Wednesday, August 18, 2010

pecah panggung-penangan tin coke idaman malaya

Dah jadi trend di ebay sekarang ni, kalu seller list je tin coke malaysia mesti harga melambung tak hingat, bidding mencanak-canak naik.

Kedua-dua tin yang sedang di list di ebay sekarang adalah tin pecah panggung, meletup. http://ahkaba.blogspot.com/2008/12/tin-coca-cola.html .

1. tin coke malaysia -ESSO 100 years celebration. harga semasa bidding USD 66.00 x 3.2 = ...... ni lagi 5 hari nak closing , bayangkan kalau tinggal 1-2 jam nak ending bidding... perghhh... pasti harga mencanak-canak naik, tak ingat.

2. Tin coke malaysia - gold can, centennial celebration - 100 years, starting bid USD 60.00. Lagi 5 hari ending bidding- pun sama kes macam tin esso, berapa la agaknya ending bidding gold can nie ya...

3. Apalah nasib tin Netherland olympic games 1992, complete set, ni ya, masih tiada orang bid, COMPLETE SET. bayangkan kalau set ini bertukar menjadi malaysia Olympic games 1992 complete set... mesti meletup-meletup orang bidding.
Untuk pengetahuan ,coke malaysia pun ada mengeluarkan tin olimpik tahun 1992 (12 tin-complete set). Berdasarkan pasaran semasa bagi tin olimpik musim panas 1992 ,keluaran malaysia yang tidak lengkap (hanya ada 10 tin) pun berharga RM 2000.00.
Bayangkan kalau ada seller list set lengkap 12 tin olimpik musim panas 1992 (M) , pastinya RM3.14 start bidding sekarang ni dah mencecah RM 3140.00 ...tak mustahil... dan mungkin lebih lagi pada firasat en mat... kerana dari survey yang dijalankan tin coke malaysia adalah antara tin coke yang menjadi buruan ramai collector diluar negara dan dalam negara.
So, collector di luar sana, tin mana yang korang nak simpan. Fikir-fikir kan lah.
(Pandangan ini adalah pandangan peribadi en mat, tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati)

3 comments:

junker ipoh said...

slm cik mat..kalau ccola can world cup 94 ok ker?masyuk x?....jumpa kat tepi jalan lagik wei...

Rasli Jaafar said...

Nampaknye..harga Tin dah jadi lebih mahal dari Botol Malaya kan cik mat? ni dah jadi satu pelaburan yg menguntungkan...jual tin je..la la

en mat said...

JI, tin w.cup m'sia 94 harga base on condition.Tapi kalau takde Rotan, Akar pun sebenarnya berguna, tak kira condition camna pun , kalu tin kemek buat reference pun ok, kemudian Upgrade.

Rasli - bab harga ni subjektif la bro, kekadang ada tin lebih mahal dari botol (vise versa).
pssst - kami tengah tunggu tin /fat bottle coke dari kilang lama Coke di Bukit Semambu, tak muncul -muncul ...