Sunday, January 3, 2010

jalan jalan cuti sekolah...

Pada cuti krismas baru nie 25 dis 09, aku bawak anak aku & isteri aku pi jalan-jalan makan angin ke utara, rata kami pusing. Pi Penang, Perlis, Aloq Setaq and lastly..wajib berhenti last check point sudah semestinya Ipoh. Kadang kesian kat Ipoh ni kenapa tak diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia cam Penang dan Melaka. But tadi dah sembang dgn Harold warga Ipoh, so dia bagi la point kenapa Ipoh tak dapat tapak Warisan Dunia.... so aku pahamlah kenapa...

And that's why lah aku punya blog bersarang setahun, makan angin utara malaya lah punya pasal, ialah dari krismas tahun lepas sampai hari nie kira setahun la tak... he he he


1. 'Bunting' nie takde kena mengena dgn Ipoh,Penang atau Perlis... nie aku dapat kat kedai antik di Shah Alam bulan Dis 09, malam ada game bola M'sia lawan Vietnam. Baru pun barulah rembat dulu .... tapi peraduan ni tahun berapa ye? JAWAB kenapa tak JAWAP


2. Coaster ni dapat kat kedai antik di Lorong Pintal Tali di Penang... aku ambik dua yg condition cun aje, yg baki lagi tiga tak berapa cun, so aku tinggal le utk orang belakang .... tak pernah nampak sebelum nie...


3. Yang Ice Puncher - betul ke menatang ni nama ice puncher,aku tibai je, nie pun aku dapat kat kedai sama.... harga bole tahan, lum sum sekali dgn coaster.. dia kata dapat dari satu seller di Penang...

4. Hasil dari ekskavasi di kedai antik di Ipoh, Ice Cold but very friendly, keluaran malaysia... tak percaya kat bawah belah kanan ada Tanda Perniagaan Berdaftar. Tapi Arcylic dia dah pecah kena hantaq kedai buat restoration, Jam OK...jalan...

5. Lepas tidoq Ipoh pagi pi jalan jalan sekitar Tg Rambutan, pekena Pasembor kat stesen keretapi, pastu jalan jalan kat kedai runcit lama, nampak kat belah belakang iklan BEER ada menatang iklan nie, minta beli, apalagi dgn cergas Apek tu panjat dan terus potong cardboad tu untuk aku.harga kowtim.. aku makan sekali dgn signboard Marlboro... jadilah.... utk reference aku ,sticker malaysia old skool.



Jadi itu sebablah aku dah lama tak posting... MOOD cuti sekolah...

4 comments:

Fitri Osman said...

Salam en.Kamil...

Cuti2 sekolah betoi hang..Alor Staq hang singgah lepas angin je ker?? Ada pasar karat di sana hang jumpa..??

Pasal bunting hang punya tu, aku rasa aku ada satu mcm tu tapi poster kot..itu ygn aku mencari2 kat kampung sampai la ni tak jumpa..seingat aku dapat mcm tu jugak bunyinya ' basikal2 hujungnya '..cari gak bawah tilam, karpet rumah..Biasa benda bergulung yg aku dapat aku letak bawah carpet atau tilam..senang nak rata balik...

ahmadkamil said...

bro fitri, aku ada pi aloq setaq kat kg berjaya, sebelah pejabat pos mergong tapi pagi minggu , so cuma ada pasar pagi, lastly aku dapat info rupanya pasar karat dema kat sana pagi jemaat... melepas .....

poster hang letak bawah tilam je bro...ish ish ish, pijat dah habis buat sarang bro, tinggal habuk kertas je kot...

teringat zaman takde iron (seterika) dulu , baju letak bawah tilam...tak bagi kedut...

rimanilzah said...

lidah melayu mmg sebut jawab bukan jawap. tapi kalau ada imbuhan disebut jawapan bukan jawaban.

alor star ke kl tu melintas semanggol. kalau singgah rumah boleh kita mabuk teh.

ahmadkamil said...

terimakasih bro atas jemputan minum teh, pasni kalu lalu, insyaallah bole singgah.