Wednesday, June 29, 2011

mug coca cola kru awas da concert

AWAS gerak langkah mu wo hoooo, teringat bait-bait lirik lagu AWAS. Tapi en mat bukannya rapper, tetapi seorang Thrasher. Dahulu lagu ni selalu diputarkan di corong radio, itu yg kembali teringat bait liriknya....


Mug Coca Cola KRU Awas da concert keluaran tahun 1995.

en mat tak pernah lihat lagi mug ni di market, tu yg berani sambar walaupun condition, dah crack sedikit.

utk rujukan dan pengkatalogan, kolabarasi antaran coca cola dan Kumpulan KRU

apa??? beli kat central market. Pi la hang beli, korek gerobok /lemari kot ada terperuk kat CM nun . Yang penting en mat dapat dari tangan org yg ada hubungan dgn pengeluar air minuman tersebut .

Tuesday, June 28, 2011

coca cola fat bottle 500 ml (2)

BERITA TERKINI 02/07/2011

UTK PENGETAHUAN SI GEMUK INI (FAT BOTTLE) TELAH DILAMAR OLEH SANG PUTERA DARI NEGARA TEMASEK.

terbaik dari ladang -ini adalah kali kedua en mat mendapat fat bottle 500 ml ini setelah lama memburunya.

Ini lah dikatakan rezeki, kekadang tu walaupun kita ada duit tetapi kita pi rumah collector dan depa tak mau jual, duit kita ni umpama tak laku. Rezeki en mat kali ini , ada collector/seller yg sudi menjual kepada en mat. Rezeki jangan ditolak... tq bro..

mana dah nak dapat condition yang cun melecun kalau dah berpuluh tahun botol ini dikeluarkan.


kalau mengikut alamat Jalan Foss, Kuala Lumpur, Poskod pun belum lagi diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan POS, pada waktu botol ini dikeluarkan, bayangkan dah berapa puluh tahun dah usia botol ini.
tudung ribbon satu line kat bawah..


ok lah utk entry permulaan kali ini setelah berminggu blog bersawang bahana cuti sekolah dan ekspedisi ke pantai timur - Jalan Jalan Cari Makan dan Ekspedisi Hunting Crate.

Nanti kalau dah lama sangat bersawang kena sound pulak dgn kengkawan ...woiiittt mana entry terbaru ...he he he

Biar cempedak dari nangka,
biar adak dari tak ade...


Thursday, May 26, 2011

cuti sekolah

utk makluman blog en mat tidak akan dikemaskini (tiada posting baru) selama 2 minggu kerana cuti sekolah.

KELANTAN HERE WE COME....

Artikel di akhbar

1. minat botol selepas gali kubur...eeeee menyeramkan lah hobi bro megat pengumpul botol minuman ringan niee

KOSMO Rabu 11 Mei 2011.




2. ketagih koleksi coca -cola, hari yg sama keluar dgn artikel bro megat.

KOSMO Rabu 11 Mei 2011



3. Bro JUDD hebat - GILA coca cola

Sinar Harian Ahad 29 Mei 2011








penantian suatu penyiksaan dan hikmah sabar separuh dari iman

en mat sebenarnya dah tiada harapan akan menjumpai kereta coke 3 jenis yg camgini datang dengan CARDED. Ialah barang dah berpuluh tahun.


berkat kesabaran dan hikmah sabar separuh dari iman, akhirnya en mat berjaya juga meng upgrade kereta coke 3 jenis dari yg terboleng ke yang Carded.

volkswagen
jeep
lori
3 jenis kereta coke yang dulunya berharga $1.20 pada suatu masa di zaman dahulu....

Kisah kereta ni en mat pernah posting pada 4 may 2009, kira dah lebih setahun...


http://ahkaba.blogspot.com/2009/05/kereta-coca-cola.html


perghhh berjaya juga misi ...alhamdullilah

Tuesday, May 24, 2011

Pouch Coca Cola

Pouch coca cola ni pernah digunakan di Malaysia, dapat dari ejen coke dari negeri tanah beradat, zaman dulu bahasa melayu kurang digunakan utk mempromosikan barangan.




Boleh digunakan semasa trade fair nanti utk isi duit kecik.

Saturday, May 21, 2011

Key chain coca cola bersalut emas

Key chain coca cola bersadur emas diberikan kepada kakitangan sahaja , pernah diberikan kepada kakitangan syarikat air minuman tersebut pada zaman dahulu kala.

didatangkan dengan bekas baldu hitam.


COKE -mint condition.
buat menambah koleksi key chain dan barangan coke malaysia

Wednesday, May 18, 2011

3 liter ayaq coke, kalau penuhkan dalam bekas straw gergasi




Bekas straw gergasi coke ni famous & banyak digunakan di premis perniagaan seperti restoran mamak, food court & pam minyak. Even kalau tuan pergi ke Stesen Minyak Shell batu 13 puchong pun masih lagi menggunakan bekas straw ini sebagai kaedah pelanggan utk mendapatkan straw.







Tetapi banyak kedai telah tidak menggunakan bekas straw ini kerana masalah HYGIENE atau masalah kebersihan, ialah bayangkan lepas pergi toilet, masuk kedai serbanika, beli air botol kemudian seluk bekas straw dgn tangan kiri, yg masih melekat dgn bakteria berbahaya, mana tak tercemarnya semua straw di dlm bekas tu.






