Thursday, July 30, 2009

Cuti seminggu

En Kamil cuti seminggu - pi makan angin Bandung, Indonesia, ketemuin minggu depan DONG......

Wednesday, July 22, 2009

Jam button masa untuk coca cola

Jam Button

1. Jam button ' masa untuk coca cola'. nie aku dapat apabila seorang seller di Amcorp Mall menawarkan aku sebuah jam button dgn harga yg dipersetujui bersama' kes barang tak tengok lagi, tapi dah setuju beli, gila betul En Kamil nie'. Jadi pada 22 julai diapun menghantarlah barang ni kat pejabat aku, aku pun tanya, korek kat mana - dia kata dapat kat Jalan Klang Lama.
Kalau korang bertanya 'Betul ke jam nie keluaran Malaysia , takpe nanti kalau ada masa aku buat photo story, kira macam kes jejak kasih la kat satu kedai runcit di ampang bagi membuktikan jam nie masih lagi di gunakan di dan dikeluarkan di malaysia.














Seller ni kata Jam ni dah tak jalan lagi, aku kata takpe lah pasal mana nak dapat dah barang macam ni dgn harga yg sesuai dgn aku. Kalau pi Jonker Walk dia belasah sampai tak ingat rega die.













Friday, July 17, 2009

paper cup coca cola

Paper cup Barcelona 1992 - ini paper cup bukan en kamil puye hobi yang punya tetapi , encik chua heeping yg punya. Oiii chua jgn minta royalti yea....















Paper cup cap ayam - Gong xi fa cai. Mane boleh carik lagi bende nie yeop, oiitt chua, dulu kenape hang tak simpan lebih daaaa....

barang-barang yg la nie jadi bahan arkib je....

Tuesday, July 14, 2009

BARCELONA 1992

RAIKAN SEMANGAT SUKAN OLIMPIK BARCELONA 1992












1. Macamana aku boleh nak bercerita tentang peraduan Barcelona 1992 nie. Semalam kat pejabat, aku terima surat dari Chua , kat dalam tu dia hantar label pet botttle 1.5 ml tahun 2001-2002 pelbagai peraduan dan aku terfikir dgn pelbagai peraduan yg coca cola adakan sekarang (tahun 2009) boleh kata tiap-tiap bulan , so aku rasa baik aku buat cerita pasal peraduan coca cola old skool yg pernah coca cola malaysia adakan, so aku pun teringat lah yg aku ada simpan satu poster peraduan barcelona 92 old skool, buat share dgn korang. Tapi kalau korang ada info peraduan coca cola malaysia tahun sebelumnya bagitau le aku, macam LA Olimpik 1984, Seoul Olimpik 1988 atau Piala Dunia Italia 1990.

Pelbagai label Pet Bottle 1.5 ml peraduan pada tahun 2001-2002 yg chua poskan kat aku - woiiii chua nie berapa aku nak kena bayar nie....he he he harga cincai cincai dah le....




























































2. Poster Peraduan Coca Cola barcelona 1992. Dah 17 tahun wooo....












3. Diumumkan hadiah tempat pertama - suzuki grand vitara. Waktu tu siapa le yang menang gamaknye...











4. Hadiah tempat kedua - suzuki v100 scooter. PAKCIK MENANG MOTORRRR...











5. Hadiah ketiga - 20 basikal boleh lipat. Nie kena rujuk kat bloggers basikal tua nie, kot diorang boleh carikan basikal nie lagi.











6. Hadiah saguhati - 1000 x jam tangan coke/olimpik. ha ha ha , jam ni pernah nampak kat dalam Mudah.my tapi harga dia ... pergh ...5 star.. tak silap heeping chua seller die kot...












7. Nie cara-cara nak menyertai peraduan tu. Dari cap liner coke & sprite, kedai yg mengambil bhg aje dan last sekali dari label pet bottle 1.25 L atau 2 liter shj.












8. Cara nak membeli baju coke dan beg coke barcelona 1992.












Sunday, July 5, 2009

amcorp mall flea market

Amcorp Mall Flea Market


Minggu ini aku nak bagi credit pada Flea Market Amcorp Mall, Petaling Jaya. Bagi para kolektor di Malaysia pasti sudah familiar/sinonim dgn nama Flea Market Amcorp Mall kerana disinilah para penjual barangan antik seperti peniaga syiling, setem, barangan piring hitam, tembaga, mainan tin toys, botol minuman menjual barangan mereka disini. Flea Market di sini diadakan pada hari sabtu dan ahad tetapi hari ahad lebih happening (semua foto di bawah ini di ambil pada hari ahad 05 Julai 2009.













1. Pasar barangan antik dan old skool di LG













2. Antara signboard Enamel yg masih lagi boleh didapati di sini adalah signboard F & N dan Michelin tyre.












3. Gelas Coca Cola Malaysia
























4. Tin rokok dan alat pertukangan kayu lama.












5. Kedai Alfred yg menjual barangan coca cola dari overseas serta mainan.












5. Kedai Mr Ang menjual, mainan tin toys, tin rokok serta barangan coca cola dari overseas.

























6. Kedai En Zamri menjual radio lama, telefon lama, kipas angin dan jam lama.
























7. Kedai En Jamil yang menjual coca cola dan berkongsi dgn En Wan peniaga Hot Wheels..
























8. Kedai auntie nie banyak menjual barangan dari UK. Agaknye mesti dia borong kat flea market di UK pastu jual kat Amcorp Mall.













9. Kedai yg menjual artifak Melayu serta jam tangan.
























10. Yo yo coca cola Permulaan masih lagi boleh didapati sini, tapi harga dia meleleh la....












11. Mainan Tin Toys













12. Kedai menjual setem dan syiling














13. Kedai menjual pinggan mangkuk












14. Buku terpakai pun ada juga.













15. Kedai yang menjual aneka barang termasuk coca cola.













16. Perabot gedabak nie pun boleh jual kat amcorp , camane diorang bawak masuk dalam shopping complex nie...














17 Mesin jahit antik dan radio antik












18. Pedal cycle old skool...














19. Ampun Tuanku, kalu korang bernasib baik dapat jumpa adinda Sultan Selangor.. Adinda Sultan selangor bersama sahabat mat saleh.













20. Minggu lepas kat mana ada kedai jual piring hitam mesti ada jual album Michael jackson, tapi harga meleleh...













21 . Setelah puas meronda di LG , cuba pula ronda di tingkat 2. Ini Kedai Nazmin jual rekod Michael Jackson.























22. Kedai auntie Jeanne dan Mr Chew di tingkat 3. Kedai beliau buka setiap hari kecuali Isnin. Kedai ni korang wajib masuk kalau pergi Amcorp Mall, macam -macam ada...













23. Kalau dah lapor, boleh menjamu selero di tingkat 2, restoran Salero Negeri. Ada juga di pamirkan barang antik di dalam kedai dan disebelah restoran terdapat kedai perabot antik, sambil makan boleh menjamu mata melihat perabot antik.












24. Bagaimana hendak kesana, naik Putra LRT dari KL Sentral, beli tiket ke stesen Taman Jaya. Amcorp Mall berada disebelah stesen ini.