botol : TRADE MARK REGD
gelas : DRINK COCA COLA (TULISAN PUTIH)
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
+
Setelah berpurnama bro nazrin outstation, dan baru balik minggu lepas, so pada minggu lepas kami bertiga pi kena teh tarik kat area rumah chua di the mines. So topik hari ini adalah dato chua akan bawa sedikit souvenir yg dihadiahkan oleh Sam , collector dari thailand dan poster Lin dai yg baru beliau korek dari satu daerah di Johor. Menurut dato chua poster yang rare ni tahun 60 an, didapati dari sebuah kedai lama yg telah ditinggalkan di sebuah Kg Cina di daerah Johor dan menurutnya banyak lagi barangan lama dari lokasi tersebut yg tak sempat beliau korek keluar, membayangkan banyaknya lagi tertanamnya barangan Malaya di sana. Atas sebab -sebab keselamatan lokasi sebenar tempat beliau korek tidak boleh diberitahu. Lu orang cari la sendiri kat johor tu...rujuk artikel penuh dibawah.
http://en.wikipedia.org/wiki/1978_FIFA_World_Cup


Nak dijadikan cerita, pada satu malam di bulan Julai, semasa kami sedang minum di kedai mamak di kawasan The Mines (dekat rumah Dato Chua), beliau telah tunjukkan gambar perempuan memegang air minuman yg di print atas dulang…katanya keluaran syarikat air minuman syarikat A tersebut. Pada masa tu kami tak tahu apa tujuan, sebab musabab, asal usul serta sejarahnya.
Cerita 2
Tiba –tiba sekitar bulan ogos 09, sebelum Bro Nazrin a.k.a cokecollector, a.k.a. Bro Big Coke, berangkat ke Brunei dan masih belum balik-balik lagi sampai sekarang…Dis 09, aku dikejutkan oleh dato chua, ‘dulang ada list sana mudah, seller kat Penang’. Apalagi setelah menghubungi seller jawapan standard diterima , sudah SOLD OUT… Yang aku nak tergelak, masa seller tu mula mula list harga murah, bawah 50, katanya dah sold out tapi dia list balik (change price) lebih 50, pun sold out jugak.. Arghh tak pe kata aku, seller nak muck up harga. Kalau ada luck tak kemana. Waktu ni aku punya tahap STIM untuk memburu dulang nie, tak naik mencanak lagi, pasal story sebenar dulang nie masih kabur…
Lama lepas tu , gamaknya adalah lebih kurang sebulan , kisah pencarian dulang ni terhenti, terima lagi lagi panggilan dari Dato Chua, Dulang ni list balik dari kat Mudah, Dato Chua telah berjaya membelinya dari satu seller di Kajang (sangat murah..untung la hang Dato Chua). Setelah di interview seller ni mengakui Dulang nie beliau dapat dari Peraduan yg dianjurkan oleh syarikat minuman A tersebut. Pada masa ni aku pun ada gak menghubungi seller ni kot-kot beliau ada extra, jawapan diterima ..HAMPA dan HAMPAS…Tiada xtra..melepas la lagi …macam lagu S.M.Salim .
Setelah mendapat kisah sebenar mengatakan dulang ini adalah utk pasaran Malaysia, maka tetiba keghairahan aku mencanak naik tahap 100 darjah, terus masuk gear 5 dan aku isytiharkan mulai dari saaat nie PEMBURUAN aku pun bermula… tetapi ,hari hari bertukar minggu , minggu minggu bertukar bulan tapi sebelum sempat bulan bertukar tahun, akhirnya hari ini 29/11/2009 setelah berpurnama aku memburunya tanpa henti, berjaya juga aku menjejakinya dan mendapatnya dari seller di Amcorp Mall. Maka habislah duit dan habislah air liur semasa proses tawar menawar dilakukan. Pinjam kata KING Daud ‘kena KITAI’ gak aku ….
Cerita 3
Mr Lee seller dulang tersebut, menyatakan dulang ni beliau dapati dari satu promosi Brrrrr di Bangsar minggu lepas. APA?????????
Apa yg menjadi kemuskilan aku , nak dijadikan cerita aku ada jugak meng SMS peraduan tersebut dgn harapan dapat salah satu dari 3 hadiah yg ditawarkan tak dapat baucar, dapat dulang atau alas pemegang peti ais waima RM100,000 pun ok lah… tapi sampai hari ni satu habuk hadiah pun tak nampak…jadi apa di tunggu lagi, Dulang dah di depan mata, sambar jelah, pasni boleh tidur lena, dato Chua ada cakap ini malam boleh tidur sama amoi lor..
Kepada pemburu yg lainnya selamat berburu….
SEKIAN
5Fg~~_35%5B1%5D.jpg)



