Antara barangan coca cola yang tiada di market sekarang ini adalah coca cola JUMBO bottle, terimakasih pada Amir Syndicate Shah Alam kerana telah menjual botol ni kat aku (walaupun harga agak tinggi). Yang lebih spesialnya adalah setelah aku membuat research selama berbulan -bulan dgn collector yang lebih otai, En Kamil mendapati ianya adalah antara JUMBO bottle 2 liter keluaran jalan foss yang terawal dikeluarkan oleh coca cola malaysia kerana selepas itu baru ada keluaran 2.25 liter Jumbo bottle. YAHOOOOOO....... bukan selalu dapat barang camnie wooo.....
1. JUMBO bottle 2.0 liter
Updated ...NEW NEW NEW - 23 Julai 2009
Koleksi Jumbo 2 liter Italia 1990 dari Otai Freddie Ampang. Ini yg buat aku terharu kerana ada rakan rakan yg ingin menyumbang dan turut serta menjejaki koleksi old skool barangan coca cola malaysia.
2. Antara siri Jumbo bottle siri 2.25 liter yang terawal keluaran jalan yew, off jln sg besi. Aku di fahamkan oleh seorang collector yang pernah bekerja di kedai runcit, beliau memaklumkan masalah utama Jumbo bottle ini semasa dijual di kedai runcit adalah masalah storage, susah hendak disimpan dalam fridge (sebab gemuk) makan space. Minta maaf sebab condition bottle tak berapa cantik, tekanan gas menyebabkan botol kemek, tetapi yang penting adalah ianya adalah sumber RUJUKAN utk En Kamil.
3. Selepas itu baru ada beberapa jenis lagi tetapi yang ini adalah Jumbo bottle 2.25 liter keluaran terawal di kilang di no 2 persiaran kuala selangor, shah alam setelah coca cola berpindah dari jalan sg besi .
4. Coca cola jumbo bottle double celebration hari raya and gong xi fa cai, kalau korang perhatikan alamat telah bertukar dari no 2 persiaran kuala selangor diganti dgn no 1 jln bukit belimbing.
No comments:
Post a Comment