Sunday, September 5, 2010

POSTER - solo trip hunting, Hulu Langat 2008

Poster ni en mat dapat dari solo trip hunting di kedai mamak di pekan batu 14, hulu langat pada tahun 2008. Yang menariknya ianya tertampal berlapis-lapis dan kita tak tahu apa yang ada pada setiap helai di belakangnya. Mari kita tengok siapa yang kena......

1. Poster 1 - poster mini Menangi satria NEO/savvy- fing good fortune.


2. poster 2 - poster talk for free F & N

3. Poster 3 - poster hidup ala coke


4. Poster mega 4- coca cola ceriakan peluang - menangi satria neo

5. poster 5 dan yang terakhir - poster SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dan memandangkan poster yg terakhir adalah poster hari raya dan alang-alang ada beberapa hari je lagi nak Hari Raya so En Mat ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog En Mat.

Disini En Mat ingin merakamkam serangkap pantun:-

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI,
KALAU ADA SILAP DAN SALAH,
JANGAN DISIMPAN DIDALAM HATI.

MOHON AMPUN BERIBU-RIBU AMPUN...

SELAMAT HARI RAYAAAAAA........................

2 comments:

Rasli Jaafar said...

cik mat dah kena ekor...he he siap dapat poster hari raya lagi tu..hu hu...manyak untung..he he Selamat Hari Raya juga buat en Mat sekeluarga.

iaryylr said...

Cantik!, Selamat Hari Raya buat En Mat Sekeluarga!