aku menggeleng kepala tidak, mengiya pun tidak dan menggangguk pun tidak... cuma memikior betul atau idak ke cakap otai ni sambil tangan aku mengopek udang yg menimbun atas nasi goreng semasa kami sedang makan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai di area Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebelum posa dulu.
Nak jadi cerita, tahun lepas seorang runner tersohor di Selangor menunjukkan kepada en mat 2 kotaks yang membuatkan en mat terliur, tetapi disebabkan en mat ni bukan jenis yg suka berhutang dengan Along ataupun Ceti haram semata-mata utk membeli barangan kolektibel maka air liur masin pun meleleh kat tepi mulut, bak kata cerita Oh My English 'Mouth Watering'. Dalam hati en mat berkata-kata, melepas la pulak, barang dah ada depan mata bior pergi begitu sahaja.. entah boleh dapat lagi ke idok...
TETAPI memegang kata-kata runner tersebut main barang Kolektibel macam air di lautan, en mat terus memegang kata-kata tersebut... sehinggalah suatu hari pada bulan Ramadhan yg mulia ini, en mat mendapat panggilan bukan dari Panggilan Hangit tetapi dari seorang runner Retro di Selangor...
Hei En Mat hang buat apa pagi pagi ni? Tidoq lagi ka? Mai datang umah aku, katanya dalam loghat Taiping...
Ok lagi setengan jam aku mai..
Sampai je ke dalam rumah beliau en mat terus terjah ke satu kotak yang en mat pernah nampak suatu masa dahulu..
Alhamdullilah, kalau dah rezeki tak kemana.. kata en mat dalam hati. Eh bro, juai kat aku, barang nih. Eh... hang nak ke, aku ingat esok nak bawa pi Amcorp. Takpelah hang punya pasal, aku juai kat hang RM ..... Setelah deal harga yg kata omputih win win situation.... now Kotak Yo Yo beserta sedozen Yo Yo didalamnya kini menjadi milik en mat.
Excited punya punya pasal en mat baru teringat budget beli yo yo ni sebenarnya nak beli baju melayu kat Wisma Yakin. Nampak gayanya tahun ni pergi sembahyang raya terpaksa pakai t shirt Pagoda dengan kain pelikat la jawabnya...
Oh...berbalik kepada kisah runner tersohor PAIP tadi korang percaya atau tidak 100% terpulang pada diri masing masing samada pernah mengalami situasi air di lautan, renung-renungkanlah dan senyum-senyumlah serta tersengih-sengihlah sorang-sorang.
Oh ....berbalik kepada posting en mat yg terdahulu samada berblog atau... rasanya en mat akan terus berblog kerana NAWAITU natijah permulaan bukannya Nawaitu saumaqhadin diwujudkan blog ni dahulu pada tahun 2009 adalah utk rujukan en mat semata-mata.
pekena nasi goreng udang berbuka mesti best nih... cis dah lima enam kali telan air liur masa menaip nih..
No comments:
Post a Comment