Episod pertama.
Episod pertama
Episod pertama
Pada suatu hari Kak Limah baru balik dari surau, selepas sembahyang solat subuh. Jarak dari rumah kak Limah dan surau agak jauh, terpaksa melintasi batas sawah, jalan kerikil tanah merah, tepi sungai berlopak /lecak dan baru sampai ke rumah kak Limah.
Prem, prem, prem Hussin meremmmm throttle motor kapcai cabuknya…
Hussin - Kak Limah..Kak Limah oiiii, tak nak tumpang ke, moh le saya antor balik rumah, dalam kampong ni tak payah pakai helmet, eeeee seksi jugak aku tengok Kak Limah ni dalam gelap.
Kak Limah - tak payah la Hussin , sikit lagi kak Limah jalan sampai lah… “enjit-enjit semut siapa naik atas…sambil berjalan Kak Limah menyanyi-nyanyi kegirangan…
Hussin – eee kak Limah nie orang dah pelawee jual mahal la pulak…
Kak Limah – yalah Hussin dah dipelawe Akak naik lah…karang di kata sombong pulak
Maka Kak Limah pun memboncenglah motor si Hussin… prem prem prem…
Duduk je Kak Limah atas motor, maka dirembat lah dan di pulaslah sekuat hati throttle, prem, prem, prem, maka terhentak – hentak Kak Limah yang membonceng dibelakang di sepanjang jalan.
Hussin…mengkome bawa motor tu pelan-pelan la sikit, Kak Limah sakit tulang belakang ni sebab terhentak-hentak.
Jawab si Hussin – Sukahati sayalah Kak Limah oiii, ini motor saya, sukahati saya la nak bawa macamana pun……
… ingat…cerita ini ada 4 episod
Lepas episod pertama episod kedua
Episod kedua
Episod kedua
Episod kedua
Suatu hari Kak Limah pun menjemput si Hussin datang kerumah beliau untuk makan kenduri…
Hussin - Assalamualaikum Kak Limah.
Kak Limah - Waalaikumussalam Hussin, jemputlah naik. Langkah kanan kamu Hussin, orang tengah makan kamu sampai, moh le jemput makan.
Maka tanpa berlengah dan dengan gelojoh Hussin mentekedarah nasi dan lauk yang dihidangkan… burrrr .. tetiba bersembur dan merah padam muka si Hussin.
Ayor,ayor,ayor… maka dihulur air basuh tangan dan dengan selamba beliau menggogok air basuh tangan tersebut… fuhhhh lega rasanya.
Hussin – Kak Limah oiiii apa pedas sangat masak Lemak Cili Padi yang Kak Limah masak nie…
Kak Limah – sukahati sayalah saya nak masak pedas ke, ini rumah saya , awak pedulik apa…
Ingat…cerita ini ada 4 episod
Lepas episode kedua episode ke empat
Lepas episode kedua episode ke empat
Lepas episode kedua episode ke empat
Episod keempat
Episod keempat
Episod keempat
psst nanti sambung …
sambungannya... mungkin ramai yang dah tau apa yang en mat nak sampaikan atau maksudkan, lepas kedua, mana pergi ketiganya dan kenapa terus keempat.
jawapannya: SUKAHATI en mat lah nak buat episod empat ke, episod lima ke, tanpa pergi episod tiga kerana blog ini en mat yang punya.
dan juga yang pasti Kak Limah dan Hussin tiada kena mengena dalam cerita ini, waima en mat tidak dapat sesen pun kerana mempromosi cerita hantu kak limah nie.
tetapi, tetapi, tetapi Moral of the story , en mat nak recycle cerita ke , nak ulang balik cerita ke, SUKAHATI en mat lah, ini blog en mat dan yang penting blog ini sebagai rujukan en mat sahaja (kamus bergerak).
Ada aku kesah...