Tuesday, July 19, 2011

reward your curiousity


akhbar the sun , vanilla coke, bertarikh Januari 2004.


Saturday, July 16, 2011

fakta tentang tray 3 serangkai

En mat pernah posting tentang tray 3 serangkai tersebut pada ogos 2009, pada masa tersebut fakta atau bahan bukti bergambar tiada lagi dan hanya sembang kosong dan pada kesempatan berkunjung kerumah otai Coke, Pok Mi di Bandar Sri Damansara, kami terpandang crate kertas 24 tin , mengandungi promosi Koleksi Dulang Coca Cola. Apalagi bro nazrin mohon izin utk snap photo utk dibuat rujukan.

Entry berkenaan Koleksi dulang coca cola malaysia.
http://ahkaba.blogspot.com/2009/08/tray-coca-cola.html

terimakasih pok mi atas fakta Koleksi Dulang Coca Cola 3 serangkai. Bukan apa kekadang ada orang tanya , dulang ni ada berapa jenis , macamana rupa 3 gambar tu, betul ke sini punya promosi, dlll.... so dengan adanya fakta...senang sikit kerja en mat... kau rujuk blog aku lah....

Tuesday, July 12, 2011

tak dapat poster dapat simpan baju pun jadi la...


khabarnya baju semacam gini pernah dipakai oleh penyanyi utama kumpulan Freedom 'Arwah Seha' semasa menjayakan satu sesi photo shoot utk iklan coca cola olimpik 1988 seoul versi Malaysia.

replika baju ragbi - jika arwah masih lagi hidup mau rasanya en mat redah pi cari tandatangan penyanyi seha nie...

label leher
butang emboss coca cola clothes


printing coca cola di hujung baju.


Saturday, July 9, 2011

pemukul kelawar

bhg belakang gambarajah pemukul kelawar

Rusel ding-bat
bhg hadapan

It's the real thing. Coke
Minumlah
MAHIR -SUPER
bhg bawah tempat pemegang.

Ini adalah kali kedua saya dapat memegang ding bat, dimana kali pertama adalah 7 tahun dahulu apabila ada collector yg pernah membawanya ke pasar pagi tersohor di Pj, selepas itu kisah ding-bat , hilang begitu sahaja dan timbul kemudian selepas 7 tahun pada minggu lepas.... terbaikkkk


Thursday, July 7, 2011

apa yg special tentang tin piala dunia 1998 ini?

Ianya sama seperti tin piala dunia 98 yg lain...tetapi...

ianya adalah koleksi tin separa siap, Minum , Buktikan dan Menang

tin yg belum di letakkan penutup/tudung dan belum diseal..

ouchhh.. berhati-hati , tajam tu en mat...

Bercakap tentang kelayakan Piala Dunia, pasukan Harimau Malaya akan berentap dgn Team dari Singa Temasek pada 23 Jul & 28 Jul. Apalagi ayuh gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Jul.

Kepada pasukan olimpik, setelah undian dilangsungkan hari ini di AFC Bkt Jalil, Harimau Muda Malaya itu akan berada bersama dgn team Nippon, Bahrain dan Syria...

Pegang kepada prinsip , Apa Pun Tak Mustahil ....dan buang prinsip Apa Pun Tak Boleh (Kumpulan Jambu)

MALAYSIA BOLEH.... SATUUUUUU MALAYSIA he he he

Wednesday, July 6, 2011

barang yg lepas jangan dikenang


Lirik dan bait lagu serta gambar ini ditujukan khas kepada bro fitri.....

hai barang yang lepas , janganlah dikenang (seniman agung P.Ramlee)


dibawah ini adalah gambar hiasan sahaja.

Tuesday, July 5, 2011

nst december 26 , 1998


apa yg menarik di paper nst pada 26 dec 1998


iklan promosi setin coke hanya RM 1.00




terimakasih daun keladi



terimakasih daun keladi kepada penganjur (kak liza & suami -kedai ipoh loken) kerana berjaya menganjurkan garage sale di anggerik mall tempoh hari. Terimakasih kepada semua peserta yg mengambil bahagian yg datang dari jauh dan dekat.

