Minggu ini aku nak bagi credit pada Flea Market Amcorp Mall, Petaling Jaya. Bagi para kolektor di Malaysia pasti sudah familiar/sinonim dgn nama Flea Market Amcorp Mall kerana disinilah para penjual barangan antik seperti peniaga syiling, setem, barangan piring hitam, tembaga, mainan tin toys, botol minuman menjual barangan mereka disini. Flea Market di sini diadakan pada hari sabtu dan ahad tetapi hari ahad lebih happening (semua foto di bawah ini di ambil pada hari ahad 05 Julai 2009.
1. Pasar barangan antik dan old skool di LG
2. Antara signboard Enamel yg masih lagi boleh didapati di sini adalah signboard F & N dan Michelin tyre.
3. Gelas Coca Cola Malaysia
4. Tin rokok dan alat pertukangan kayu lama.
5. Kedai Alfred yg menjual barangan coca cola dari overseas serta mainan.
5. Kedai Mr Ang menjual, mainan tin toys, tin rokok serta barangan coca cola dari overseas.
6. Kedai En Zamri menjual radio lama, telefon lama, kipas angin dan jam lama.
8. Kedai auntie nie banyak menjual barangan dari UK. Agaknye mesti dia borong kat flea market di UK pastu jual kat Amcorp Mall.
9. Kedai yg menjual artifak Melayu serta jam tangan.
10. Yo yo coca cola Permulaan masih lagi boleh didapati sini, tapi harga dia meleleh la....
11. Mainan Tin Toys
12. Kedai menjual setem dan syiling
13. Kedai menjual pinggan mangkuk
14. Buku terpakai pun ada juga.
15. Kedai yang menjual aneka barang termasuk coca cola.
16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...
16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...
17 Mesin jahit antik dan radio antik
19. Ampun Tuanku, kalu korang bernasib baik dapat jumpa adinda Sultan Selangor.. Adinda Sultan selangor bersama sahabat mat saleh.
20. Minggu lepas kat mana ada kedai jual piring hitam mesti ada jual album Michael jackson, tapi harga meleleh...
21 . Setelah puas meronda di LG , cuba pula ronda di tingkat 2. Ini Kedai Nazmin jual rekod Michael Jackson.
22. Kedai auntie Jeanne dan Mr Chew di tingkat 3. Kedai beliau buka setiap hari kecuali Isnin. Kedai ni korang wajib masuk kalau pergi Amcorp Mall, macam -macam ada...
23. Kalau dah lapor, boleh menjamu selero di tingkat 2, restoran Salero Negeri. Ada juga di pamirkan barang antik di dalam kedai dan disebelah restoran terdapat kedai perabot antik, sambil makan boleh menjamu mata melihat perabot antik.
24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.
24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.
9 comments:
saya suka amcorp. dulu masa kerja di pj saya selalu ke sini. minum di kedai mamak vistana di LG. tapi skrg dah tutup. surau di tingkat 2 tu tempat saya tidur slps solat asar sementara tunggu isteri balik kerja.
brg2 di kedai mr. chew tu banyak yg dah tak ada. dulu lagi ada mcm2. brg kenangan mengusik jiwa.
harga brg2 coca-cola di amcorp mall sebenarnya tak banyak beza jika dibandingkan dg dahulu. mahal tetap mahal. saya bukan collector tegar - tapi suka tanya harga.
saya perhatikan - harga buku-buku lama yg melonjak naik di mana2 kedai buku terpakai. peliknya di kdg2 di amcorp boleh dpt harga yg lebih murah. buku2 yg berkaitan dg sejarah dan budaya malaysia naik mencanak. dulu saya pernah beli buku sejarah terpakai dg harga RM1.00 tapi kini dijual dg harga RM18.00. malahan ada buku-buku dlm kategori ini yg mencecah harga ratusan ringgit.
amcorp tempat yg cool. kedai di bucu LG tu pun best gak. di GF ada juga kedai antik. nak cari dvd cerita klasik pun ada di GF.
bro,
bro, amcorp mall nie zaman 1999 kedai mana ada byk penyewa cam sekarang, Flea Market pun berapa lot kedai je buka. Masa tu buyer bole demand, la ni bila dah famous harga melambung, seller pulak demand, tak nak beli jalan. Tapi aku masih lagi memburu di sini,setiap hari minggu, kot kot boleh dapat hasil buruan terbaik dari sini....
yup. aku setuju 100%. yg bengang, kedai buku terpakai tingkat 3 tu pun dah mula demand.
bro kamil...piring hitam michael jackson kat situ berapa?yg paling murah?...hehehe.
Join us At SUNSAT Flea Market Bazaar this november. Sell what ever you want*. For more details log on to http://fleamarket2u.blogspot.com
sungguh menarik tentang setem lama,
salamm,
Restoran selero nogori tu tak dinafikan makanannye sedap2 belaka. Saya
telah mengunjungi cawangan nya di Amcorp Mall.Tetapi harga makanannya
amatlah mahal. Saya sebagai pelannggan amatlah rase tertipu kerana harga
makanan itu tidaklah setimpal dengan kuantiti makanan yang telah
dihidangkan. Ambience nye pula tidak la seperti fine dining restaurant.
Hanya seperti kedai makan biase bezanya cume berhawa dingin. Tambahan lagi,
harga makanan langsung tidak dipamirkan dan boleh mengundang kekeliruan
pengguna tentang harga makanan yg terdapat disitu. Pekerja2 disitu agak
kasar jika menghantar makanan.Kelihatan seperti menghempas cawan minuman ke
meja. Tidak hairanlah jika cawangan nya di TTDI terpaksa bungkus. Mungkin
disebabkan oleh faktor2 ini.
1. Harga yang dikenakan sangat melampau dan tidak berbaloi.
2. Attitude pekerjanya yg boleh dianngap tidak mesra pelanggan. Jika mahu
cepat kaya sekali pon, jangan la sampai menipu pelanggan. I totally banned
this restaurant and will never come back unless someone wants to belanja
me!
Aku nak jugak highlight kisah "Paru sambal yg sepiring kecik. Yang mane boleh kire bape keping,and I rase less than 10 pcs. Kisahnye gini, my other half baya kat counter, (u know la guys, they normally wont check one rite? they will simply pay and chow!)I mintak resit from him, kami da jalan agak jauh la dr kedai makan tu.. but then, when i checked the receipt, ade satu item i tak puas hati, kat receipt tu tercatat Open food = rm6.. I patah balik, then tanye kat pekerja dia. Muka mereka agak berubah sedikit bile nampak i, then I tanye open food ni ape? Staff tu bagitau harga paru yang sepiring kecik cinonit tu. I pelik kenape dia tak tercatat as paru sambal dalam receipt tu. Macam nak kelepet pelanggan ja. Ikot kan mulot I yg suke menyumpah ni nak je I sembor straight to her face, "wadefak paru yg secotek tu sampai 6bucks! kalau nak tipu pelanggan pon, tipu la betol2!" Menyesal aku pegi makan kat sane! aku jenis akan gugel dulu sebelom nak try tempat makan baru. Since da banyak sgt good reviews dan commenst, aku dengan hepinye nak la try makanan dia. This is the first and the last! Aku takkan jejak kaki kat situ lagi! (sorry sgt emo) If sesiapa ade nombor telefon tuan empunya bisnes, harap dapat la berkongsi. Terima kasih...(aku nak adu kat Tribunal PEngguna, Aduan Rakyat TV3 ngan sume blog2 yg ade entry pasal selero nogori!)
Post a Comment