Tuesday, January 5, 2010

dah masuk kotak - pinjam tagline spallan

he he he dah masuk kotak - shipping ke Mid Valley Megamall utk coca cola trophy tour.

Untuk pengesahan dari Dato Chua...


1. Botol dari Japan - World Cup Japan Korea 2002



2. Botol tube dari Korea - World Cup Japan Korea 2002


3. Botol set of 4 dari Singapura - World Cup France 1998





4. Tin Screw Cap Alumunium dari Japan - World Cup Korea Japan 2002


5. Script botol dari japan dan arab - ni bukan world cup , cuma utk display je...
halo dato chua, bgtau botol mana yg boleh diterima masuk ke dalam galeri utk pameran Coca Cola Trophy Tour . Ini saja yg saya boleh kasi pinjam.....

Sunday, January 3, 2010

jalan jalan cuti sekolah...

Pada cuti krismas baru nie 25 dis 09, aku bawak anak aku & isteri aku pi jalan-jalan makan angin ke utara, rata kami pusing. Pi Penang, Perlis, Aloq Setaq and lastly..wajib berhenti last check point sudah semestinya Ipoh. Kadang kesian kat Ipoh ni kenapa tak diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia cam Penang dan Melaka. But tadi dah sembang dgn Harold warga Ipoh, so dia bagi la point kenapa Ipoh tak dapat tapak Warisan Dunia.... so aku pahamlah kenapa...

And that's why lah aku punya blog bersarang setahun, makan angin utara malaya lah punya pasal, ialah dari krismas tahun lepas sampai hari nie kira setahun la tak... he he he


1. 'Bunting' nie takde kena mengena dgn Ipoh,Penang atau Perlis... nie aku dapat kat kedai antik di Shah Alam bulan Dis 09, malam ada game bola M'sia lawan Vietnam. Baru pun barulah rembat dulu .... tapi peraduan ni tahun berapa ye? JAWAB kenapa tak JAWAP


2. Coaster ni dapat kat kedai antik di Lorong Pintal Tali di Penang... aku ambik dua yg condition cun aje, yg baki lagi tiga tak berapa cun, so aku tinggal le utk orang belakang .... tak pernah nampak sebelum nie...


3. Yang Ice Puncher - betul ke menatang ni nama ice puncher,aku tibai je, nie pun aku dapat kat kedai sama.... harga bole tahan, lum sum sekali dgn coaster.. dia kata dapat dari satu seller di Penang...

4. Hasil dari ekskavasi di kedai antik di Ipoh, Ice Cold but very friendly, keluaran malaysia... tak percaya kat bawah belah kanan ada Tanda Perniagaan Berdaftar. Tapi Arcylic dia dah pecah kena hantaq kedai buat restoration, Jam OK...jalan...

5. Lepas tidoq Ipoh pagi pi jalan jalan sekitar Tg Rambutan, pekena Pasembor kat stesen keretapi, pastu jalan jalan kat kedai runcit lama, nampak kat belah belakang iklan BEER ada menatang iklan nie, minta beli, apalagi dgn cergas Apek tu panjat dan terus potong cardboad tu untuk aku.harga kowtim.. aku makan sekali dgn signboard Marlboro... jadilah.... utk reference aku ,sticker malaysia old skool.



Jadi itu sebablah aku dah lama tak posting... MOOD cuti sekolah...

Wednesday, December 23, 2009

shhh shhh shhh tengah semboq nyamuk....dan langau sekali kot

penyembur nyamuk coca cola Made in England

Awas nyamuk sekelian, alat penyembur nyamuk yang paling efisien pada abad ke 19 telah tiba di blog En Kamil.
Alat semboq nyamuk ni kisahnya lama dah aku tengok ada kat umah collector. 2-3 org ada alat ni, dan merujuk kpd bro din beliau dapat di Malaysia, bro nazrin beliau beli di Singapore. Kira barang ni diguna pakai di Malaya pada satu masa dahulu.



