Monday, June 28, 2010

poster botol coke isi 285ml

ada 2 jenis yang diketahui, kat luar sana kalau ada pattern/variation lain wallahualam.

1. Yang nie poster saiz besar, gantung kat kedai kopi. Button PASTINYA terletak di tengah dan tertera INILAH MASANYA. Perhatikan perbandingan saiz dgn CD di sebelah kiri gambar.


2. yang ini poster mini saiz poskad ' tiada dalam simpanan/koleksi en mat', perbezaan pada bhg tengan COKE INILAH MASANYA dan button PASTINYA beralih ke sebelah kanan.

Dalam mengumpul barangan kolektibel tak semestinya apa yang orang lain ada kita kena ada, cucuk kad ATM tengok baki berapa ada.
world cup nak masuk round 3, posting pun semakin lemah, mata pun semakin kuyu, terlalu kerap berjaga . Benda yang paling best pada waktu ini adalah BANTAL.. bukan coca cola, bukan world cup...

Thursday, June 24, 2010

pergi tengok world cup naik bas???

apa??? hadiah utama pergi tengok world cup di Afrika Selatan naik bas.. bila nak sampai??? lepas habis final pun belum tentu sampainya ??? apa cerita nie???

sebenarnya ini adalah giant poster dari peraduan world cup 2002. buat suspen je. hadiah utama adalah pakej percutian ke club med cherating pahang, penginapan 3 hari 2 malam dan tiket bas untuk 2 orang.


ingatkan hadiah utama pergi afrika selatan naik bas... demam nak menyampaikan ke afrika selatan...

6 pack 2002, ada 2 versi keluaran tahun 2002: gambar bawah six pack regular can.


gambar bawah : six pack versi GOLD CAN
yang nie tin gold can 2002, siapa nak beli pergi MUDAH .MY
sticker dan regular can 2002.

stok layan world cup

3 karton six pack utk layan world cup selama sebulan vanilla, diet & regular. Lepas habis world cup kena check kandungan gula dalam darah.. ada lebih gula atau kurang gula.

six pack ni beli sebelum world cup start. kalau ikut blog spallan yang versi baru ada jadual perlawanan, yang ini tiada jadual perlawanan.

six pack pun ada variation, ingatkan botol je ada variation. apa punya marketing strategi diorang pakai da... apa pun pasni kena beli yang ada jadual, sambil tu belek tab, kot kot tulis " anda menang 2 tiket ke FIFA World Cup 2010."
Kalau En Mat menang tiket, ada siapa nak ikut tak Final Argentina vs Brazil?? cehhhh konfiden je......

Tuesday, June 22, 2010

CHUP

Chup ni popular zaman en mat kanak-kanak masa main polis sentri, kalau orang yang lengit kejar kita dan kita nak berhenti rehat sebut CHUP...

ada lagi ke bebudak main polis sentri sekarang nie dgn melambak game PS, xbox dan entah apanama lagi.. .

1. Chup hanging sign
2. CHUP plastik poster


3. CHUP t shirt



Add Image

Sunday, June 20, 2010

Eat Football, Sleep Footbal, Drink Coca Cola

Promo/tagline Eat Football, Sleep Footbal, Drink Coca Cola ini digunakan pada tahun 1997 semasa pertandingan bolasepak Piala Dunia Remaja 'Malaysia 97 IX FIFA/Coca Cola World Youth Championship' yang berlangsung di Malaysia.

i) Tulisan promo dari belakang windbreaker dan dari kulit album CD kumpulan OAG.


ii) Windbreaker coca cola - masih lagi digunakan semasa menonton world cup 2010 di kedai mamak 'kalau game 2.30 pagi -ada penutup kepala mengelakkan kepala dari kena embun.'


iii) CD lagu dari album OAG penyanyinya Radhi OAG



iii) jersi keluaran Adidas pada tahun yang sama - tak pasti samada ada peraduan ke tidak pada waktu ini... siapa ada info????



iv) tin minuman coca cola pada tahun 1997


mood world cup kan, so posting pun ada kenen kenen pasal bola la jugak .

