Friday, August 26, 2011

apa tujuan menyusun 10 botol nih?

Di hari baik bulan baik ini...... ialah.. kan bulan ni adalah bulan Ramadhan dan bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan, dan beberapa hari lagi umat islam akan beraya sakan, so saya En Mat ingin menyusun 10 botol (maaf silap) ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari Hujung negeri perlis hingga negeri sabah, jika tulisan, nukilan, catatan, coretan en mat sepanjang tahun ini di blog en mat, menyinggung perasaan, hati, jiwa, kotak fikiran tuan puan pembaca blog en mat.

gambar 10 botol ini adalah hasil dari program singgah sahur, maaf silap lagi...program jalan-jalan cari botol tempohari di negeri Cik Siti Wan Kembang, bersama geng botologi yg mana en mat belum berkesempatan upload dan belum basuh pun lagi.


Utk makluman raya tahun ini en mat kena amik turn raya di Perlis la pulok.

SELAMAT MERDEKA RAYA...OPPSSSSS.... MAAF

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.