Ulangtahun Pertama Garage Sale Anggerik Mall.
Tarikh : Ahad - 27/01/2013
Lokasi : Anggerik Mall , Shah Alam
Waktu : 10.00 pagi - 05.00 petang
Utk makluman sehingga semalam di FB rasmi 1st Annv Anggerik Mall http://www.facebook.com/#!/events/376972589066209/?fref=ts seramai lebih 150 orang akan GOING dan jika didarab 3 = hampir 500 orang (campurkan dgn yg tiada FB) akan memenuhi ruang legar anggerik mall.
sedikit info:-
PELBAGAI BARANGAN LAMA DAN ANTIK DIPAMERKAN OLEH AHLI-AHLI KEBAL-fB DAN APC-fB serta BOTOLOGI DAN JUALAN BARANG LAMA/ANTIK.
TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKANNYA. MASUK ADALAH PERCUMA. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.
Utk info lanjut dan lokasi kejadian, boleh bertandang ke blog Ipoh Loken
http://kedaiipohloken.blogspot.com/2013/01/sambutan-ulangtahun-garage-sale.html
Jumpa disana....
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Thursday, January 24, 2013
Monday, December 3, 2012
main apa cuti sekolah nie...
Kalau zaman 60's, 70's dan 80's waktu cuti sekolah cam gini dah penuh poket dengan gasing. Makan pun tah kemana dok ralit main gasing pakok.
Tapi yg jenis ni en mat dapat tempat penahan di jari tangan di buat dari tudung coke. Kalau nak lebih folk art lagi gasing dibuat dari pangkal pokok Jambu, takek guna parang sendiri .
Tudung utk penahan gasing ada dua alamat satu Jalan Foss dan satu lagi Jalan Yew.
Cara nak pakok gasing member, kena terbalikkan gasing baru sedap nak pakok. Kalau kena gaya pakok dan gasing guna kayu berat /kayu keras mau terbelah dua gasing member kita pakok.
Kalau pakok cara cam gini, alamat ke laut la gasing hangpa.
Tuesday, November 6, 2012
COCA COLA HERITAGE FAIR SABTU INI!!!!

FROM : WONG CHEE MUN COKE - Many people enjoy collecting stamps, friends on facebook and matchboxes but
collectors of Coca-Cola merchandise are among the most enthusiastic in the
world.
If you have a passion for the real thing, come and view the private collections of 30 local and foreign collectors at the Coca-Cola Collectors Fair 2012 Malaysia at Publika Shopping Mall Boulevard (Level G2) on Saturday, 10 November.
It will also feature the Coca-Cola Travelling Musuem consisting of interactive exhibits featuring original memorabilia from the Coca-Cola Archives located in Atlanta, USA with a wide range of pop culture items from the art, music and fashion worlds.

JOM MERIAHKAN HARI SABTU INI, INSYAALAH SAYA, MEGAT, FITRI, NAZRIN, BLURGUYZ, NASIR , ZUL KAJANG DAN 30 COLLECTOR KESEMUANYA AKAN OPEN TABLE PADA HARI TERSEBUT.
MACAM NAK PERGI, KALAU DARI JALAN DUTA KE BULATAN SEGAMBUT/JALAN KUCHING, SEBELUM MASJID WILAYAH BELOK KIRI... NAK TAU LAGI PI GOOGLE MAP AND GET DIRECTION.
JUMPA DISANA!!!!!!!!!
Monday, October 8, 2012
enjoy coca cola trade mark reg
walaupun dah mereput, simpan dulu buat rujukan, nanti bila jumpa lagi cun boleh upgrade.
dapat dari sebuah pekan lama berhampiran PD, itu yg diberitahu oleh si pemungut barang 'seller'. - bhg belakang
enjoy coca cola trade mark reg - bhg depan
dapat dari sebuah pekan lama berhampiran PD, itu yg diberitahu oleh si pemungut barang 'seller'. - bhg belakang
Monday, October 1, 2012
jangan lupa temujanji 10 nov

