125 years
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Thursday, February 23, 2012
Tuesday, February 14, 2012
rasanya belum terlambat
untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yg terlibat, secara langsung dan tidak secara langsung pada penganjuran Himpunan Koleksi botol se Malaya. Rasa letih menanjurkan event hari tu tak habis lagi, almaklumlah, balik opis awal tahun kerja & projek menimbun.... blog pun dah bersawang.
Ada yg bertanya, especially yg tidak dapat hadir, best ke event hari tu....
pada teman hanya yg hadir sahaja tahu betapa best ke tak best.. pasal event sebegini rasanya belum ada sejarah sewaktu Malaya dan selepas merdeka di Malaysia ada pihak yg menganjurkan/mengumpul botol utk dipamerkan. Teman pun tak tau bila lagi akan ada event sebegini akan dianjurkan.
tahniah semua..
dengor khabor lepas ni nak buat kerjasama dgn Muzium, baguslah hobi ini dikembangkan dan secara tidak langsung akan menarik ramai lagi penggemar/pengumpul utk berkongsi/berbincang minat yg sama.
gambor orang kuat BM 2012.
ada juga yg bertanya takde ke dapat barang coke yg best utk di posting. sebenarnya en mat ada dapat beberapa barang coke yg best utk di posting kemudian hari... en mat belum ada masa utk menangkap gambar dan mengupload dalam blog, ada masa , ada ketika dan bila en mat boleh bernafas sikit (kerja opis banyak), akan ada gambar dan cerita coke akan dipublishkan di blog ini.
Ada yg bertanya, especially yg tidak dapat hadir, best ke event hari tu....
pada teman hanya yg hadir sahaja tahu betapa best ke tak best.. pasal event sebegini rasanya belum ada sejarah sewaktu Malaya dan selepas merdeka di Malaysia ada pihak yg menganjurkan/mengumpul botol utk dipamerkan. Teman pun tak tau bila lagi akan ada event sebegini akan dianjurkan.
tahniah semua..
dengor khabor lepas ni nak buat kerjasama dgn Muzium, baguslah hobi ini dikembangkan dan secara tidak langsung akan menarik ramai lagi penggemar/pengumpul utk berkongsi/berbincang minat yg sama.
gambor orang kuat BM 2012.
Sunday, January 22, 2012
siapa datang lagi
Datuk siti, adik beradik KRU dan Seha pun datang?......
Ada yg bertanya berapa ramai yg datang. Setakat ini en mat boleh bgtau kehadiran (angka tidak rasmi) sudah melebihi 100 orang, dan nampaknya lebih grand dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi yg baru dan tidak sempat join event kami pada tahun tahun sebelumnya sila surf blog yg en mat copy pastekan dari tahun 2010 & 2011 di bawah.
1. Gambar dari FB AweBotol.
2. FB botologi event created by
· By Mohd Chapit Othman and Awe Botol
3. gambar event terdahulu
trade fair 08.08.2010 di amcorp mall
4. botologi hi tea 29 jan 2011
5. Agenda - TBC
jam 03.00 petang - kehadiran collector dari seluruh malaysia
- perasmian oleh Mr Coke 'Prof Sharif' shah alam
- car boot sale
- tayangan video
jam 07.00 petang - sembang sembang
En mat dan krew botologi berterimakasih kepada semua kolektor yg menyumbang barangan utk dipamerkan utk menjayakan event ini, tak lupa juga tokei kedai, para kolektor yg sanggup datang dari jauh.... dengarnya juga banyak barang collectible yg nak dilepaskan dengan harga murah-murah...
ada yg bertanya kami bukan kaki botol boleh datang ka?
jawapan : terbuka kepada semua, tak nak layan botol layan car boot sale.
JOM SEMUA KITA RAIKAN EVENT KITA INI , TAK SAMPAI SEMINGGU DARI SEKARANG...
