Monday, September 28, 2009

AKHIRNYAAAA.......

Akhirnya....yeahhhhh

Perghh....tiada kata seindah bahasa, untuk kugambarkan.. setelah sekian tahun aku memburu Tin Coca Cola Olimpik Musim Panas 1988, hari ahad 27 september 09 ianya bertukar tangan ke galeri en kamil punya hobi, walaupun banyak juga RM yg dilaburkan, tetapi aku tetap puashati....

MINUMAN RINGAN RASMI SUKAN OLIMPIK 1988



Kisahnya...pada bulan puasa yg lepas aku terjumpa dgn seller Javerd , di amcorp mall yg menjual hotwheel, toys , t shirt coke, dsb. so dgn ringan mulut aku pun bertanya apa barang coke brader ada, dia kata ada satu barang dia sayang iaitu Tin Coca Cola Olimpik 88, so dgn cargas aku terus meng'offer' harga RMxxx utk sebijik tin tersebut. gila ahh tin sebijik harga macam tu...ish ish ish.. aku bagitau Javerd bila dia balik raya johor nanti pi carik la kat mane tin tu, akhirnya dia pun setuju.

FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS


So pada ahad 27 sept seminggu selepas raya, aku pun telefon Javerd bertanyakan ttg tin olimpik tu, dia kata brg ada kat Seri Kembangan, apa lagi malam tu aku start kereta terus ke rumah dia.

TIN COKE MALAYSIA YG LAIN AKU TAPAU SEKALI

Apa lagi bila dah sampai rumah dia, terus dilambakkan tin coke bermacam-macam jenis dari negara-negara lain. aku pun kutip la tin coke malaysia, termasuk tiga tin diet Coke yang berbeza variasi, perghhh untung aku.

TIGA TIN DIET COKE MALAYSIA YG BERBEZA VARIASI


Ada juga tin Indonesia 'tarik ujung cincin' dan tin thailand 'Chiang Mai 95'. tapau sekali..


Setelah dilumpulkan sepuluh tin tersebut aku pun membayar dgn satu harga yg agak tinggi juga, tapi pada aku berbaloi, bak kata para collector tahap dewa dewa... kalau hang ada duit tapi orang tak mau jual susah jugak, offer RM beribu pun dia tetap tak mau jual. So malam tu aku bawak kereta balik rumah tersengih macam kerang busuk sampai rumah, pasal pemburuan aku selama ini telah berhasil, pasni azam buru lagi tiga tin yg aku missing, Tin Coke Selamat Hari Raya, Tin Coke PATA 1986 dan Tin Coke Kodak film. AZAM...
PEMBURUAN AKU BELUM BERAKHIR....

Terimakasih kat Din http://khazanahsepedatua.blogspot.com/

Terimakasih

Setelah lama bercuti, akhirnya aku dapat juga mencuri peluang nak posting, alkisahnya dah lama nak ucap terimakasih kat Din Kg Pasir dan adik beliau kerana telah menyedekahkan kat aku signboard ni.. dapat sebelum raya lagi. Kata Din.. bagi menyemarakkan lagi story dalam blog aku.

Terimakasih daun keladi ...Din.


Model yang tidak berbayar... adina hani.



Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

Masjid Alwi, Kangar, Perlis

En Kamil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung blog En Kamil Punya hobi. Apa relevan/kaitan gambar Masjid Alwi, Kangar dgn En Kamil. Sebenarnya En Kamil akan pulang berhari raya di sebelah kampung isteri (bini aku Juri Program Realiti Gadis Melayu-promote program gadis melayu la pulak) di Pengkalan Assam, Kangar, Perlis selama seminggu, so kalau ada sesiapa tersesat sampai ke Kangar bolehlah telefon En Kamil, boleh juga kita sembang-sembang sambil kena teh tarik.

Kepada Bro Nazrin yg beraya sorang diri kat Brunei, wa salute sama lu, demi mencari RM1.2 juta, tabahkan hati kuatkan semangat Bro.

Kepada Bro Fitri jangan di lupa kuih tat yang aku order tu, serbuk pun ok le..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN



Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa dari En Kamil Punya Hobi.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.




Sunday, August 16, 2009

Kasut Coca Cola

Kasut Coca Cola


Terimakasih kat Din Kg Pasir http://khazanahsepedatua.blogspot.com dan adiknya (maaf nama tak tau, din nanti kau sms bgtau nama adik kau yea...), kerana meminjamkan kasut Coke Malaysia Old Skool nih, untuk sesi fotografi bagi dimasukkan ke dalam blog En Kamil. Alkisah anekdot penceritaan bermula apabila beliau mendengar ada sale kat kilang BATA di Seremban pada awal 90 an, lantas dgn cargas beliau 'karau' (istilah di gunapakai oleh Din untuk makna perkataan yg sama bagi KOREK) kilang BATA tersebut.