eh... en mat dan en megat berbaju hitam Botologi Malaya, tunjuk apa tu? Sungguh khusyuk sekali....
Coca-Cola Heritage Fair 2012
Dear Malaysian Coca-Cola Collectors / Trade Fair
Participants,
Good day.
On behalf of event
organizer & President Mr Edward, i would like to share you guys the
schedule of our trade fair as follows:
Coca-Cola Heritage Fair 2012
Saturday, 10 November
2012
Publika Solaris
Dutamas
Lucid to set up Friday night
8.00 a.m. Arrival & set up by Collectors
10.00 a.m. Coca-Cola Collectors Fair commences
**Collectors’ Group
Photo Opp**
10.30 a.m. Media Launch:
Media arrival &
registration
Media briefing /
Q&A session at F&B outlet
Tour & Photo opp
All day activities:
1. Collectors display
& trading (8am – 7pm)
2. Coke Sampling
3. Foosball table
4. Travelling Museum
5. Music DJ (Basic, not MC)
6. Coca-Cola partner booths – WC to invite WWF, MNS, Raleigh
7.00 p.m. Ends / Collectors to dismantle
Keep you guys update... Happy Collecting!
Cheers
Joe LIM
Collector Assistant
— with Wong Chee Mun Coke.
:- nota dicedok dari FB Malaysian Coca Cola Collector
Sunday, September 23, 2012
kekadang kita membeli sesuatu barang itu sebab ada kenangan
Setelah melihat posting dalam FB kawan kawan nak tolak tin kemek (fitri panggil tin funfair), teman terus sms (es), kira banyak kali bertukar-tukar dan berbalas balas mesej dgn Junker Ipoh, dan harga dipersetujui maka empat bijik tin kemek aka tin funfair jatuh ke tangan en mat.
Kenapa background ada gambor kereta letrik ? Zaman dulu hujung 80 an di funfair salah satu permainan adalah kereta letrik, tapi jenis dulu ada besi sebatang naik ke atas dan satu wayar akan caj ke besi di syiling.
dan tin di depan ini adalah dari zaman funfair dulu dulu, baling tin dengan bola...
tin coca cola (tanda perniagaan berdaftar)
tin akan disusun tinggi-tinggi atas pelantar kayu, pelanggan akan dibekal dgn beberapa biji bola, pelanggan akan membaling semua tin tersebut dan pemenang akan dikira berdasarkan semua tin habis jatuh ke tanah.
tin coca cola steel (tin sardin) jalan foss
dengar khabar dari seorang penjaga/pekerja mainan baling tin ini, trick utk pelanggan susah/tak boleh menang adalah dengan mengisi tin tersebut dengan sedikit simen? dengan mengisi simen kedalam tin akan menyebabkan tin tersebut boleh jatuh diatas pelantar kayu tetapi susah jatuh ke tanah...
Mungkin ada benarnya kata beliau tersebut kerana kita mana boleh masuk ke dalam kawasan balingan tin tersebut dan periksa tin tersebut...
Patutlah dah berapa round kita dok baling susuah nak jatuh rupanya ada simen kat dalam ... cilakak betul...
ini semua nostalgia dulu dulu
en mat dah selidik tin ni, memang ada kesan simen tersebut..
memang patutlah dulu dulu ada member kita bola tinggal sebijik last last baling ke budak jaga tin, geram punya pasal, pastu cakap sorry tak sengaja... naya kawan tu.
Thursday, September 20, 2012
restoration? ada berani?
dah senget benget cam gini boleh ke or cantik ke kalau buat restoration? Inilah yg bermain di kepala en mat... or biarkan gantung macam condition asal, tak payah buat apa-apa.
button plastik berukuran sekaki setengah ni en mat dapat dari kilang air minuman tersohor di shah alam.
en mat ingat nak pasang besi/bracket keliling plastik yg senget benget tu..
Thursday, September 13, 2012
S.O.S tudung botol kembong
Baru baru ini en mat ada mendapat sebijik dua botol kembong coke 285ml, yg mana plastik di badannya dah koyak rabak, dan tudungnya pulak tah kemana tercabut dari kaplanya.
So minta bantuan kawan kawan collector, Kelab Botologi Malaya, Kelab Basikal, Kelab KEBAL, Kelab KOPITIAM, Kelab Kemaruk Duit Lama, Kelab PML, Kelab ENAMEL dan kelab yang sewaktu dengannya, kalau semasa korang semua pi mengorek barangan dan terjumpa tudung botol yang jenis cam gini,
yg jenis sebelah kanan tu, sms smses dan emel emel la en mat kamil682000@yahoo.com. Jangan malu dan jangan segan semua emel dan smses akan dilayan dan jika terjumpa tudung tu, setiap tudung tu akan en mat bayar dengan harga tunai.

