kenapa background ada gambor kereta letrik ? Zaman dulu hujung 80 an di funfair salah satu permainan adalah kereta letrik, tapi jenis dulu ada besi sebatang naik ke atas dan satu wayar akan caj ke besi di syiling.

dan tin di depan ini adalah dari zaman funfair dulu dulu, baling tin dengan bola...

tin coca cola (tanda perniagaan berdaftar)













tin akan disusun tinggi-tinggi atas pelantar kayu, pelanggan akan dibekal dgn beberapa biji bola, pelanggan akan membaling semua tin tersebut dan pemenang akan dikira berdasarkan semua tin habis jatuh ke tanah.
 
tin coca cola steel (tin sardin) jalan foss














dengar khabar dari seorang penjaga/pekerja mainan baling tin ini, trick utk pelanggan susah/tak boleh menang adalah dengan mengisi tin tersebut dengan sedikit simen? dengan mengisi simen kedalam tin akan menyebabkan tin tersebut boleh jatuh diatas pelantar kayu tetapi susah jatuh ke tanah...

Mungkin ada benarnya kata beliau tersebut kerana kita mana boleh masuk ke dalam kawasan balingan tin tersebut dan periksa tin tersebut...

Patutlah dah berapa round kita dok baling susuah nak jatuh rupanya ada simen kat dalam ... cilakak betul...

ini semua nostalgia dulu dulu














en mat dah selidik tin ni, memang ada kesan simen tersebut..















 memang patutlah dulu dulu ada member kita bola tinggal sebijik last last baling ke budak jaga tin, geram punya pasal, pastu cakap sorry tak sengaja... naya kawan tu.