Monday, April 16, 2012

yang biasa nampak dan yang kurang biasa nampak


In appreciation yang jenis cam gini, saiz A4 Portrait biasa nampak... NOS lagik..




Tapi yg jenis cam gini , kurang biasa nampak, saiz A4 , landscape... siapalah B.Maideen Sharif tu ya?





Thursday, April 12, 2012

Minuman rasmi olimpik 1984

Sempena sukan olimpik London yang bakal menjelang tak lama lagi kita kongsi barangan collectible yang pernah digunakan utk promosi pada temasya Olimpik LA 1984.



Beg galas coca cola keluaran tahun 1984 utk sukan olimpik di Los Angeles. En Mat pernah mendapat topi minumlah LA 1984 ni utk di pairkan dengan beg ini. Alangkah bagus kalau beg dan topi dapat di pairkan dengan Pet Bottle malaysia 1984 ...ehem ehem ...





Dapat dari kedai antik, satu kompleks membeli belah yang tidak berapa dikenali di klang, Selangor... en mat baru sekali pi..








Wednesday, April 11, 2012

milik siapakah gadis ini?

Sebenarnya... siapakah gadis ini?

En mat pernah memiliki version melayu bertulisan Minumlah. Tetapi yang ini adalah version kedua yg en mat dapat tetapi bertulisan orang putih. Ianya adalah utk iklan Olimpik Barcelona 1992 keluaran F & N (M).






Terimakasih orang jauh , bro A....

Friday, April 6, 2012

kuala lumpur vintage festival

yok beramai-ramai turun pada 5 may 2012,

kat mana? -MIA art centre, belakang restoran PELITA KLCC.

Botologi Malaya dijangka akan join, KL Vintage Festival dan ambil tapak pada hari tersebut.

For more info, please click FB link below...

Sunday, March 18, 2012

TRADE MARK REGISTERED depan belakang

Yang jenis cam gini pun sama, kalu dapat offer best, hayun satu kali. Dapat bulan Mac 2012.


Tq Puchong.


Friday, March 16, 2012

trade mark registerd 285ml

boleh camgini kalau kena rege boleh rembat, dapat pada Mac 2012 dari penang island.


Thursday, March 15, 2012

mini crate chinese

mini crate no 3 bertulisan chinese, baru dapat bulan mac, sengal pun sengal la, buat reference.







Wednesday, March 14, 2012

coin can music is life

Coin can music is Life - dapat pada Feb 2012







Monday, March 5, 2012

sikit sikit , entah bila nak jadi bukit

baru nak ada 2 - 3 crate, entah bila boleh complete @ nak jadi bukit, tetapi dengan azam dan kemahuan serta bantuan rakan collector/seller satu hari nanti pasti boleh complete set mini crate malaysia en mat ini.

crate jepun no 1.
crate arab no 2.

kat belakang ada resit Minumlah Coca Cola.



khabarnya crate ini banyak diberikan kepada pekedai runcit 'kedai apeks' pada suatu masa dahulu.

Monday, February 27, 2012

ahcunnyaa zahid AF

Coin can vanilla coke ni en mat dapat dari seorang seller setelah seorang

kolektor baru menolaknya setelah di ofer oleh seller tadi.


Apa? coin can Bukit Belimbing? Itu barang baru la!!! Jalan Foss tak da ka?


Yang menariknya dikhuatiri coin can ini di tandatangani oleh Juara AF , MR Zahid kita.


Di bawah adalah padanan sign zahid af yg diambil dari Lebai GOOGLE.



Halo bang, walaupun bkt belimbing, coin can ni en mat dah risik dgn 2 org otai yg main coin can , diorang pun tak de, coin can nie... ahcunnyaaaaa



Muka Zahid AF pernah menghiasi tin minuman vanilla coke bersama Adam , Farah dan Linda.... setelah mereka graduate dari AF.


ahcunnyaaaaaaaa

Thursday, February 23, 2012

close up

gambar close up set botol 125 tahun.
BOTOL KACA HUTCHISON
125 years

sharing


happiness


265 ml




BOTOL ALUMUNIUM








OPEN HAPPINESS

since 1886





PRODUCED

Spain


Tuesday, February 14, 2012

rasanya belum terlambat

untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yg terlibat, secara langsung dan tidak secara langsung pada penganjuran Himpunan Koleksi botol se Malaya. Rasa letih menanjurkan event hari tu tak habis lagi, almaklumlah, balik opis awal tahun kerja & projek menimbun.... blog pun dah bersawang.