Nak jadi cerita bulan lepas satu apek kat amcorp punya pukul canang tanya aku , you ada ka ini spray nyamuk. Pasal dia kata barang coke lain dia tak simpan hanya spray ni je yg dia collect. Aku kata kat dia aku tak de, tapi pernah nampak ada orang lain simpan, so dia bgtau aku kalau ada orang mau beli RM 1000 pun dia tak mau jual...dengan megahnya. Takpela aku takde brg ni so aku diam lah...

So pada minggu lepas aku terima panggilan dari bro nazrin , hang nak tak barang ni RM 1xx, so dgn cargas aku pi ambik...so la ni aku pun memiliki jugalah brg ni...

spray made in newcastle..

Tuesday, December 22, 2009

selamat hari raya

Terbaru dlm koleksi En Kamil, tin Selamat Hari Raya. So tinggal dua lagi tin coke malaysia old skool PATA selamat datang 1986 & KODAK can je bagi melengkapkan koleksi tin old skool m'sia ... azam 2010. Korang kat luar sana apa azam tahun baru korang ye....



ada barang kadang-kadang boleh dibeli dgn duit namun kadang-kadang ada barang tidak boleh dibeli dgn duit... apa baranggggg !!!!!!



+


=


namun bagi melengkapkan tin malaysia yg old skool nie aku terpaksa mengorbankan (TRADE) Cermin Muka Nikmat Segar Coca Cola dan signboard Kota Bharu Kota Budaya kepada bro nazrin bagi mendapatkan SATU TIN SELAMAT HARI RAYA sahaja.... kenapa !!!!! tak percaya ka.... ini betul-betul la bukan cobaan.


apa alasan aku:

i) aku dah pegang lama cermin muka tu... kira dah puas la, so boleh pejam mata lepas je la....

ii) memandangkan sign kota bharu kota budaya tu hanya digunakan di negeri kelantan (pakai kat beca waktu tu) so aku rasa org yg berhak menyimpannya adalah org kelantan jugalah spt (bro nazrin). en kamil org selangor ye..

iii) aku nak bagitahu , dah 10 tahun main brg coke , berapa kali pernah nampak tin selamat hari raya ni kat ebay ka , mudah ka, so tanpa membuang masa, aku pun terima lah tawaran utk trade tin dgn dua barang aku tu....

Wednesday, December 16, 2009

1,000 seribu hadiah saguhati

1000 - seribu hadiah saguhati jam tangan COKE /olimpik dan setelah 17 tahun baru aku mendapat hadiah saguhati tersebut. Acah je....

Kisahnya, aku ada menjual jam Esso Malaysia 100 tahun dlm Mudah.my dan bro nazrin yg ketika itu berada dia atas kapal di Brunei, menawarkan aku harga utk membeli jam esso 100 tahun tersebut.
Tawarannya RM 1xx + satu Jam Barcelona 1992 = Jam Esso 100 years Malaysia aku. Apalagi aku pun setuju lah kerana aku pun sedang menambah koleksi barangan coke Malaysia.

condition tak berapa cun, haku pedulik apa...

Close up- nampak karat-karatnya.... asalnya jam ni kepunyaan Dato Chua yg telah mengKITAI bro nazrin he he he ....

Kebetulan pulak aku ada satu kotak jam Enjoy Coca Cola, dah lama kosong tak diisi, apalagi . Duduk rumah baru jam barcelona 1992 nie....

Bukti POSTER peraduan coa cola barcelona tahun 1992 menangilah, 1000 x hadiah saguhati jam tangan COKE / olimpik.

Jam tangan ESSO Malaysia 100 tahun celebration yg aku jual kat bro nazrin, ta ta, bye bye, pindah rumah baru....

Friday, December 11, 2009

keluar dari topik sikit hari nie...

Lin dai oh lin dai

Apakah istimewanya Lin Dai nie sampaikan dato chua merenung tajam dan bro nazrin termenung jauh. Apakah kuasa Lin Dai nie sampaikan begitu spesiel diletakkan di atas meja dan diberi penghiormatan sebegitu. Nasib baik En Kamil renung tin coca cola....kalu tidak sah kena gossip gak...

