Monday, June 22, 2009

PENGUMUMAN

WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !!!!!!!!

Setelah diperkenankan oleh penyimpan koleksi coca cola malaysia setelah bermesyuarat di Putra Heights dan di Amcorp Mall, adalah dengan ini hamba tuan punya blog En Kamil Punya Hobi mengumumkan mulai hari ini 22 Jun 2009 segala komen di dalam bolg ini yang menyerupai komen Duit, RM, Ringgit Malaysia akan dikeluarkan SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT bagi tidak menyinggung mana-mana pihak yang hidup mahupun yg sudah meninggalkan negara dan juga di kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Segala kesulitan sebelum ini hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekiranya komen hamba menyebabkan harga botol kosong coca cola melambung tinggi di pasar Chow Kit ataupun harga tin coca cola mendadak naik di Bursa malaysia. Sekali lagi ampun dipinta.

6 comments:

rimanilzah said...

seorang penjual di taiping berkata, internet ialah punca harga barang2 vintange, rare, antik, dan koleksi melambung naik.

CheRaMicHe said...
This comment has been removed by the author.
CheRaMicHe said...

Salam..

Nape ek? tak boleh jual this kind of things online ke? atau tak boleh jual dlm blog? atau tak boleh mention RM dlm blog?

ahmadkamil said...

Bro rimanilzah , nasib aku cepat sedar kalu tidak aku sendiri pung tak boleh beli barang coke pasal dah mahal.hari minggu lepas satu dulang m'sia kat amcorp berharga RM 180.00, cermin muka malaysia coke is it berharga RM 280.00, tin sign RM 250.00 perghhh.. mahal gilerrr.

ahmadkamil said...

Bro cheramiche, bukan tak boleh jual atau tak boleh mention RM, tapi seller ambik kesempatan guna harga Katalog dalam blog nie utk letakkan harga..

CheRaMicHe said...

Oh, ingatkan tak leh letak perkataan berkenaan hehe.. Yup, mungkin juga la sbb ada dlm blog ni, jadi reference pada collector lain utk jual koleksi diaorg berdasarkan harga yg diaorg dpt di internet. Kadang2 tak masuk akal harganya, tapi pada yang 'berwang' tak kisah kot?

apepun, harap dapat terus kongsi koleksi yang ada di masa hadapan :)