Itu yg menyebabkan bekas straw ni dah tak popular dan digantikan dgn yg mesra alam seperti di Restoran Mekdi, tekan punat , maka straw pun gelongsor keluaq.


Monday, May 16, 2011

Kasut coca cola kanak kanak



Hujung tahun 90 an, kasut coca cola ni popular di Malaysia kerana dibuat di kilang BATA di Jalan Kapar Klang, tetapi zaman itu, mana ada orang teringat ianya akan dijadikan koleksi, even en mat pun merasa pakai yang high cut, cutting macam kasut warrior pakai masa main sepaktakraw.








Friday, May 13, 2011

Lighter enjoy coca cola




Jenama cricket ni cukup popular di zaman dulu-dulu, even bekas lighter coca cola dia pun berjenama cricket dan ianya datang bersama dengan lighter cricket.







Lighter ni dapat dari seorang seller di Amcorp yg dibelinya dari seorang ejen coca cola di area negeri beradat.






Tetapi api lighternya dah tinggal spark aje, tak bernyala… gas atau minyaknya dah habis, kering di telan zaman. Kalau kat bawah lighter cricket tu ada lubang gas boleh gak teman rodok dengan gas Zippo. Ini harammmm tak berlubang.


Satu lagi yg lighter jenis/fesyen yg old skool, dia mesti ada alat kawalan tersendiri, butang + dan butang - ….

Wednesday, May 11, 2011

Asyik dapat WP je , apa cerita….

3 six pack 125 years , Regular, Light & Vanilla. Zaman six pack guna kertas kadbod dah berakhir, lani semua guna plastic.





Bercerita tentang peraduan 125 tahun ni, en mat ada bercita-cita gak nak pergi ke World of Coca Cola atau sekurangnya dapat hadiah paling cekai iaitu set perayaan COKE, tapi setakat ni dah 18 tin berbagai perisa dah masuk perut en mat, bukan aje bayang Atlanta bayang –bayang HH, AA, RR, AA, MM ke jadah tak lekat kat en mat , yang ada WP aje.. melancong sendiri ke WP – Wilayah Persekutuan je lah…


Psst…..Peraduan ni pun dah nak sampai penghujung/ tamat 15 Mei. Ada ke orang coca cola bottling baca sembang kencang en mat ni, kot boleh bagi sponsor pergi melancong ke Atlanta… he he he




Kalau ada nak sponsor…. Kecil tapak tangan nyiru teman tadahkan..

Sunday, May 8, 2011

Sesi mabuk teh sempena Coke, Soda & Aerated, 2nd Trade Fair yg bakal berlangsung.



Sham, Megat, Nazrin dan En Mat di Restoran Bunga, TTDI Jaya, Shah Alam, tengah serius membincangkan strategi dan taktik yg bakal digunakan bagi menarik ramai pengunjung ke Trade Fair, pecah kepala memikiorkan tentang sponsor, lokasi, nak deal dgn amcorp mgmt atau flea market mgmt, berapa dan siapa yg nak datang, siapa nak kena jemput, berapa table nak buka, boleh tak adakan jamuan sekali bla , bla bla, bla….. ialah kena pikior dari A to Z.

walaupun waktu dah menunjukkan jam 01.00 pagi dan orang lain sedang di ulit mimpi indah, tetapi ahli Botologi masih serius membincangkan strategi utk trade fair…siapa kata kami tak serius waktu buat kerja..ha ha ha


Saturday, April 16, 2011

plastic cup polar bear

Hari ini kita lari topik sikit dari hal trade fair. Kisah tentang 4 biji plastic cup polar bear. Beli air minuman bergas berharga RM2.50 dan dapat sebiji gelas plastik. En Mat ada membeli gelas tersebut semasa promosi berlangsung disebuah kompleks membeli-belah di kuala lumpur bertahun-tahun dahulu.

En mat saja posting kerana ada kawan -kawan bertanya , Eh hang pernah tengok gelas jenis ni tak? Ini keluaran mana ya? Jual kat malaysia ka dulu? So en mat ada info dan boleh share untuk rujukan kawan-kawan jika ada berjumpa dgn gelas ini, cuba lengkapkan keempat-empatnya.

a . Gelas 1 - Ice Skating
b. Gelas 2 - SKI
c. Gelas 3 & 4 - Snow Mobile & Ice Hockey
Giant 'bunting' ni en mat dapat kompleks membeli-belah tersebut. DAH LAMA DAH.....

HAMPIR LAPAN KAKI PANJANGNYA....


Sebenarnya en mat nak relate kan juga gelas plastik dgn promosi gelas kaca mek di yang bakal dijual pada 28 april di mek di, seluruh malaysia, walaupun gelas kaca ni dah lama beredar di pasaran luar negara. Selamat mengembongkan perot anda... kenyang ayaq coke WP... pun tak abis lagi...datang pulak lagi promo baru....




Saturday, April 9, 2011

TRADE FAIR COKE, SODA & AERATED KALI KE 2.

NANTIKAN TRADE FAIR COKE , SODA & AERATED KALI KE 2, BERTEMPAT DI AMCORP MALL , PETALING JAYA, DLM MASA TERDEKAT.

LEBIH RAMAI SELLER, LEBIH RAMAI COLLECTOR DAN LEBIH MERIAH.. TINGGALKAN PESANAN DLM CHAT BOX ATAU PADA COMMENT UTK MAKLUMAT LANJUT.

RUGI SIAPA TAK DATANG.

rujuk link utk gambar trade fair terdahulu