Kisah selanjutnya...
Setelah berpurnama bro nazrin outstation, dan baru balik minggu lepas, so pada minggu lepas kami bertiga pi kena teh tarik kat area rumah chua di the mines. So topik hari ini adalah dato chua akan bawa sedikit souvenir yg dihadiahkan oleh Sam , collector dari thailand dan poster Lin dai yg baru beliau korek dari satu daerah di Johor. Menurut dato chua poster yang rare ni tahun 60 an, didapati dari sebuah kedai lama yg telah ditinggalkan di sebuah Kg Cina di daerah Johor dan menurutnya banyak lagi barangan lama dari lokasi tersebut yg tak sempat beliau korek keluar, membayangkan banyaknya lagi tertanamnya barangan Malaya di sana. Atas sebab -sebab keselamatan lokasi sebenar tempat beliau korek tidak boleh diberitahu. Lu orang cari la sendiri kat johor tu...

So direct to the point, bukannya kisah lin dai aku nak ceritakan disini tetapi sebenarnya di Malaysia banyak lagi tempat-tempat yg menyimpan barang-barang lama sejarah Malaya, dan jika kita rajin mulut dan rajin bertanya akan dapatlah collectible barangan malaya di luar sana tu, walaupun kita sekarang sudah berada di zaman Millenium.

So apalagi, mulakan pemburuan, kot kot bole dapat barang Coke Malaya yg rare rare....

pssst

tapi ingat pesan King Daud pastikan kita gantung gambar Emak kita dulu sebelum gantung gambar Lin Dai ...nanti kecik hati orang tua kita tu....he he he apakata bro BG.


Friday, December 4, 2009

Keratan akhbar Coca Cola pada tahun 1978

Memandangkan World Cup yang dah nak tiba pada 2010, so aku nak share dgn korang akhbar Malaysia berbahasa Inggeris, yang ada memaparkan iklan coca cola 'official soft drink' pada tahun 1978. Aku ada foto je, gambar original takde...just nak share info..ni pun tangkap kat satu tempat, lokasi di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan...

Summary

Argentina was the host to the 1978 world Cup. This edition was the first appearance of Coca Cola in the FIFA World Cup as a sponsor.

rujuk artikel penuh dibawah.

http://en.wikipedia.org/wiki/1978_FIFA_World_Cup


Enjoy Coca Cola - The Official soft drink of the 1978 World Cup.


kalau korang zoom lebih dekat ada perkataan Fraser & Neave.


Monday, November 30, 2009

Misteri ....kemanakah perginya 2000 dulang ini????

Pemburuan pun bermula…

Cerita 1

Pada awal Jun hingga akhir Julai 09, company air minuman A, ni ada menawarkan 2000 dulang tin , utk satu peraduan, yang tiada diketahui macamana rupabentuk dulang tersebut , waima bulat ke , bujur ke, petak ke, lonjong ke …dan ianya menjadi teka –teki kepada para pengumpul barangan ni, termasuk akulah tu.


Nak dijadikan cerita, pada satu malam di bulan Julai, semasa kami sedang minum di kedai mamak di kawasan The Mines (dekat rumah Dato Chua), beliau telah tunjukkan gambar perempuan memegang air minuman yg di print atas dulang…katanya keluaran syarikat air minuman syarikat A tersebut. Pada masa tu kami tak tahu apa tujuan, sebab musabab, asal usul serta sejarahnya.

Setelah gambar didalam handphone tadi di close up dan di zoom kan maka terpaculah gambar pompuan seksi, tiada lah pula kelihatan tulisan melayu atau apa-apapun yg boleh dikaitkan dgn tanah melayu atau semenanjung malaysia di dulang tersebut, melainkan yg kami boleh sahkan ianya adalah kemungkinan keluaran luar negara dan utk pasaran disana. Eropah macam bunyinya... Maka tiadalah STIM dan tiada lah dimabil PORT (diambil pusing) oleh kami pengumpul barangan malaysia, kerana seperti melihat dulang eropah lainnya, berlambak di pasaran. Jadi cerita tentang Dulang ni di kafankan…AMIN..