Ironinya, apa kena mengena kasut nie dgn En Kamil adalah dulu-dulu aku pernah memakai kasut cap C.o.k.e nie. Tapi tak menyimpannya, lunyai aku kerjekan.




Di Bhg belakang dekat tapak,sepatutnya ada tulisan Coca Cola tapi telah haus di telan zaman.




Di baris akhir kalau korang perasan ada tulisan Made In Malaysia, siapa tak nampak, macam kata P.Ramlee.... korang sambung le sendiri..

Akhir sekali, Adik Din ada present kat aku Menu Signboard Pastinya, tahun 90 an, pasni aku upload pulak photo tu yea. Seperti biasa TUNGGUUUUU...

Tuesday, August 11, 2009

Topi - Olimpik Musim Panas Los Angeles 1984

Rarest Momorabilia in my collection - Topi - Olimpik Musim Panas Los Angeles 1984

Aku pun tak ingat bila masa aku beli mende nie, jumpa masa kemas stor baru baru nie, aku rasa brg yg paling rare dlm simpanan aku (memorabilia). Topi Olimpik Musim Panas LA 1984 , kalau memorabilia lain biasa nampak spt, beg olimpik 1988, tin coke 1992 biasa nampak tapi memorabilia tahun 1984 tak pernah nampak.








Updated 25.10.2009
Photo courtesy from Dato Chua

Beg Sukan Olimpik 1984 - koleksi Dato Chua, sebagai menambah memoribilia tahun 1984, mungkin adakah tin coca cola malaysia untuk olimpik 1984, inilah yang menjadi persoalan yg berlegar di kalangan fikiran otai-otai coca cola, kerana walaupun di blog ataupun website collector mat salleh di luar negara tidak ada tin tersebut , tetapi mungkin ianya ada di buat oleh F & N coca cola malaysia.... ha ha ha siapa yg nak jawab...

Untuk pengetahuan- tin coca cola yg terawal ditemui di malaysia adalah tahun 1986 'gold can', 100 years centennial celebration.



Saturday, August 8, 2009

Tray Coca Cola

Tray Coca Cola

Setelah bercuti panjang , tangan rasa gatal nak posting dan tajuk yg aku pilih kali nie ialah Dulang/Tray Coca Cola . Pasal apa aku pilih tajuk nie sebabnye ada satu mamat nie jual kat lelong.com.my http://list.lelong.com.my/Auc/List/List.asp?TheKeyword=coca+cola+tray&DA=A&CategoryID=&SubmitButton=Search sampai RM 1000.00 pastu kalau buy it now RM 1500.00 , tak hingat regenye yop...

Kisah sebenarnye , pada awal 1994, tray nie dapat percume je, beli 24 tin coca cola (satu crate) kat stesen minyak ESSO, dapatle menatang dulang 3 bijik. Aku bukan ape , kalau nak belasah pun berpada-pada le reganye, pasal kat Amcorp dulang nie boleh dapat lagi, bukan rare mana pun....





Thursday, July 30, 2009

Cuti seminggu

En Kamil cuti seminggu - pi makan angin Bandung, Indonesia, ketemuin minggu depan DONG......

Wednesday, July 22, 2009

Jam button masa untuk coca cola

Jam Button

1. Jam button ' masa untuk coca cola'. nie aku dapat apabila seorang seller di Amcorp Mall menawarkan aku sebuah jam button dgn harga yg dipersetujui bersama' kes barang tak tengok lagi, tapi dah setuju beli, gila betul En Kamil nie'. Jadi pada 22 julai diapun menghantarlah barang ni kat pejabat aku, aku pun tanya, korek kat mana - dia kata dapat kat Jalan Klang Lama.
Kalau korang bertanya 'Betul ke jam nie keluaran Malaysia , takpe nanti kalau ada masa aku buat photo story, kira macam kes jejak kasih la kat satu kedai runcit di ampang bagi membuktikan jam nie masih lagi di gunakan di dan dikeluarkan di malaysia.














Seller ni kata Jam ni dah tak jalan lagi, aku kata takpe lah pasal mana nak dapat dah barang macam ni dgn harga yg sesuai dgn aku. Kalau pi Jonker Walk dia belasah sampai tak ingat rega die.













Friday, July 17, 2009

paper cup coca cola

Paper cup Barcelona 1992 - ini paper cup bukan en kamil puye hobi yang punya tetapi , encik chua heeping yg punya. Oiii chua jgn minta royalti yea....















Paper cup cap ayam - Gong xi fa cai. Mane boleh carik lagi bende nie yeop, oiitt chua, dulu kenape hang tak simpan lebih daaaa....

barang-barang yg la nie jadi bahan arkib je....