Wednesday, June 16, 2010

makan bola, minum bola, tidur depan TV tengok bola

makan bola, minum bola, tidur depan TV tengok bola or bola tengok kita..

i) Posting kali ni lari dari tajuk pasal nak menggambarkan betapa takde moodnya selama sebulan kerana DEMAM BOLA World Cup 2010.

ii) sebenarnya den nak lolap tetapi dek bisingnya benda alah VUVU ZELA nie, mato pon tak buleh pojam... bukan den sorang je komplen...Messi dengan Cristiano Ronaldo pun komplen gak bendalah nie bising.

iii) kat ofis pun cite bola, tengah sembang hal kerja dalam telefon last-last/penutup sembang pasal bola.. dahsyat penangan bola JABULANI world cup ni... terkono keeper algeria dengan keeper england ..


dah nak masuk round 2 world cup la ni, apo team pilihan korang???

ayat selamat, den sokong team yang monang je? ceh!!!! tak gentle langsung..

Thursday, June 10, 2010

charcoal & aqua botol 290 yang jahat

...sebagai sambungan kepada en3 megat berkaitan botol 290 ml yang jahat, terdapat juga variation warna yang dapat dikesan pada botol ini. Antara warna yang ketara adalah warna charcoal 'jernih' yang biasa dilihat berpeti-peti di rumah collector dan warna 'aqua' yang kurang dilihat dimana, di rumah collector ada sebijik dua sahaja....

nampak ketara perbezaan - kiri 'gelap sedikit' dan kanan 'kebiru-biruan.'

macam biasalah soalan bonus dari rakan-rakan collector.... ha ha ha ada xtra tak, en mat???

JAWAPAN: En Mat ada sebiji sahaja .

Wednesday, June 9, 2010

pelbagai variasi tin lama coca cola M

Selain dari tin -tin coke old skool yang sedia ada seperti gambar di bawah yang pernah di publishkan di blog ini . En Mat juga ingin berkongsi beberapa lagi variasi tin lama coke M yang ada di dalam simpanan en mat yang belum dipublishkan di blog ini untuk di buat rujukan.


1. Perbezaan pada tin coke (M) ini adalah tin di sebelah kiri dicetak - REGISTERD TRADE MARKS & tin di sebelah kanan TRADE MARKS REGD.
2. Perbezaan pada tin coke (M) - A1 (kiri), B2 (tengah) & C 3 (kanan) ini adalah: A 1 & B 2 beza pada alamat & C 3 Coca Cola COKE.

perbezaan pada tin coke A1 guna alamat Jalan Yew off, jalan Sungai Besi & B2 guna alamat Jalan Foss.

4. tin coke (M) 1996 variation pada dua tin tersebut adalah '68 years of olympic tradition ' .

5. tin Coke (M) piala dunia 97 (piala dunia remaja) & 98 (piala dunia di france)



Monday, June 7, 2010

buy,sell & trade botologi

ini ada satu pengumuman

Ahli-ahli botologi dan korum mabuk teh Kuala Lumpur & Selangor telah bercadang menganjurkan satu perjumpaan/jualan yang dinamakan buy,sell & trade botologi di Amcorp Mall PJ pada satu tarikh yang belum ditetapkan." Jika boleh dalam masa terdekat sebelum bulan puasa".

Ahli kariah dari Utara , Selatan dan kawasan sewaktu dengannya adalah dijemput untuk menyertainya samada datang untuk menjual segala bentuk botol, datang untuk membeli -belah botol coke dan aerated, datang untuk membeli tingkap 'window shopping' atau datang untuk trade adalah diminta untuk mendaftarkan diri.

scenario pada minggu lepas , pihak Belanda 'belanda dapat tanah' en mat & en megat telah bergabung dan meletop, telah menawan meja en Ismail 'eis antique' semasa ketiadaan beliau 'dikhuatiri sedang menjember atau memburu rindu.'

korang bayangkan jika ahli botologi yang dari utara dan selatan bergabung lagi tak ingat....