Cerita 2

Tiba –tiba sekitar bulan ogos 09, sebelum Bro Nazrin a.k.a cokecollector, a.k.a. Bro Big Coke, berangkat ke Brunei dan masih belum balik-balik lagi sampai sekarang…Dis 09, aku dikejutkan oleh dato chua, ‘dulang ada list sana mudah, seller kat Penang’. Apalagi setelah menghubungi seller jawapan standard diterima , sudah SOLD OUT… Yang aku nak tergelak, masa seller tu mula mula list harga murah, bawah 50, katanya dah sold out tapi dia list balik (change price) lebih 50, pun sold out jugak.. Arghh tak pe kata aku, seller nak muck up harga. Kalau ada luck tak kemana. Waktu ni aku punya tahap STIM untuk memburu dulang nie, tak naik mencanak lagi, pasal story sebenar dulang nie masih kabur…

Lama lepas tu , gamaknya adalah lebih kurang sebulan , kisah pencarian dulang ni terhenti, terima lagi lagi panggilan dari Dato Chua, Dulang ni list balik dari kat Mudah, Dato Chua telah berjaya membelinya dari satu seller di Kajang (sangat murah..untung la hang Dato Chua). Setelah di interview seller ni mengakui Dulang nie beliau dapat dari Peraduan yg dianjurkan oleh syarikat minuman A tersebut. Pada masa ni aku pun ada gak menghubungi seller ni kot-kot beliau ada extra, jawapan diterima ..HAMPA dan HAMPAS…Tiada xtra..melepas la lagi …macam lagu S.M.Salim .

Setelah mendapat kisah sebenar mengatakan dulang ini adalah utk pasaran Malaysia, maka tetiba keghairahan aku mencanak naik tahap 100 darjah, terus masuk gear 5 dan aku isytiharkan mulai dari saaat nie PEMBURUAN aku pun bermula… tetapi ,hari hari bertukar minggu , minggu minggu bertukar bulan tapi sebelum sempat bulan bertukar tahun, akhirnya hari ini 29/11/2009 setelah berpurnama aku memburunya tanpa henti, berjaya juga aku menjejakinya dan mendapatnya dari seller di Amcorp Mall. Maka habislah duit dan habislah air liur semasa proses tawar menawar dilakukan. Pinjam kata KING Daud ‘kena KITAI’ gak aku ….

Cerita 3

Mr Lee seller dulang tersebut, menyatakan dulang ni beliau dapati dari satu promosi Brrrrr di Bangsar minggu lepas. APA?????????


Apa yg menjadi kemuskilan aku , nak dijadikan cerita aku ada jugak meng SMS peraduan tersebut dgn harapan dapat salah satu dari 3 hadiah yg ditawarkan tak dapat baucar, dapat dulang atau alas pemegang peti ais waima RM100,000 pun ok lah… tapi sampai hari ni satu habuk hadiah pun tak nampak…jadi apa di tunggu lagi, Dulang dah di depan mata, sambar jelah, pasni boleh tidur lena, dato Chua ada cakap ini malam boleh tidur sama amoi lor..

Kepada pemburu yg lainnya selamat berburu….

SEKIAN

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya haji...kangaroo siapa terlepas pulak ni ???

Masa bulan posa baru ni , aku ada bet kat e-bay (M) utk baju coke side of life (baju raya) dan keputusannya aku menang dlm bet tersebut, so seller ni pun hantorlah guna kangaroo mail.

Nak jadi ceritanya, ituhari tak sempat nak posting masa time raya puasa, so aku rasa masa terbaik adalah masa ni utk posting ...raya gak tapi raya haji.

kalau dah hantu coke , raya pun nak pakai baju jenama coke jugak...