Sunday, January 8, 2012
Sedikit tambahan info:MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION
Dah banyak pertanyaan yg en mat terima berkenaan event yg akan diadakan pada 28 jan 2012 ini:-
Tarikh : Sabtu 28hb Januari 2012
Waktu : Jam 3 petang - 7petang
Lokasi : Ipoh Station Antique Cafe
Sedikit info tambahan :-
sesiapa yang ingin join Hi Tea ( ada makanan dan minuman ) bayaran dikenakan adalah RM 15.00 seorang dan bayaran akan dikutip semasa event nanti
....dan sekiranya tuan ingin hadir sebagai menyokong Botologi event dan tak mau join hi tea pun tidak apa, tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
....dan sekiranya nak order makan secara ala carte pun boleh, order terus dari restoran... tapi sendiri bayar .
...dan sesiapa yang ingin join car boot sale, tidak dikenakan sebarang bayaran, tapak berdasarkan first come first serve basis, Buka Bonet Jual Barang...FREE OF CHARGE.
...dan sesiapa yang nak beli barang , dinasihatkan membawa duit kecil banyak-banyak. Lebih dari 10 peniaga di jangka akan membuka car boot sale
...dan sesiapa yang ingin order t shirt boleh berhubung dgn bro megat http://mgtbobber.blogspot.com/
Setakat ini hampir 100 orang bersetuju utk hadir ke event ini, so apalagi jom ajak lagi ramai kawan kawan , sedara mara utk memeriahkan lagi event ini... jom kita jammed packed kan, Ipoh Station...
Tuesday, November 29, 2011
BOTOLOGI MALAYA : MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION

APA YANG MENARIK TENTANG PETA INI ADALAH , BOTOLOGI AKAN MELETAKKAN SETIAP BOTOL DI DALAM PETA TERSEBUT, NANTI KAN KEMUNCULANNYA PADA28 JAN 2011.
MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION
Lokasi : Ipoh Station Antique Cafe http://ipohstation.blogspot.com/
Tarikh : 28 Januari 2012
Hari : Sabtu
Apa yang menarik :
i) ada pameran botol
TOP TEN EMBOSSED BOTTLES
TOP TEN PRINTED BOTTLES
TOP TEN PAPER LABEL
TOP FIVE CODD BOTTLES
TOP TEN MALAYA COKE BOTTLES
TOP TEN COKE COLLECTIBLES
ii) ada jualan 'garage sales' siapa nak join sms en mat 012-6047606 'limited parking spaces'
iii) ada sesi minum-minum petang , caj minum petang akan diberitahu dalam masa terdekat.
iv) ada tayangan video, sessi pencarian botol di utara tanahair, belum pernah ditayangkan di mana mana stesen televisyen.
v) ada pameran soda collectibles, coke collectibles & poster.
rugi siapa tak datang, utk tempahan t-shirt hubungi bro megat.
Wednesday, October 26, 2011
Malaya Vintage Coke, Soda Bottles and collectibles exhibition
Dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan (akan diumumkan setelah mendapat pengesahan dan lampu hijau) . Perkembangan terkini akan di kemaskini dari masa ke semasa . Tolong participate pada ' Apa Kata Survey ' di sebelah kanan - senang nak estimate berapa ramai akan attend. Ada pameran, Makan-makan, Jual -jual, Gossip-gossip ...dan macam macam lagi lah.. DIAJNGKA AKAN LEBIH HAPPENING DARI TAHUN SEBELUMNYA... tunggu...
Tuesday, October 25, 2011
HAPPY DEEPAVALI
Gambar sebijik botol ini hasil editan dari poster dan kalendar double sided utk 4 perayaan (quadruple) di Malaysia keluaran tahun 2002. Ini adalah gambar botol bertopi simbolik utk perayaan DEEPAVALI.
En mat pernah lihat ada beberapa jenis poster camgini di market malaysia, dan en mat first time dapat poster ni dari seller org ipoh. Umpama org mengantuk disorongkan bantal ler yeop... sapu terus.. Kalau ikutkan tak besor mana pun , rujuk duit syiling di korner kiri, kira saiz double A4 le poster double sided ini..
Ini adalah kalendar double sided utk event quadruple (4 ). Satu side ada kalendar tahun 2002 dan pada satu side ada pula gambar 4 perayaan dari Deepavali, Hari Raya Puasa, Krismas dan Tahun baru cina.
