Monday, July 12, 2010

nostalgia kalendar coke minumlah 1985

Sewaktu kalendar ni di tampal di kedai dan restoran pada tahun 1985 di seluruh pelusuk malaya, en mat pada waktu nie masih berada di tingkatan 5, tengah bergemulang ambik SPM.

Nak minum coke waktu ni manalah mampu, harganya coke sebotol 80 sen, gaji orang tua baru RM 200-300 sebulan. Belanja sekolah 20 sen itupun kalau ada, kalau takde bawa bekal. Waktu ni kita cuma mampu layan air Sirap Ros Cordial F & N je, itupun masa time Hari Raya.

Tak lama lagi nak puasa kan.. teringat kembali kenangan lalu...


Adapun kalau nak merasa minum coke adalah dirumah orang berada misalnya Ketua Kampung 'Pak Mail', Rumah tokei nasi lemak "Pak Yob" , itupun nasib-nasib , biasanya orang zaman 80 an suka hidang air oren F &N masa time raya. Bercrate-crate buat stok untuk tetamu yg datang menziarah.



zaman sekarang asal pegi tesco ke, giant ke ...anak-anak capai menatang air coke dulu buat stok di peti ais. Betullah zaman dah berubah...

air botol cam gini' yang muncul berwap-wap sejuk kat keliling botoi' kalau time bulan puasa tengok dalam Fridge kat kedai mamak mahu kecur air liur, mahu ada yang berbuka time azan Zohor... air batu hancur , tuang coke dalam gelas ...perghhhh tak ingat.