Setelah hampir 20 tahun menunggu dan bersabar, akhirnya impian untuk mendapatkan fat bottle ITALIA 90, terakhir bagi melengkapkan koleksi keseluruhan Fat bottle 285 akhirnya terlerai jua pada hari ini 29/08/2010, di Amcorp Mall, kira lagi 2 hari Malaysia nak menyambut kemerdekaan.
Pernah diherdik dgn Otai kerana fat bottle italia 90 ni (tetapi anggap ianya sebagai proses pembelajaran), dan pernah berada didepan mata (RM500) tetapi disebabkan kurang RM, melepas begitu shj.
dan pada hari ini dengan disaksikan bro nazrin & shan (ayah aiman), maka beralih tuan tangan fat bottle italia 90, dan maka dengan ini boleh dianggap sebagai khatamlah siri fat bottle 285 ml en mat.
Maka kalau ada fat bottle keluaran lain (yang korang ada) tetapi tiada dlm simpanan en mat, maka bolehlah dianggap sebagai FAT BOTTLE BERDARAH.
2. senarai fat bottle east coast dan river valley
dikesempatan ini en mat ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, 'MENJANA TRANFORMASI ' KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAUNGAN.....
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
8 comments:
Syabas En Mat, complete sudah satu bab... Malam ni tidoq extra lena, tak sahur pun takpa, kenyang sampai time berbuka.... Tahniah!!!
Walau pon bukan botol berdarah En Mat..Bak kata orang Johor, ni botol "KOYAK PUNGGUNG NAK DAPAT" he he
Congrat en.mat.. berhasil jua impian-nya.
bro spallan, mlm tadi memang tidoq lena, tapi bila bangun pagi baru sedar RM tu nak beli baju melayu raya..nampaknye tahun ni baju pagoda & kain pelikat cap gajah je la.
bro RJ, orang selangor cakap, rabak poket...tapi takpe, orang johor kata ini barang GARANG...
En Shariff, TQ, walaupun terbang melayang layang RM nye...:-)
bro, at least bole raya.. tk kisah la pkai baju pagoda & kain pelekat cap gajah.. drpd pakai coverall time raya lg sadis bro.. hehehe
tahniah di atas fat bottle tersebut..oleh itu berkhatan udah..berkhatam je lagik arinih..wassalamu..penah dpt tp ilang...
tahniah bro...
malam raya nanti hang pegi la Jalan Tar... 3 Sepuluh !!! 3 Sepuluh !!! harap2 ada baju melayu terselit skali....
tahniah bro...!!!
bro, tak mungkin pakai levis overall, terkejut tok imam..
bro Lim, kena carik kat mana fat bottle tu menghilang, nilai fat bottle ni macam ketul emas...
bro, idea menarik pi jln tar, boleh dpt yg murah, tapi mustahil ada yg rega RM10.
Post a Comment