Insyaalah jika ada masa kita berjumpa lagi, mungkin selepas ini event Garage Sale boleh diupgrade kepada event Flea Market, lebih komersial... jumpa lagi semua..

cikgu shafi AF9 pun ada autograph kat plak en mat...

Saturday, July 2, 2011

garage sale anggerik mall shah alam


Jom meriahkan garage sale di anggerik mall, shah alam, esok ahad 03/07/2011 dari jam 10.00 pagi hingga jam 04.00 petang.

Gambar diambil dari FB Chapit (permisi bro) utk event garage sale pada hari sabtu 02/07/2011 di anggerik mall ( yg baru habis berlangsung pada petang tadi).

utk makluman garage sale ini berlangsung selama 2 hari, sabtu 02/07 dan ahad 03/07/2011.

macam macam ada
used
pml
jb mai


button mai dari JB, ada berani...cunnn



koleksi fitri
koleksi gelas
BOTOLOGI pun memeriahkan event pada hari ini dan esok..

Dijangkakan Botologi akan menambahkan lagi jumlah kapasiti botol pada hari ahad...


jom pi anggerik mall, shah alam dan meriahkan garage sale di sana..

ahad 03/07/2011 jam 10.00 pagi - 04.00 petang.

Wednesday, June 29, 2011

mug coca cola kru awas da concert

AWAS gerak langkah mu wo hoooo, teringat bait-bait lirik lagu AWAS. Tapi en mat bukannya rapper, tetapi seorang Thrasher. Dahulu lagu ni selalu diputarkan di corong radio, itu yg kembali teringat bait liriknya....


Mug Coca Cola KRU Awas da concert keluaran tahun 1995.

en mat tak pernah lihat lagi mug ni di market, tu yg berani sambar walaupun condition, dah crack sedikit.

utk rujukan dan pengkatalogan, kolabarasi antaran coca cola dan Kumpulan KRU

apa??? beli kat central market. Pi la hang beli, korek gerobok /lemari kot ada terperuk kat CM nun . Yang penting en mat dapat dari tangan org yg ada hubungan dgn pengeluar air minuman tersebut .

Tuesday, June 28, 2011

coca cola fat bottle 500 ml (2)

BERITA TERKINI 02/07/2011

UTK PENGETAHUAN SI GEMUK INI (FAT BOTTLE) TELAH DILAMAR OLEH SANG PUTERA DARI NEGARA TEMASEK.

terbaik dari ladang -ini adalah kali kedua en mat mendapat fat bottle 500 ml ini setelah lama memburunya.

Ini lah dikatakan rezeki, kekadang tu walaupun kita ada duit tetapi kita pi rumah collector dan depa tak mau jual, duit kita ni umpama tak laku. Rezeki en mat kali ini , ada collector/seller yg sudi menjual kepada en mat. Rezeki jangan ditolak... tq bro..

mana dah nak dapat condition yang cun melecun kalau dah berpuluh tahun botol ini dikeluarkan.


kalau mengikut alamat Jalan Foss, Kuala Lumpur, Poskod pun belum lagi diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan POS, pada waktu botol ini dikeluarkan, bayangkan dah berapa puluh tahun dah usia botol ini.
tudung ribbon satu line kat bawah..


ok lah utk entry permulaan kali ini setelah berminggu blog bersawang bahana cuti sekolah dan ekspedisi ke pantai timur - Jalan Jalan Cari Makan dan Ekspedisi Hunting Crate.

Nanti kalau dah lama sangat bersawang kena sound pulak dgn kengkawan ...woiiittt mana entry terbaru ...he he he

Biar cempedak dari nangka,
biar adak dari tak ade...


Thursday, May 26, 2011

cuti sekolah

utk makluman blog en mat tidak akan dikemaskini (tiada posting baru) selama 2 minggu kerana cuti sekolah.

KELANTAN HERE WE COME....