Ada yg bertanya, especially yg tidak dapat hadir, best ke event hari tu....

pada teman hanya yg hadir sahaja tahu betapa best ke tak best.. pasal event sebegini rasanya belum ada sejarah sewaktu Malaya dan selepas merdeka di Malaysia ada pihak yg menganjurkan/mengumpul botol utk dipamerkan. Teman pun tak tau bila lagi akan ada event sebegini akan dianjurkan.

tahniah semua..

dengor khabor lepas ni nak buat kerjasama dgn Muzium, baguslah hobi ini dikembangkan dan secara tidak langsung akan menarik ramai lagi penggemar/pengumpul utk berkongsi/berbincang minat yg sama.


gambor orang kuat BM 2012.
ada juga yg bertanya takde ke dapat barang coke yg best utk di posting. sebenarnya en mat ada dapat beberapa barang coke yg best utk di posting kemudian hari... en mat belum ada masa utk menangkap gambar dan mengupload dalam blog, ada masa , ada ketika dan bila en mat boleh bernafas sikit (kerja opis banyak), akan ada gambar dan cerita coke akan dipublishkan di blog ini.

Sunday, January 22, 2012

siapa datang lagi


Datuk siti, adik beradik KRU dan Seha pun datang?......


Ada yg bertanya berapa ramai yg datang. Setakat ini en mat boleh bgtau kehadiran (angka tidak rasmi) sudah melebihi 100 orang, dan nampaknya lebih grand dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi yg baru dan tidak sempat join event kami pada tahun tahun sebelumnya sila surf blog yg en mat copy pastekan dari tahun 2010 & 2011 di bawah.







1. Gambar dari FB AweBotol.








2. FB botologi event created by









3. gambar event terdahulu



trade fair 08.08.2010 di amcorp mall
















4. botologi hi tea 29 jan 2011








5. Agenda - TBC



jam 03.00 petang - kehadiran collector dari seluruh malaysia



- perasmian oleh Mr Coke 'Prof Sharif' shah alam



- car boot sale



- tayangan video



jam 07.00 petang - sembang sembang



En mat dan krew botologi berterimakasih kepada semua kolektor yg menyumbang barangan utk dipamerkan utk menjayakan event ini, tak lupa juga tokei kedai, para kolektor yg sanggup datang dari jauh.... dengarnya juga banyak barang collectible yg nak dilepaskan dengan harga murah-murah...



ada yg bertanya kami bukan kaki botol boleh datang ka?



jawapan : terbuka kepada semua, tak nak layan botol layan car boot sale.



JOM SEMUA KITA RAIKAN EVENT KITA INI , TAK SAMPAI SEMINGGU DARI SEKARANG...

Sunday, January 8, 2012

Sedikit tambahan info:MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION

Dah banyak pertanyaan yg en mat terima berkenaan event yg akan diadakan pada 28 jan 2012 ini:-

Tarikh : Sabtu 28hb Januari 2012
Waktu : Jam 3 petang - 7petang
Lokasi : Ipoh Station Antique Cafe

Sedikit info tambahan :-

sesiapa yang ingin join Hi Tea ( ada makanan dan minuman ) bayaran dikenakan adalah RM 15.00 seorang dan bayaran akan dikutip semasa event nanti

....dan sekiranya tuan ingin hadir sebagai menyokong Botologi event dan tak mau join hi tea pun tidak apa, tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

....dan sekiranya nak order makan secara ala carte pun boleh, order terus dari restoran... tapi sendiri bayar .

...dan sesiapa yang ingin join car boot sale, tidak dikenakan sebarang bayaran, tapak berdasarkan first come first serve basis, Buka Bonet Jual Barang...FREE OF CHARGE.

...dan sesiapa yang nak beli barang , dinasihatkan membawa duit kecil banyak-banyak. Lebih dari 10 peniaga di jangka akan membuka car boot sale

...dan sesiapa yang ingin order t shirt boleh berhubung dgn bro megat http://mgtbobber.blogspot.com/


Setakat ini hampir 100 orang bersetuju utk hadir ke event ini, so apalagi jom ajak lagi ramai kawan kawan , sedara mara utk memeriahkan lagi event ini... jom kita jammed packed kan, Ipoh Station...