Sunday, September 9, 2012
Sign Minum-lah kerepot
Kekok rasanya dah lama tak menaip. Dah ramai kawan-kawan bertanya sejak bolan pose dah sampai hujung syawal, blog tak kemaskini, Apa cerita. Takde barang ke?
Bukan takde barang, sebenornya Musim open house yang buat teman lemah, pekena lemang , ketupat, nasi impit membuatkan teman lagi lemah dan letih nak kemaskini blog.
Oh ya berbalik bercerita tentang Open House, semalam teman baru balik dari jemputan di Ipoh Station Antique Cafe, di Puchong, yang menariknya ada pameran Merdeka di dalam kedai... dari 09-16 September, kalau korang lalu kawasan situ singgahlah pekena teh secawan sambil layan barangan Merdeka. Satu lagi korang jangan tanya pasai apa tokei kedai dia buat pameran selepas merdeka dan bukannya sebelum merdeka, korang tanyalah sendiri pada tokei kedai ha ha ha .....
Berkenaan entri ni, pada Jumaat lepas teman sms Sham, Megat & Nasir ajak layan teh kat Restoran Bunga di TTDI sebab dari posa sampai raya rasanya dah lama belum layan teh sekali dan update info botol. Sambil itu sebenarnya en mat pun nak pas barang pada Sham. Ok lah yang datang layan teh cuma Sham & Nasir je, bro megat ada orang datang beraya kat rumah... maaf diterima, jangan kena potong nama sudahlah.. ha ha ha ha . Bro Botol Malaya kau gelak sekali apahal, nama kau pun nak kena potong gak ni... ha ha ha
.
Gambar atas:-
Korang perasan tak plastik hitam kat atas kerusi tu, itu adalah barang yang nak pas pada Sham dan barang kepunyaan en mat pun ada juga.
Gambar bawah:-
Setelah plastik dibuka, Sign kerepot Minum-lah dari Perak yang En Mat beli buat rujukan. Kalau ikutkan skala 1-10, Adusss takde dalam skala langsung. Muka depan.
Tapi takpelah , dalam tahun kebelakangan ni, berapa kali pernah nampak sign gambor cam gini, ekkk.Muka belakang. Kalau ada rejeki boleh upgrade. Yang kat bawah ni, gambar botol langsung terpadam.
............................................................................................................................................................
Gambor yang terakhir, kat bawah 'utk rujukan sahaja' ni en mat ambil dari Flea Market di PJ, minggu terdahulu dari meja Mr Rani, dan dengor khabornya dah bertukar tangan. Dah SOLD. Tokei jangan mara noooo. Minumlah Coca Cola 'ribbon bawah'.

