1. Terimakasih kepada semua rakan -rakan bloggers, collectors, facebook & walk- in customer yang datang dari jauh dan dekat , dari Johor Bahru, Kulim, Penang, Ipoh, Tg Malim, KL & Selangor yang hadir untuk memberi sokongan kepada Trade Fair Buy, Sell & Trade Soda di Amcorp Mall pada 08.08.2010. TANPA ANDA SIAPALAH KAMI.
Yang terharunya Proffesor Sharif UITM , 'baju putih sebelah megat '(pakar coke malaya merangkap guru botol bro megat) pun turut hadir memberi sokongan , tak lupa juga para bloggers .... korang semua memang superb lah...
collector dari penang , ipoh dan johor mari.. 2. Terimakasih juga kepada pihak Amcorp menejemen kerana memberi kelulusan untuk kami mengadakan trade fair walaupun terpaksa banyak bersabar kerana melayan kerenah kami yang umpama 'Belanda Dapat Tanah'.
maaf, gambar menejmen tiada dlm simpanan foto galeri...
Aku setuju dgn statement boss Amcorp menejmen 'kalau i approve u orang letak brg atas lantai apa kata seller di sekeliling'. Tapi boss i nak cakap hari ni, 'peniaga lain di amcorp dapat tempias dgn kehadiran ramai collector' masyukkkk. Harap dapat kebenaran utk buat lagi trade fair di lain kali.
3. Terimakasih kepada coca cola (m) kerana mensponsor kalendar besi bermagnet untuk semua seller pada hari tersebut . Juga terimakasih bagi hadiah untuk kontess kepada para pengunjung. Tahun depan minta sponsor BOOTH , kita buat lagi GRAND....
i) ada 2 jenis kalendar besi warna putih dan merah.
4. Terimakasih kepada semua SELLER yang lebih dari 11 orang, Chua, Joey, Sam Canada, Kurt, Zian, Faizal Singapore, Megat, Fitri, Freddie, Sham, Nazrin & Amir , kalau tiada anda tiadalah trade fair... walaupun pada mulanya ramai yg ragu-ragu nak beli meja, tetapi semakin dekat hari trade fair semakin terasa keterujaanya , hinggakan ada yg ingin membeli meja di saat akhir tetapi apakan daya, meja adalah terhad.
i) 11 seller ni telah diblacklist oleh amcop menejemen, no more trade fair in this building... aiyaaakk
Maaf kepada JOEY kerana terpaksa berhimpit-himpit dan terperosok di hujung tanjung, tetapi dengarnya pendapatan semua seller ramai yg mencecah 4 angka. Tahniah.
Untuk makluman event ini dianjurkan oleh penganjur bersama iaitu penglibatan dari orang kuat iaitu megat dan chua kerana menjadikan event ini berjaya.
5. Terimakasih kepada bro spallan kerana membuat review lengkap utk trade fair http://spallanpunya.blogspot.com/2010/08/buy-sell-trade-soda-beverages.html ...... dan sebab itulah tidak banyak gambar trade fair tidak di upload oleh en mat kerana bro spallan dah terangkan melalui berita bergambar di blog beliau.
berkaitan feedback dari collector untuk mengadakan trade fair di Penang dan JB dan mengadakan trade fair lebih kerap, nantilah akan dibincangkan pada sesi mabuk teh kami yang akan datang, tapi buat masa ni nak rendam kaki dlm air panas... lenguh berdiri seharian melayan pengunjung.
En Mat ingin memohon maaf jika semasa trade fair ada terkasar bahasa/kata semasa berlangsungnya event kerana sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.
Terimakasih daun keladi
kalau ada masa kita jumpa lagi.
7 comments:
taniah... setapak maju kehadapan.. majulah botol untuk negara
Ada masa kita buat lagi :)
sham, lepas raya nie kita buat pameran botol malaya kat Galeri Petronas pulak.... mesti gempak
bro fr, lepas nie hang jadi penganjur, amacam cunnnn tak.... aku tak boleh bayangkan muka bebudak emcop menejemen bila hang cakap, saya mau buat trade fair lagi....
Che Mat.. Cantik! aku setuju sangat buat show kat situ. Tahun 2000 yang lepas aku dah buat kat galeri private di tasik Titiwangsa. Tapi masa tu aku sorang je, geng botologi belum ada lagi, walaupun by invitation show aku tu cukup meriah. Kau bayangkan kalau kita bergabung dan buat kat galeri Petronas???
tahniah 'en mat and the gang' krn telah berjaya menganjurkan trade fair itu.
klau nak buat lagi bagitau. BR pun tengah kumpul barang2 coke.. nk join jugak bagi 'beramai' hehe..
bro mgt & BR , seperti sedia maklum Trade fair yang akan datang akan di adakan di Stadium Padang Timur berhadapan Amcorp Mall, wah mesti gempak, tetapi di ruang pejalan kaki tepi stadium je lah. Kira Stadium juga lah kan.
tahniah untuk semua juga.... tahun depan mesti ada.....dengar citer org Ipoh nak buat lepas raya ni....kena tanya itu king Ipoh...
Post a Comment