Tuesday, November 29, 2011

BOTOLOGI MALAYA : MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION


APA YANG MENARIK TENTANG PETA INI ADALAH , BOTOLOGI AKAN MELETAKKAN SETIAP BOTOL DI DALAM PETA TERSEBUT, NANTI KAN KEMUNCULANNYA PADA28 JAN 2011.


Jom meriahkan event awal tahun 2012 ini :

MALAYA VINTAGE SODA BOTTLES AND COLLECTIBLES EXHIBITION

Lokasi : Ipoh Station Antique Cafe http://ipohstation.blogspot.com/

Tarikh : 28 Januari 2012

Hari : Sabtu

Apa yang menarik :

i) ada pameran botol

TOP TEN EMBOSSED BOTTLES

TOP TEN PRINTED BOTTLES

TOP TEN PAPER LABEL

TOP FIVE CODD BOTTLES

TOP TEN MALAYA COKE BOTTLES

TOP TEN COKE COLLECTIBLES

ii) ada jualan 'garage sales' siapa nak join sms en mat 012-6047606 'limited parking spaces'

iii) ada sesi minum-minum petang , caj minum petang akan diberitahu dalam masa terdekat.

iv) ada tayangan video, sessi pencarian botol di utara tanahair, belum pernah ditayangkan di mana mana stesen televisyen.

v) ada pameran soda collectibles, coke collectibles & poster.


rugi siapa tak datang, utk tempahan t-shirt hubungi bro megat.







Wednesday, October 26, 2011

Malaya Vintage Coke, Soda Bottles and collectibles exhibition


Dijangka akan diadakan pada awal tahun hadapan (akan diumumkan setelah mendapat pengesahan dan lampu hijau) . Perkembangan terkini akan di kemaskini dari masa ke semasa . Tolong participate pada ' Apa Kata Survey ' di sebelah kanan - senang nak estimate berapa ramai akan attend. Ada pameran, Makan-makan, Jual -jual, Gossip-gossip ...dan macam macam lagi lah.. DIAJNGKA AKAN LEBIH HAPPENING DARI TAHUN SEBELUMNYA... tunggu...

Tuesday, October 25, 2011

HAPPY DEEPAVALI


Gambar sebijik botol ini hasil editan dari poster dan kalendar double sided utk 4 perayaan (quadruple) di Malaysia keluaran tahun 2002. Ini adalah gambar botol bertopi simbolik utk perayaan DEEPAVALI.


En mat pernah lihat ada beberapa jenis poster camgini di market malaysia, dan en mat first time dapat poster ni dari seller org ipoh. Umpama org mengantuk disorongkan bantal ler yeop... sapu terus.. Kalau ikutkan tak besor mana pun , rujuk duit syiling di korner kiri, kira saiz double A4 le poster double sided ini..


Ini adalah kalendar double sided utk event quadruple (4 ). Satu side ada kalendar tahun 2002 dan pada satu side ada pula gambar 4 perayaan dari Deepavali, Hari Raya Puasa, Krismas dan Tahun baru cina.

Kalendar tahun 2002

Apalagi jom Tanni la macha !!!!! Esok mau raya....

Friday, October 21, 2011

Collector dari JB dalam paper The Star Sabtu 22 Oktober 2011


Pi beli hari ini 22 okt, selagi stok The Star masih ada, kalau hangpa nak simpan paper ni sebagai koleksi. Kalau setakat nak baca online pi kat sini je lah.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/10/22/lifeliving/9675348&sec=lifeliving


Tq, to bro lan ipoh station pasal roger teman tentang info ni.

Ada kredit utk dua blog tersohor nih... tapi tiada dalam online SIGNS APPEAL ..



Personal blogs, like http://sentuhanmalaya.blogspot.com/ list items for sale from about RM400 (a 30's Horlicks sign) to Rm4000 ( a 32-inch 'button' Coke sign).

While not all collectors maybe open to sharing their stash with the public, places like the Ipoh Station Antique Cafe http://ipohstation.blogspot.com/ in Puchong, Selangor, lets you dine and , at the same time, check out the owner's personel collection of enamel signs.