Tuesday, July 14, 2009

BARCELONA 1992

RAIKAN SEMANGAT SUKAN OLIMPIK BARCELONA 1992












1. Macamana aku boleh nak bercerita tentang peraduan Barcelona 1992 nie. Semalam kat pejabat, aku terima surat dari Chua , kat dalam tu dia hantar label pet botttle 1.5 ml tahun 2001-2002 pelbagai peraduan dan aku terfikir dgn pelbagai peraduan yg coca cola adakan sekarang (tahun 2009) boleh kata tiap-tiap bulan , so aku rasa baik aku buat cerita pasal peraduan coca cola old skool yg pernah coca cola malaysia adakan, so aku pun teringat lah yg aku ada simpan satu poster peraduan barcelona 92 old skool, buat share dgn korang. Tapi kalau korang ada info peraduan coca cola malaysia tahun sebelumnya bagitau le aku, macam LA Olimpik 1984, Seoul Olimpik 1988 atau Piala Dunia Italia 1990.

Pelbagai label Pet Bottle 1.5 ml peraduan pada tahun 2001-2002 yg chua poskan kat aku - woiiii chua nie berapa aku nak kena bayar nie....he he he harga cincai cincai dah le....




























































2. Poster Peraduan Coca Cola barcelona 1992. Dah 17 tahun wooo....












3. Diumumkan hadiah tempat pertama - suzuki grand vitara. Waktu tu siapa le yang menang gamaknye...











4. Hadiah tempat kedua - suzuki v100 scooter. PAKCIK MENANG MOTORRRR...











5. Hadiah ketiga - 20 basikal boleh lipat. Nie kena rujuk kat bloggers basikal tua nie, kot diorang boleh carikan basikal nie lagi.











6. Hadiah saguhati - 1000 x jam tangan coke/olimpik. ha ha ha , jam ni pernah nampak kat dalam Mudah.my tapi harga dia ... pergh ...5 star.. tak silap heeping chua seller die kot...












7. Nie cara-cara nak menyertai peraduan tu. Dari cap liner coke & sprite, kedai yg mengambil bhg aje dan last sekali dari label pet bottle 1.25 L atau 2 liter shj.












8. Cara nak membeli baju coke dan beg coke barcelona 1992.












Sunday, July 5, 2009

amcorp mall flea market

Amcorp Mall Flea Market


Minggu ini aku nak bagi credit pada Flea Market Amcorp Mall, Petaling Jaya. Bagi para kolektor di Malaysia pasti sudah familiar/sinonim dgn nama Flea Market Amcorp Mall kerana disinilah para penjual barangan antik seperti peniaga syiling, setem, barangan piring hitam, tembaga, mainan tin toys, botol minuman menjual barangan mereka disini. Flea Market di sini diadakan pada hari sabtu dan ahad tetapi hari ahad lebih happening (semua foto di bawah ini di ambil pada hari ahad 05 Julai 2009.













1. Pasar barangan antik dan old skool di LG













2. Antara signboard Enamel yg masih lagi boleh didapati di sini adalah signboard F & N dan Michelin tyre.












3. Gelas Coca Cola Malaysia
























4. Tin rokok dan alat pertukangan kayu lama.












5. Kedai Alfred yg menjual barangan coca cola dari overseas serta mainan.












5. Kedai Mr Ang menjual, mainan tin toys, tin rokok serta barangan coca cola dari overseas.

























6. Kedai En Zamri menjual radio lama, telefon lama, kipas angin dan jam lama.
























7. Kedai En Jamil yang menjual coca cola dan berkongsi dgn En Wan peniaga Hot Wheels..
























8. Kedai auntie nie banyak menjual barangan dari UK. Agaknye mesti dia borong kat flea market di UK pastu jual kat Amcorp Mall.













9. Kedai yg menjual artifak Melayu serta jam tangan.
























10. Yo yo coca cola Permulaan masih lagi boleh didapati sini, tapi harga dia meleleh la....












11. Mainan Tin Toys













12. Kedai menjual setem dan syiling














13. Kedai menjual pinggan mangkuk












14. Buku terpakai pun ada juga.













15. Kedai yang menjual aneka barang termasuk coca cola.













16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...














17 Mesin jahit antik dan radio antik












18. Pedal cycle old skool...














19. Ampun Tuanku, kalu korang bernasib baik dapat jumpa adinda Sultan Selangor.. Adinda Sultan selangor bersama sahabat mat saleh.













20. Minggu lepas kat mana ada kedai jual piring hitam mesti ada jual album Michael jackson, tapi harga meleleh...













21 . Setelah puas meronda di LG , cuba pula ronda di tingkat 2. Ini Kedai Nazmin jual rekod Michael Jackson.























22. Kedai auntie Jeanne dan Mr Chew di tingkat 3. Kedai beliau buka setiap hari kecuali Isnin. Kedai ni korang wajib masuk kalau pergi Amcorp Mall, macam -macam ada...













23. Kalau dah lapor, boleh menjamu selero di tingkat 2, restoran Salero Negeri. Ada juga di pamirkan barang antik di dalam kedai dan disebelah restoran terdapat kedai perabot antik, sambil makan boleh menjamu mata melihat perabot antik.












24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.