Kalendar tahun 2002
Friday, October 21, 2011
Collector dari JB dalam paper The Star Sabtu 22 Oktober 2011
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/10/22/lifeliving/9675348&sec=lifeliving




Tq, to bro lan ipoh station pasal roger teman tentang info ni.
Ada kredit utk dua blog tersohor nih... tapi tiada dalam online SIGNS APPEAL ..
Personal blogs, like http://sentuhanmalaya.blogspot.com/ list items for sale from about RM400 (a 30's Horlicks sign) to Rm4000 ( a 32-inch 'button' Coke sign).
While not all collectors maybe open to sharing their stash with the public, places like the Ipoh Station Antique Cafe http://ipohstation.blogspot.com/ in Puchong, Selangor, lets you dine and , at the same time, check out the owner's personel collection of enamel signs.
Tuesday, October 18, 2011
Cash bill Lion (M) Ltd dan jawapan KELANG
Cash Bill Lion (M) Limited datang dari alamat No 6, Chan Sow Lin Road, Kuala Lumpur. Cash bill keluaran tahun 1966 utk syarikat Nam Joo beralamat di Alor Setar.
Terima kasih kepada Roha, kerana kecanggihan teknologi, dah tak payah pi aloq setaq, cek intai intai kat FB Kelab Barang Lama, pastu berkenan, deal lebih korang, bank in , pastu 2-3 hari sampai....
Jawapan kepada kelang adalah Kelang Behon Sin Nam Hin, iaitu KILANG BIHUN... orang kedah zaman dulu dulu panggil Kilang sebagai Kelang ( 'KHE'lang ).Terimakasih kepada yang sudi menjawab.
Resit ni dapat percuma masa beli Cash Bill diatas.
Monday, October 17, 2011
suka suka teka, tak dapat apa pun, saja syiok syiok
sebelum en mat tunjukkan keseluruhan bendalah ini, en mat nak pembaca blog teka apa ke nama sambungan bagi perkataan di resit nie... yg pastinya barang ni tahun 60 an.
1. jalan kelang lama
2. kelang kelibut
3. bas stand kelang
4. kelang taxi stand
5. Pasar kelang
6. Kelang aerated water?
7. tempe kelang
8. Kelang behon
9. Agen F&N Kelang?
10. Kelang botol
saja suka suka, pasal en mat dapat benda alah nie masa beli barang lain..kira free gift la... yg dah tahu tolong diam noooo
Monday, October 10, 2011
bukan senang nak belajar main yo yo dan kotak kosong jer?
Berbanding permainan 'tepuk cap liner' bermain yo yo pada pandangan en mat agak poyo kerana memerlukan latihan dan skil yg pelbagai utk menjadikan permainan ini menarik.
Kalau setakat boleh buat skil buaian pastu pusing keliling kampung jaja kita punya skil buaian lupakan sajalah nak masuk pertandingan.
Ini gambar anak en mat belajar main yo yo jenis old skool, sebenarnya bukan senang nak main yo yo pesyen yg zaman dulu.
Kat bawah ni ada Drama sebabak cerita KOREA pasal yo yo , ialah kan drama korea popular sekarang sampaikan ibu dan anak perempuan/anak lelaki kena tempias menghadap drama korea, kita nak tengok BPL kena pi kedai mamak, layan sorang-sorang macam Lisa Surihani cakap bukan en mat cakap.
Tajuknya:Kotak yo yo old skool
Satu pagi di kedai antik di SEOUL - u mau itu yo yo saya kasi, hmmm sambil tekan calculator 12 yo yo x RM 45.00 = RM 540.00. semua total RM 540.00.
telan air liur en mat, mana nak cekau duit banyak tu... en mat tarik apek tu pelan-pelan...emmm towkay , kalau saya mau itu kotak saja boleh ka??? tercengang dan blur kejap apek tu... lantas en mat mengoffer satu harga yg melebihi harga sebijik yo yo tersebut...
ok ok ok kasi angkat la, kotak pun kotak la, ha ha ha agaknya dalam hati apek tu, ini macam punya orang/collector pun ada ka? Falsampah en mat - yo yo BIJAK boleh top up pelan pelan, kotak mana boleh dapat lagik... he he he
Friday, October 7, 2011
permainan jaman dulu-dulu sebelum ada ps, x box, FB
Zaman 70 an- ke zaman 80 an bagi generasi X, adalah boleh dikira sebagai zaman kreativiti bagi kanak-kanak masa tu, cap liner yg dikutip dari bawah tudung botol adalah satu permainan pada masa tersebut.
