ahhh turun amcorp dan punch card tiap tiap minggu hasil pun tarak, balik kosong. Member collector tanya apa dapat... En Mat bagitau , tak dapat apa barang pun ... kalau ada barang pun harga melambung tak ingat. Ada ka patut coca cola Fat Bottle Italia 1990 ada seller nak jual siap buat frame dan letak kapas RM 500.00 sebijik...cilakak cekik darah betui, hilang akal baligh la kalau aku beli..
untuk pengetahuan, en Mat pernah ada xtra coke fat bottle olimpik musim panas 1988, jual kat collector harga kroni tak lebih pun RM 80.00.
so hujung minggu nie en mat rasa nak turun arah selatan tanah melayu dan lokasi pemburuan telah di petakan , annual leave pun dah apply , mana tahu boleh dapat hasil lumayan, sasaran telah diletakkan , kena ke tidak, nombor 2, yang penting kita ada matlamat.
apa kena mengena gambar atas dgn cerita nie, iklan cawan plastik nie dapat dari pusat pelupusan vending machine di area puchong.
En Mat dan dato chua telah melawat ke tapak pelupusan tersebut dan brader di tempat tersebut telah bermurah hati membuka vending mesin tersebut dan menarik keluar iklan plastik dari dalam mesin vending yg hendak dilupuskan . FREE... x payah bayar sesenpun or RM 500.00.
Itu lah pasal en mat nak pergi korek barang, puashati...
so adakah en mat akan ke selatan menaiki Lamborghini Gallardo seperti di dalam gambar ini atau..
menaiki Lamborghini Countach yang pintu terangkat ke atas jika mahu membuka pintu... he he he belum mampu rasanya... ini gambar di bilik pameran lambo di SS 15, minat anak lelaki en mat kepada jenama High End.