i) Coin can ni dah berusia hampir 10 tahun (keluaran tahun 2000)
ii) kat umah member collector pun tak pernah nampak
iii) dan yang paling terpenting, ia adalah coin set (set of 6-sydney 2000), yang pertama dikeluarkan oleh coke (m) ,
utk makluman member collector, barangan collectible especially yang ada set lengkap amatlah mahal di pasaran berbanding single can .
sepanjang ekskavasi, mengkatalog , membuat pentarikhan karbon dan memburu coke (m) aku belum pernah tengok coin set cam gini FYI (tahun 1992 ,12 tin - set olimpik barcelona tak pernah tgk ada coin can -maksud aku coin set, single gold can coin dah pernah tgk ).
Rujuk dari tahun 1986 kebanyakan adalah single can. Jadi aku mengambil keputusan utk menge CHAI sampai jadi.
Jadi....setelah berunding harga dan tawar menawar maka pada hari jumaat 2 minggu lepas aku pi ambil coin can ni kat bukit damansara. (siap ambil annual leave lagi )
Sebaik aku mendapat coin can ni aku pun terus menghubungi Pak Presiden Dato Chua yg ketika itu sedang bekerja (kontraktor Phua Chua Kang) utk proses pengecaman dan ajak makan tengahari sekali.
Gambar pertama yg diambil oleh kontraktor Dato Phua Chua Kang semasa kat kedai makan di area ampang point.
Hari minggu 01 Nov. Pada kebiasaannya, setiap hari minggu yg aku free, aku akan meluangkan masa pergi ke Amcorp Mall. So pada minggu ni aku rasa nak off, lepak aje kat rumah. So dalam jam 12.00 tghari aku pun tarik getah paip dan terus cuci kereta. Tengah layan cuci kereta, tetiba handset berdering, ha ...Dato Chua called apahal ni, jeng jeng jeng...
Oiii ada kat mana??? aku cakap ada kat rumah??? dia tanya lagi ...hang ada cari fat bottle italia 90 kan...ye la aku kata...ni ha kat amcorp ada seller jual, tapi dia mau RM 2000 satu lot....Aku cakap kat dato Chua, satu jam lagi aku sampai Amcorp. Kisahnya dari nak melepak kat rumah terjebak gak pi amcorp.
Setiba di Amcorp terus menuju ke seller berkenaan, En Amir dari Kelang. Macamana cerita ni bang, aku bertanyakan kepada seller berkenaan...dia kata...kawan saya minta jualkan satu lot, Troli, gelas, tin , speaker semuanya RM 2000.00 satu lot . Apa barang aku nak beli satu lot sampai 2000...En Kamil punya target only FAT BOTTLE ITALIA 1990 tu je.
So aku start chai seller amir, bang kalau saya nak beli fat botol italia 1990 ni satu je boleh tak....huh..puas jugak lah aku menggOFFER dari RM 50.00 ke ratusan ringgit...jawapannya standard...kawan dia kata nak jual satu lot dan dia taknak jual loose. Lastly aku pesan kat seller amir tu , kot kawan abang tergerak nak jual italia 90 tu nanti jgn lupa contact En Kamil. sob sob sob sangat sedey....
Untuk pengetahuan bagi siri fat bottle , En Kamil sedang mencari fat bottle italia 1990, 285 ml .
Gambar bawah; satu lot coca cola yg berharga Rm2000.00

2. Limited Edition bottle side of life (M) 'come with side of life box'.pinggan lama, mat gebu punya line...
En khalid punya kedai second hand, kekadang pakcik ni bawak byk barang coca cola. gambar f & N old skool yg telah discan dan di framekan... bagus gak idea pakcik khalid ni kan.
Barang melayu lama....
english breakfast set pun ade
kasut bundle...
Monopoli kat sini ...baju bundle

Klik link utk gambar pd hari itu..

Ha, yang ini lagi la rare, limited edition, aku tau benda nie nak dapat masa pelancaran gelas ni, pergi daftar kat web mc d & facebook, pastu join satu contest, pemenang akan dapat set nie. Yg bestnya aku tau contest nie ada, tapi aku tak cuba pun.... hu hu hu pasni kalau ada orang listing kat mudah atau ebay harga mesti terangkat tak hingat....
.png)
.png)

.jpg)
.jpg)
3. Selepas itu baru ada beberapa jenis lagi tetapi yang ini adalah Jumbo bottle 2.25 liter keluaran terawal di kilang di no 2 persiaran kuala selangor, shah alam setelah coca cola berpindah dari jalan sg besi .
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

Crate kayu coca cola Malaysia yang ada dalam simpanan En Kamil ada dua jenis iaitu :-
i) Warna Merah, Property of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (S) Pte Ltd
ii) Warna Merah,Property Of East Coast Bottlg Sdn Bhd (ECB)
dan yang ketiga tiada dalam simpanan En Kamil tetapi ada dalam simpanan Bro Nazrin ialah
iii) Warna Kuning, property Of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (s) Pte Ltd
1) CRATE NO 1
Siri crate kayu yang pertama dan kedua (crate Pantai Barat dan Pantai Timur ) tiada perbezaan tetapi iaitu masing-masing mempunyai sisi yang sama iaitu Minum-lah Coca Cola. Tetapi apa yang membezakannya adalah sisi tepi dimana :-
Ada sisi tepi yang dicetak dgn perkataan A-H
Sisi tepi yang dicetak dengan huruf S
dan crate ketiga yang dicetak dgn sisi tepi yang dicetak dgn huruf K-S
dan disebelah yang satu lagi dicetak dgn huruf cina COCA COLA.
3. CRATE NO 3 - antara crate coca cola terawal.
MINTA IZIN BRO NAZRIN DULU ,PASAL INI CRATE DIE..... LA NIE ADA KAT PAKISTAN SEBULAN. DATUK , ANAK CUCU TUMPANG PINJAM GAMBAR ... BOLEH KAN....
Crate nie beliau dapat dari kedai di Singapura. Warna kuning dan sebelah sisi mempunyai tulisan cina COCA COLA.