En mat pun pernah bermain dgn cap liner tersebut.
Cara bermain :-
1. Pastikan ada lawan yg hendak bermain (kalau nak best pastikan mamat tu tak reti main -sah sah kita boleh dapat sapu dia punya cap liner).
2. Telangkupkan cap liner tersebut dan susun lebih kurang 5 kita punya+ 5 cap liner opponent punya.
3. Pastikan telapak tangan mempunyai angin turbo yg mencukupi utk menterbalikkan cap liner tersebut. Baca Bismilah...sampai habis
4. pommm... tepuk dua tangan kebawah dan angin yg keluar dari bawah tapak tangan akan menterbalikkan cap liner tersebut dan yg terbalik tu kira kita punya la.
Kalau kita kalah, nak cari stok balik round satu kampung cari restoran atau kedai makan cari balik tudung oren buat stok, konon nak balas dendam ha ha ha.
koleksi cap liner bendera kepunyaan en mat.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
kesah malaysia ke world cup dan sepeti siri 2
En mat ingat lagi brader nie, masa kelayakan piala dunia, malaysia lawan singapura en mat himpit brader nie, sebelum masuk stadium... en mat sound kat brader ni... boleh bayar tepi ke? Dia buat muka serius, apalagi ...belahh....
Fitri tak payah bayar tepi, masuk terus jalan dalam stadium...FOC... entah apa ilmu alam dia pakai. Dengor FAM sedang cari orang masuk stadium free....
kat brader ni lagi best, en mat belum tanya apa apa dah surrender..
ehhh ...kau pun ada gak masa kelayakan tu?
aku tak tau pun kau ada...kau datang sebijik je ke atau berteman? dengor tudung jenis cam gini susah la ni nak dapat, korek mana, kat top 5 hunting spot ke?
walaubagaimana pun aku minta maaf, aku ada sepeti tudung bola siri 2, pun datang secara pakej, apalagi sapu bersih 2.0 la...
crate pun datang dgn pakej, jimat jimat
Monday, September 26, 2011
raya mood dan sepeti siri 1
Hari raya selama sebulan membantutkan mood utk membuat posting, bukan takde bahan tetapi kepenatan, minggu pertama beraya kat kangar dan jln gasing pj. Minggu kedua open house kat klang valley dan beraya rumah saudara yg jauh sikit macam kat tg karang & k.selangor .., minggu ketiga open house kat klang valley dan minggu terakhir pun banyak juga open house hinggakan dua hari terakhir syawal pun ada jemputan makan..
gambar bawah:
ANAK EN MAT DAN SEPUPU di rumah mak alang, sawah sempadan , tg karang, arghh bestnya dunia tanpa sempadan di kampung, bebas..... Berbanding di bandar ...semuanya bagai terkurung.
gambar bawah:
yang bawah ni gambar tengah panggang burung puyuh semasa raya ketiga di kangar
MAKAN, MAKAN, MAKAN...
en mat boleh bayangkan di masa akan datang bila open house makin banyak pada hari biasa pun orang akan buat open house.
contoh semalam di ofis sahaja jam 09.00 pagi dah layan Laksam, jam 10.00 layan nasi impit jemputan dari unit transport dan jam 11.00 makan lontong jemputan dari business mail fuhhh layan.... meeting jam 02.00 pun ada makan mihun sup dan nak balik jam 05.00 pun ada jemputan makan beriani kambing. Kekenyangan beb..
jangan ada berani, lepas makan banyak, layan coke pasti pastu burb, burb, burb la korang sendawa..
tapi yg coke di bawah sepeti ini tak boleh minum dah , expired, dapat dari pekan lama di sebuah negeri di selangor' restoran dah tutup lama dah , kata member en mat nih'. Kebas la kata en mat , mana nak dapat dah.
SEPETI SIRI 1
tudung merah biasa
bukit belimbing
Subscribe to:
Posts (Atom)