Tuesday, February 14, 2012

rasanya belum terlambat

untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yg terlibat, secara langsung dan tidak secara langsung pada penganjuran Himpunan Koleksi botol se Malaya. Rasa letih menanjurkan event hari tu tak habis lagi, almaklumlah, balik opis awal tahun kerja & projek menimbun.... blog pun dah bersawang.

Ada yg bertanya, especially yg tidak dapat hadir, best ke event hari tu....

pada teman hanya yg hadir sahaja tahu betapa best ke tak best.. pasal event sebegini rasanya belum ada sejarah sewaktu Malaya dan selepas merdeka di Malaysia ada pihak yg menganjurkan/mengumpul botol utk dipamerkan. Teman pun tak tau bila lagi akan ada event sebegini akan dianjurkan.

tahniah semua..

dengor khabor lepas ni nak buat kerjasama dgn Muzium, baguslah hobi ini dikembangkan dan secara tidak langsung akan menarik ramai lagi penggemar/pengumpul utk berkongsi/berbincang minat yg sama.


gambor orang kuat BM 2012.
ada juga yg bertanya takde ke dapat barang coke yg best utk di posting. sebenarnya en mat ada dapat beberapa barang coke yg best utk di posting kemudian hari... en mat belum ada masa utk menangkap gambar dan mengupload dalam blog, ada masa , ada ketika dan bila en mat boleh bernafas sikit (kerja opis banyak), akan ada gambar dan cerita coke akan dipublishkan di blog ini.