kaedah bayaran jika mahu menyertainya:-

bayaran RM 80.00 untuk dua meja selama dua hari - hari sabtu dan hari ahad
dan jika berkongsi meja, bayaran RM 40.00 seorang.
jika tak mahu membuat jualan dan mahu datang membeli . dinasihatkan membawa duit kecil dan duit besar secukupnya.
sila daftarkan diri anda sekarang samada jika mahu menjual atau sekadar ingin menyertai/menghadiri perjumpaan /jualan tersebut.
setakat hari ini pengesahan dari pihak Belanda bukan zionis yang akan berjualan, trade & buy pada hari tersebut adalah:-
Dato Chua - open table
Bro Megat - open table (share)
Bro Nazrin - open table (share)
En Mat - open table (share)
Update/terkini
Bro Fitri - open table
Bro IARYYLR - peserta rombongan
Bro Frightrice - peserta rombongan
peserta antrabangsa dari Canada
Bro Sam Hew dari canada - open table
by email from Sam Hew: Saw from ur website about the trading fair, do remember I am coming back in July and would love to be part of this event. Count me in and for sure will get lots of stuffs from my hometown to trade or sell later. Try to put the date around begining of august or mid august will be perfect. Let me know more info. Tks.
mesti meriah punya...tapi ogos bulan pose... tak bole kena mekdi..

Sunday, June 6, 2010

cekik darah ke apa?

minggu lepas en mat ada terima emel yang berbunyi cam gini,

penghantar emel : hi boss, Malaysia coin can world cup 2006 [ trothy cup ] mahu ke , ada orang mahu jual.

balas en mat: berapa ringgit RM....

penghantar emel : RM150

balas en mat:...... tak reply 'balas' pun emel tersebut

cilakak...takde sentuh langsung perkataan ringgit..terus ratus je..

sekarang kalau dapat barang coke malaysia macam jumpa ketul emas..hmmmm


gambar atas: contoh gambar coin can seperti yang diooffer oleh penghantar emel.

kalau coin can world cup coca cola (M) 2010 agaknya berapa la harga merapu yang diorang akan offer?

Friday, June 4, 2010

tin sardin

1. gambar tin sardin nie en mat cilok dari blog spallan.

tin sardin cap ayam ni popular dari dulu, kini dan selamanya "sedap kalau buat sandwich, ataupun pekena roti sardin kat mamak stall."

kalu dulu-dulu tahun 1987-88 naik bas mini no 33 pi kerja kilang Motorola kat sungai way, konduktor bas mini akan jerit... woi!!! masuk dalam lagi ...baris dua-dua..

pastu akan kedengaran la mamat atau brader mengomel...nak masuk macamana bro...dah padat/pack macam sardin... tak boleh selit dah.


2. ini tin sardin coca cola dari jalan FOSS, dah arwah dah kilang ni, la ni naik pejabat tapak tu.


coke
jalan FOSS, kuala lumpur.


3. ini pulak tin sardin coca cola dari factory di bukit semambu , pahang.

coke

kawasan perusahaan semambu, kuantan , pahang,


kenapa tin coke di gelar tin sardin...ianya adalah kerana tin dolu-dolu zaman 1980 an tin minuman kebanyakannya diperbuat dari steel can, keras macam tin sardin. sebab tu lah tin coke dolu-dolu di beri gelaran tin sardin.
La nie tin minuman telah berevolusi dan digantikan dengan tin alumunium tetapi tin sardin masih mengekalkan identitinya 'masih mengunakan steel can.'
Ini sahaja dua tin sardin coca cola yang dapat di simpan dan di katalog oleh en mat...akan timbulkah/keluarkah dari dalam tanah siri /keluaran tin sardin dari kilang mengetin di negeri Bujang Senang atau dari kilang mengetin di negeri Di Bawah Bayu.
Bro Fright rice wakil dari sarawak dan Bro BG79 wakil dari sabah.... teruskan menjember dari kilang -kilang di sana.

Thursday, June 3, 2010

rantai kunci coca cola CCFEL

rantai kunci @ key chain coca cola quality sebesar ibu jari ni, en mat dapatkan dari anak seorang kakitangan CCFEL, yang mana bapa beliau pernah bertugas di kilang coca cola jalan foss, KL 10 tahun lepas.

dapat je rantai kunci ni,terus je en mat gunakan dgn meletakkan seberkas kunci dan setelah sekian lama geseran telah menyebabkan di bahagian hadapannya haus.

tulisan tak berapa terang, ... coca cola quality......
TCQSS the coca cola quality standard or service Certification
reiner becker , country manager
coca cola far east limited
reiner becker ni sebelumnya adalah Country Manager di Coca-Cola Malaysia dan sekarang menjawat jawatan sebagai Region Director Coca-Cola Philippines