kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Thursday, May 26, 2011
cuti sekolah
KELANTAN HERE WE COME....
Artikel di akhbar
penantian suatu penyiksaan dan hikmah sabar separuh dari iman
berkat kesabaran dan hikmah sabar separuh dari iman, akhirnya en mat berjaya juga meng upgrade kereta coke 3 jenis dari yg terboleng ke yang Carded.
volkswagen
jeep
lori
3 jenis kereta coke yang dulunya berharga $1.20 pada suatu masa di zaman dahulu....
Kisah kereta ni en mat pernah posting pada 4 may 2009, kira dah lebih setahun...
http://ahkaba.blogspot.com/2009/05/kereta-coca-cola.html
perghhh berjaya juga misi ...alhamdullilah
Tuesday, May 24, 2011
Pouch Coca Cola
Saturday, May 21, 2011
Key chain coca cola bersalut emas
Wednesday, May 18, 2011
3 liter ayaq coke, kalau penuhkan dalam bekas straw gergasi
Bekas straw gergasi coke ni famous & banyak digunakan di premis perniagaan seperti restoran mamak, food court & pam minyak. Even kalau tuan pergi ke Stesen Minyak Shell batu 13 puchong pun masih lagi menggunakan bekas straw ini sebagai kaedah pelanggan utk mendapatkan straw.
Tetapi banyak kedai telah tidak menggunakan bekas straw ini kerana masalah HYGIENE atau masalah kebersihan, ialah bayangkan lepas pergi toilet, masuk kedai serbanika, beli air botol kemudian seluk bekas straw dgn tangan kiri, yg masih melekat dgn bakteria berbahaya, mana tak tercemarnya semua straw di dlm bekas tu.
Itu yg menyebabkan bekas straw ni dah tak popular dan digantikan dgn yg mesra alam seperti di Restoran Mekdi, tekan punat , maka straw pun gelongsor keluaq.
Monday, May 16, 2011
Kasut coca cola kanak kanak
Friday, May 13, 2011
Lighter enjoy coca cola
Jenama cricket ni cukup popular di zaman dulu-dulu, even bekas lighter coca cola dia pun berjenama cricket dan ianya datang bersama dengan lighter cricket.
Lighter ni dapat dari seorang seller di Amcorp yg dibelinya dari seorang ejen coca cola di area negeri beradat.
Tetapi api lighternya dah tinggal spark aje, tak bernyala… gas atau minyaknya dah habis, kering di telan zaman. Kalau kat bawah lighter cricket tu ada lubang gas boleh gak teman rodok dengan gas Zippo. Ini harammmm tak berlubang.
Satu lagi yg lighter jenis/fesyen yg old skool, dia mesti ada alat kawalan tersendiri, butang + dan butang - ….
Wednesday, May 11, 2011
Asyik dapat WP je , apa cerita….
3 six pack 125 years , Regular, Light & Vanilla. Zaman six pack guna kertas kadbod dah berakhir, lani semua guna plastic.
Bercerita tentang peraduan 125 tahun ni, en mat ada bercita-cita gak nak pergi ke World of Coca Cola atau sekurangnya dapat hadiah paling cekai iaitu set perayaan COKE, tapi setakat ni dah 18 tin berbagai perisa dah masuk perut en mat, bukan aje bayang Atlanta bayang –bayang HH, AA, RR, AA, MM ke jadah tak lekat kat en mat , yang ada WP aje.. melancong sendiri ke WP – Wilayah Persekutuan je lah…
Psst…..Peraduan ni pun dah nak sampai penghujung/ tamat 15 Mei. Ada ke orang coca cola bottling baca sembang kencang en mat ni, kot boleh bagi sponsor pergi melancong ke Atlanta… he he he
Kalau ada nak sponsor…. Kecil tapak tangan nyiru teman tadahkan..
Sunday, May 8, 2011
Sesi mabuk teh sempena Coke, Soda & Aerated, 2nd Trade Fair yg bakal berlangsung.
walaupun waktu dah menunjukkan jam 01.00 pagi dan orang lain sedang di ulit mimpi indah, tetapi ahli Botologi masih serius membincangkan strategi utk trade fair…siapa kata kami tak serius waktu buat kerja..ha ha ha