Coca Cola Bottle Embossed Hijau - TRADE MARK REGISTERED tahun 40-50 an
1. Terbaru dalam koleksi saya 08 Feb 2009 - Bottle Embosse pendek Hijau (trade dgn bro Nazrin, 1 botol hijau trade dgn 3 coke bottle opener). Difahamkam botol ini banyak digunakan di sekitar Malay Archipelago iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia pada tahun 40 an ke tahun 50 an sebelum digantikan dengan botol Embossed putih.
2. Tanda abjad 0 pada tepi botol.
3. Huruf C 1 pada dasar botol.
4. Di Indonesia pula lain ceritanya, botol Coca Cola Embossed Hijau ini akan dikikis (dihilangkan) huruf Coca Cola kerana peniaga di sana akan mengisinya dengan AIR JAMU untuk dijual di warung-warung. Otai yang pernah menbuat ekskavasi (pencarian botol Coca Cola di Indonesia) pernah berjumpa dengan sebahagian botol coca cola yang telah diisi jamu siap dengan penutupnya sekali.
(Botol Embossed Hijau pendek yang telah di kikis huruf Coca Cola)