Tuesday, May 18, 2010

tin coke a.k.a anak gergasi

Minggu ni en mat nak berkongsi cerita tentang tin coke a.k.a anak gergasi. Pada posting yang lepas telah ada entry berkaitan tin coke gergasi di Genting Highland tetapi telah di tanggalkan iklan tin coke tersebut. http://ahkaba.blogspot.com/2010/04/tin-gergasi.html


Menurut orang-orang yang tinggal di sini tin tersebut telah di recycle dan dibuat lokomotoif untuk monorel di Genting Highland.

Gambar bawah:- Inilah dia tin coke gergasi yg telah dibuat lokomotif monorel , gambar ini ehsan daripada Mr & Mrs Coke Malaya yang telah berpacaran ke Genting Highland baru-baru ini.


Berbalik kepada kisah anak gergasi, rupa-rupanya tin gergasi tersebut mempunyai dua orang anak. kedua -dua anak gergasi tersebut telah dijumpai dibuang di tempat barangan recycle di Bentong dan di jumpai secara tak sengaja semasa en mat dan otai megat melalui kawasan tersebut semasa proses ekskavasi di kawasan Pahang minggu lepas.


gambar bawah :- Otai megat sedang meninjau -ninjau keadaan sekeliling kot-kot ada anak gergasi lain di kawasan sekitar.


Kedua-dua anak gergasi ini ditinggalkan setelah kami tidak menjumpai cara atau kaedah bagaimana untuk mengangkut anak gergasi ni menggunakan kereta kancil en mat .

Di beritahukan juga kami tidak menjumpai tokei kedai tersebut untuk bertanyakan berapa wang hantaran untuk meminang. Amacam Mat Sidin .. tin ni kalau gantung kat kiri kanan pintu masuk rumah cun oooo.

5 comments:

MgtBobber said...

Cilakak Che Matt!!

Eis' Antique said...

hahaha..! gambak mgtbobber tengah sekodeng apa tuu..! Oii..Che Mat lain kali bawa tali ikat atas kancil baru nampak macam teksi sikit..memang cunn giler..! dari pahang balik KL boleh ambil penumpang lagi hahaha..! KITA MINUMM DULUU.. BBRRRRRR...!!!!!

en mat said...

bro mgt...jangan mare he he he ada masa boleh korek tempat lain pulak.

eis antique ..cadangan cam gitu la..ikat atas kete kancil , tapi setelah dibincang panjang lebar takut keta tak lepas naik genting sempah..haru biru nanti.

Iaryylr said...

EN.Mat , sewa lori pun masih berbaloi tu...

frightrice said...

Mana boleh angkat dua org tu En Mat, tin tu kurang2 kena 3 orang angkat, ahem! ahem! :)