Minggu ini aku nak bagi credit pada Flea Market Amcorp Mall, Petaling Jaya. Bagi para kolektor di Malaysia pasti sudah familiar/sinonim dgn nama Flea Market Amcorp Mall kerana disinilah para penjual barangan antik seperti peniaga syiling, setem, barangan piring hitam, tembaga, mainan tin toys, botol minuman menjual barangan mereka disini. Flea Market di sini diadakan pada hari sabtu dan ahad tetapi hari ahad lebih happening (semua foto di bawah ini di ambil pada hari ahad 05 Julai 2009.
1. Pasar barangan antik dan old skool di LG
2. Antara signboard Enamel yg masih lagi boleh didapati di sini adalah signboard F & N dan Michelin tyre.
3. Gelas Coca Cola Malaysia
4. Tin rokok dan alat pertukangan kayu lama.
5. Kedai Alfred yg menjual barangan coca cola dari overseas serta mainan.
5. Kedai Mr Ang menjual, mainan tin toys, tin rokok serta barangan coca cola dari overseas.
6. Kedai En Zamri menjual radio lama, telefon lama, kipas angin dan jam lama.
8. Kedai auntie nie banyak menjual barangan dari UK. Agaknye mesti dia borong kat flea market di UK pastu jual kat Amcorp Mall.
9. Kedai yg menjual artifak Melayu serta jam tangan.
10. Yo yo coca cola Permulaan masih lagi boleh didapati sini, tapi harga dia meleleh la....
11. Mainan Tin Toys
12. Kedai menjual setem dan syiling
13. Kedai menjual pinggan mangkuk
14. Buku terpakai pun ada juga.
15. Kedai yang menjual aneka barang termasuk coca cola.
16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...
16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...
17 Mesin jahit antik dan radio antik
19. Ampun Tuanku, kalu korang bernasib baik dapat jumpa adinda Sultan Selangor.. Adinda Sultan selangor bersama sahabat mat saleh.
20. Minggu lepas kat mana ada kedai jual piring hitam mesti ada jual album Michael jackson, tapi harga meleleh...
21 . Setelah puas meronda di LG , cuba pula ronda di tingkat 2. Ini Kedai Nazmin jual rekod Michael Jackson.
22. Kedai auntie Jeanne dan Mr Chew di tingkat 3. Kedai beliau buka setiap hari kecuali Isnin. Kedai ni korang wajib masuk kalau pergi Amcorp Mall, macam -macam ada...
23. Kalau dah lapor, boleh menjamu selero di tingkat 2, restoran Salero Negeri. Ada juga di pamirkan barang antik di dalam kedai dan disebelah restoran terdapat kedai perabot antik, sambil makan boleh menjamu mata melihat perabot antik.
24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.
24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.