Wednesday, August 15, 2012
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Di kesempatan ini En Mat ingin mengucapkan Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin kepada semua pelayar blog En Mat, juga mohon ampun dan maaf jika semasa menulis blog ada yang terkasar bahasa, terkasar kata.
Wassalam
Wassalam
Sunday, August 12, 2012
Apa yg korang nampak? En mat nampak ayam yg hampir pupus di Malaysia.
Iklan ni dipublish di laman web lelong pada 2 minggu sudah. Ianya nampak seperti iklan yang biasa biasa. Si penjual ingin menjual beberapa set tin coca cola. Pada mulanya en mat pun anggap seller ingin menjual tin biasa-biasa sahaja, tetapi apabila diamati dan dibuat perincian, tin ni nampak lain dari yang lain.
Lantas en mat menghubungi seller dan servis pun bertukar tangan. Tin yg sudah di bungkus dan di bawa pulang.
Ya, seperti yg dijangkakan Tin Cap Ayam utk perayaan Gong Xi Fa CAi, Jalan Foss. dan disebelahnya tin Piala Dunia 1994. Pembelian terbaik dgn harga RM 45.00 utk set no 7. Estimated value RM 450.00..Kaching.....Thursday, August 9, 2012
Nasi Goreng Udang, macam air di lautan
Main barangan kolektibel ni macam air di lautan Kamil 'ada banyak', kalau hang rasa barang yg hang jumpa tu rare, payah nampak, ada satu je, hang tunggu je la, suatu masa akan keluar yg lagi rare, pastu yg kata rare pulak bersepah keluar... kata kata yg keluar dari runner tersohor geng PAIP...
aku menggeleng kepala tidak, mengiya pun tidak dan menggangguk pun tidak... cuma memikior betul atau idak ke cakap otai ni sambil tangan aku mengopek udang yg menimbun atas nasi goreng semasa kami sedang makan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai di area Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebelum posa dulu.
Nak jadi cerita, tahun lepas seorang runner tersohor di Selangor menunjukkan kepada en mat 2 kotaks yang membuatkan en mat terliur, tetapi disebabkan en mat ni bukan jenis yg suka berhutang dengan Along ataupun Ceti haram semata-mata utk membeli barangan kolektibel maka air liur masin pun meleleh kat tepi mulut, bak kata cerita Oh My English 'Mouth Watering'. Dalam hati en mat berkata-kata, melepas la pulak, barang dah ada depan mata bior pergi begitu sahaja.. entah boleh dapat lagi ke idok...
TETAPI memegang kata-kata runner tersebut main barang Kolektibel macam air di lautan, en mat terus memegang kata-kata tersebut... sehinggalah suatu hari pada bulan Ramadhan yg mulia ini, en mat mendapat panggilan bukan dari Panggilan Hangit tetapi dari seorang runner Retro di Selangor...
Hei En Mat hang buat apa pagi pagi ni? Tidoq lagi ka? Mai datang umah aku, katanya dalam loghat Taiping...
Ok lagi setengan jam aku mai..
Sampai je ke dalam rumah beliau en mat terus terjah ke satu kotak yang en mat pernah nampak suatu masa dahulu..
Alhamdullilah, kalau dah rezeki tak kemana.. kata en mat dalam hati. Eh bro, juai kat aku, barang nih. Eh... hang nak ke, aku ingat esok nak bawa pi Amcorp. Takpelah hang punya pasal, aku juai kat hang RM ..... Setelah deal harga yg kata omputih win win situation.... now Kotak Yo Yo beserta sedozen Yo Yo didalamnya kini menjadi milik en mat.
Excited punya punya pasal en mat baru teringat budget beli yo yo ni sebenarnya nak beli baju melayu kat Wisma Yakin. Nampak gayanya tahun ni pergi sembahyang raya terpaksa pakai t shirt Pagoda dengan kain pelikat la jawabnya...
Oh...berbalik kepada kisah runner tersohor PAIP tadi korang percaya atau tidak 100% terpulang pada diri masing masing samada pernah mengalami situasi air di lautan, renung-renungkanlah dan senyum-senyumlah serta tersengih-sengihlah sorang-sorang.
Oh ....berbalik kepada posting en mat yg terdahulu samada berblog atau... rasanya en mat akan terus berblog kerana NAWAITU natijah permulaan bukannya Nawaitu saumaqhadin diwujudkan blog ni dahulu pada tahun 2009 adalah utk rujukan en mat semata-mata.
Selamat berpuasa
pekena nasi goreng udang berbuka mesti best nih... cis dah lima enam kali telan air liur masa menaip nih..

Tuesday, August 7, 2012
Blog dah Menopupus
Testing testing
Ada lagi ke orang nak baca blog en mat ni.
Sejak adanya medium FB, Tuit dan ntah apa nama lagi ntah, semuanya begitu mudah, ambil gambar pakai S3, muat turun kat Wall , berdesup komen masuk, LAJU, ialah penggunanya pun dah menjangkau 1 Billion.
Itu belum kira kat FB yg ada macam macam Kelab.... klik gambo share, klik gambo share... kekadang ada jugak gelihati, gambo yg nak share pun PM harga... he he
Mana nak sama cam Blog, dah kira menopupus, satu hari orang surf pun boleh kira dengan jari. Ini yang tengah berfikir fikir .....hmmm teruskan berblog or .....

Thursday, June 7, 2012
KL Classic & Vintage Family Fair
Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
16 Jun 2012, Hari Sabtu, 09 pagi - 12 malam.
Pameran dan Jualan Barangan Vintage serta Live Band.
Botologi akan berada di SANA, SANA, SANA
Monday, June 4, 2012
Missing Korea crate and bottle.
En mat baru dapat info dari sumber sumber yg boleh dipercayai ada satu lagi, crate dan bottle yg en mat missing, KOREA. So pemburuan belum berhenti lagi.
Agaknya rupe macam kat atas ke gamaknye...
Agaknya rupe macam kat atas ke gamaknye...
Tuesday, May 22, 2012
dan yang terakhir no 6 - enjoy coca cola
Saturday, May 19, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Sunday, May 13, 2012
Saturday, April 21, 2012
apa yang special
cuba perhatikan betul betul....
mahir super , white rim. spesies terakhir yo yo dari malaya
pernah di bid di eb*y filipina oleh bro nazrin , tetapi kesilapan dari pihak penjual, telah menyebabkan bro nazrin terlepas, yo yo mahir, white rim dari di bawa pulang ke Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)

.png)