Baju hari raya coke side of life (M)..raya puasa punya tau bukannya raya haji...

Monday, November 16, 2009

battle of the 'top 10 malaysian old skool coke can'

battle of the 'top 10 Malaysian old skool coke can' now showing in ebay'

Dibawah ini link kepada ebay.com.my , peperangan collector utk mendapatkan top 10 Malaysian old skool coke can. Pada aku dah lama , hampir setahun dah tak tengok coke can malaysia yg rare rare ni listing di ebay, so mari kita saksikan siapa yang kena..... jawapannya pada pagi hari selasa 17.11.2009. Tungguuuuu....

1. Diet Coke, Coca-Cola ,Seoul 1988


http://cgi.ebay.com.my/Diet-Coke-Coca-Cola-Seoul-88-can-from-Malaysia_W0QQitemZ180430575462QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item2a02801766
dan keputusannya ......... RM 205.91


2. Coca Cola Seoul 1988


dan keputusannya RM 87.76


3. Coca Cola Italia 1990


http://cgi.ebay.com.my/Coca-Cola-Italia-90-can-from-Malaysia_W0QQitemZ180430577676QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item2a0280200c
dan keputusannya ............RM 236.29


dan keputusannya ..........RM 108.02
yang aku nak tunjukkan kat sini bukan nilai RM tetapi betapa bernilainya tin buruk Malaysia ni kan... so pikirkan -pikirkanlah dari sekarang...

Saturday, November 14, 2009

Coin Can Malaysia Sydney Olimpik 2000

dan kisah coin can malaysia sydney 2000 pun bermulalah...

Seperti hari-hari biasa aku meng'explore' lebai google dan FB utk mencari collector di malaysia. Tup tup tiba-tiba terpandang satu minah ni bgtau nak lepas coin can kat FB. Aku mcm biasa la berbalas -balas mesej, dan pada awalnya beliau menawarkan harga yg pada aku terlampau tinggi (hampir separuh gaji aku) utk coin can Malaysia, (aku ada satu harga anggaran utk coin can) tetapi setelah aku mengambil kira beberapa faktor:-



i) Coin can ni dah berusia hampir 10 tahun (keluaran tahun 2000)
ii) kat umah member collector pun tak pernah nampak
iii) dan yang paling terpenting, ia adalah coin set (set of 6-sydney 2000), yang pertama dikeluarkan oleh coke (m) ,


utk makluman member collector, barangan collectible especially yang ada set lengkap amatlah mahal di pasaran berbanding single can .

sepanjang ekskavasi, mengkatalog , membuat pentarikhan karbon dan memburu coke (m) aku belum pernah tengok coin set cam gini FYI (tahun 1992 ,12 tin - set olimpik barcelona tak pernah tgk ada coin can -maksud aku coin set, single gold can coin dah pernah tgk ).


Rujuk dari tahun 1986 kebanyakan adalah single can. Jadi aku mengambil keputusan utk menge CHAI sampai jadi.



Jadi....setelah berunding harga dan tawar menawar maka pada hari jumaat 2 minggu lepas aku pi ambil coin can ni kat bukit damansara. (siap ambil annual leave lagi )



pssst..
ada member collector yg mohon aku bertanyakan kot minah ni ada xtra coin set, jawapannya takde xtra, coin set ni hanya ada satu set je, no more.
Bak kat Alfred Amcorp ...mouth watering lagi la.....

Tuesday, November 10, 2009

KING DAUD BERAKSI

Minggu ni tak nak post gambar dan tak nak cerita apa-apa , tetapi aku nak beri penghormatan pada King Daud kerana menulis blog dan memperkayakan lagi info berkaitan botol dan segala barangan berkaitan 'collectible'. Semoga info dan pendapat beliau dapat kita kongsi bersama.

LONG LIVE THE KING DAUD

bersama kita beri sokongan pada blog King Daud http://malayaayerlamenet.blogspot.com/