Saturday, May 15, 2010

bang !! bayar kat mana - bayar di sini

dapat dari kedai antik Teh di PJ, sign ni en mat biasa nampak ada dua jenis size M dan XL, dan yang cam gini saiz XL.

balik opis petang khamis, dua bulan sudah, pi riiky kedai teh kot ada barang dia baru dapat. cantik... kat celah celah kepingan sign board susu ada terselit iklan plastik nie, bayar disini , besar satu kaki setengah size XL..


Kedai antik si Teh ni kalau nak pi kedai dia kena pi hari khamis, pasai hari isnin atau selasa dia pi korek barang sana Singapura atau pekan-pekan lama, so korang kena ambush lepas dia balik.

kalau kena masa, korang bole dapat barang kepala atau barang GARANG kata orang johor...he he he orang johor semua apa khabor...

confident je en mat masa bayar sign tu, pastu termenung pikir camana nak bawa balik dengan modenas kriss. terbayang camna nak rempuh federal highway dgn LDP highway.

Kete banyak cam anak ayam...arghhhhh . che mat pi keje naik motor je ..kalau naik keta keluar jam 7.00 pagi jam 9.00 pagi belum tentu sampai opis.. tu belum kira time nak balik pulak... mau jugak berejam sangkut dalam jammed... tengah tunggu kerajaan buat highway terus dari kl ke putra height , baru bole naik keta pi kerja.

Sign nie, kalau ikut hati, nak tinggal je kat kedai teh , pastu lagi dua tiga hari atau nanti hari minggu ada flea market datang ambik dengan keta, kata en mat.

tapi ... keterujaan atau excited untuk membawa balik sign bayar di sini mengatasi segalanya, sebelum nie bukan tak pernah bawak tin sign naik motor....

nah ambik kau...tegakkan sign tu dalam bakul, start motor, bertolak jam 6.00 dari kedai teh, jam 7.00 baru sampai rumah.. 40 km sejam. Bukan apa , kalau bawa laju takut angin tiup nanti patah riuk sign tu.

pasni janji dgn diri sendiri, tak buat dah aksi stunt tu, membahayakan kesihatan.

7 comments:

Eis' Antique said...

cek mat ! juai kat aku la sign tu boleh gantung kat counter aku..cun la pulak tengok..! berapa hantaran meminang ?

en mat said...

bro, buat sementara waktu, hang fotostet kaler sign nie, tempek kat board, nanti kalu che mat dapat xtra yg ori baru lepas kat hang, amacam setuju....

iaryylr said...

En.Mat , Hati-hati bawak motor..., cantiklah sign tu!

blurguyz79 said...

bro,"berapa nak bayar bang"hehehe.
ni mesti x jual.

en mat said...

IR terimakasih atas ingatan

bro Bg, en mat akan jual kalu ada xtra

frightrice said...

kena letak dlm itinerary hari khamis :) thanks bro.

en mat said...

Bro FR, ramei ramei kita serbu kedai teh hari khamis he he he