Monday, June 22, 2009

PENGUMUMAN

WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !!!!!!!!

Setelah diperkenankan oleh penyimpan koleksi coca cola malaysia setelah bermesyuarat di Putra Heights dan di Amcorp Mall, adalah dengan ini hamba tuan punya blog En Kamil Punya Hobi mengumumkan mulai hari ini 22 Jun 2009 segala komen di dalam bolg ini yang menyerupai komen Duit, RM, Ringgit Malaysia akan dikeluarkan SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT bagi tidak menyinggung mana-mana pihak yang hidup mahupun yg sudah meninggalkan negara dan juga di kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Segala kesulitan sebelum ini hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekiranya komen hamba menyebabkan harga botol kosong coca cola melambung tinggi di pasar Chow Kit ataupun harga tin coca cola mendadak naik di Bursa malaysia. Sekali lagi ampun dipinta.

Monday, June 15, 2009

COCA COLA COIN CAN MALAYSIA

COCA COLA COIN CAN MALAYSIA

DIPERTURUNKAN, 6 JENIS COIN CAN COCA COLA MALAYSIA YANG ADA DALAM KOLEKSI AKU, AKU DIFAHAMKAN OLEH BRO BIG COKE ADA SEBIJIK LAGI YANG AKU MISSING... MUSIC IS LIFE COIN CAN.... AZAM NIE....BURU SAMPAI DAPAT.... TAPI KORANG KALAU ADA INFO LAIN BERKENAAN COIN CAN MALAYSIA .... BAGITAU AKU LAH DALAM FORUM AKU YEA....


COCA COLA COIN CAN NIE TAKDELAH OLD SKOOL SANGAT TAPI ..... TAK BANYAK ADE KAT MARKET..

1. MICHAEL BALLACK






















2. WAYNE ROONEY






















3. MENANGI 2 TIKET KE PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2006





















4. TASTE THE CELEBRATION - SI TUMAS (SEA GAMES KL 2001)






















5. ENJOY COCA COLA












6. PERAYAAN ULANGTAHUN KE 100 1886-1986.
TAPI YG INI KAT MARKET TAKDE TAPI KAT TANGAN ORANG ADE SEBIJIK JE YG AKU TAHU.... HU HU HU... ITUPUN KAT en kamil punye hobi....

Tuesday, June 9, 2009

Bottle Coca Cola 1 LITRE

Botol Coca Cola 1 Litre


1. Antara botol yang aku tak upload lagi dalam blog En Kamil Punye Hobi adalah botol 1 litre coca cola malaysia. Nak jadi cerita adalah bloggers nie 'collector jam' http://seventhseconds.blogspot.com/ masuk chat room dan offer sebotol coca cola 1 litre Malaysia kat aku. Apalagi dgn cergas aku sms dan dgn sekali offer bersetuju dgn harga yg ditawarkan. Hari Jumaat aku bank in RM dan botol tu sampai kat pejabat aku hari Isnin 08 Jun 09. Thanks bro.



Sebenarnya botol nie aku dah ada dua bijik, tapi orang kata nak tambah buat menyemak rumah lagi... so aku belilah he he he . Lagipun sebab aku beli pasal kira murah jugaklah... kalau duduk kat Amcorp Mall atau Kedai Antik mesti melambung reganya.



Botol ni kalau zaman dulu dulu tahun 70an, orang kampung isi minyak tanah (minyak gas) atau isi minyak kelapa (minyak nyior), pasal lubang muncung dia besor, muat isi corong. Senior classmate aku mesti tau nie http://di-pasar-karat.blogspot.com/ . Itu pasallah dulu banyak kes orang terminum minyak tanah, diorang ingat air kosong, tapi utk meneutralkan orang yg terminum minyak tanah diberi pula minum air kelapa. Ish ish ish geliga jugak orang dulu ekk..



Satu lagi cerita masa aku budak-budak kalau ronda keliling kampung dan terjumpa botol ni boleh jual kat keling botol , LAKU weh... dapatlah 10 sen (tahun 70an, nilai duit 10 sen besar oi).

La ni duit 10 sen pun besor jugak nilainya tapi tahun 1971 la ye, baru ni kat ebay diorang BID duit 10 sen tahun 1971 UNC sampai harga RM 199.00 , tak percaya rujuk sahabat ni http://syilingperingatan.blogspot.com/ .




1. Bro Shah hantor guna POSLAJU - EMS (betullah orang kata poslaju nie ataupun EMS ni ESOK MESTI SAMPAI).













2. Packing yg cantik. Pastik Foam balut keliling 2 kali. Nice Packing. kalau ikut peraturan POS, barang kaca adalah dilarang... takut pecah.






















3. Tulisan COCA COLA - 1 LITRE























4. TULISAN COKE - 1 LITRE






















5. CLOSE UP - ZOOM





















6. Masa aku telefon untuk pengesahan sebelum beli botol (dahlah gambor tak tengok), so aku tanya lah SHAH kat tepi botol ada tulisan apa apa tak, MG ke, SG ke tau ada apa tulisan lain. So shah cakap ada 77 SG, dan dgn tahun pengenalan 1977 tersebut aku pun terus confirm yang itu adalah botol 1 litre coca cola malaysia.


Monday, June 1, 2009

Coca Cola Handphone Nokia 3210

Nokia 3210 - casing coca cola.

NOKIA tiga dua sekupang , three two ten atau tiga dua sepuluh. Sebelum handphone yang ada 3 G, atau yg ada camera keluar, telefon bimbit ni cukup popular suatu masa dahulu. nak jadi cerita, casing handphone nie aku jumpa masa mengemas stor rumah aku baru-baru ni. Body dia takde, jadi aku pun teringat la kat ofis aku nie ada mamat nie masih lagi pakai handphone nie, jadi aku cuba la tanye kot dia nak jual. Lepas call dia kata nak tolak RM 50.00 , apa lagi dgn pantas la menyambarnya pasal nak pair handphone dgn casing coca cola.

1. Masih lagi boleh berbakti kepada tuannnya, kalau di cas bateri masih lagi boleh digunakan.





















2. Ada satu kes pernah terjatuh dari atas kereta, tapi masih lagi tak rosak, la nie kalau yg canggih manggih ada 3 G, ada kamera, jatuh sikit habis KONG.





















3. Nostalgia kepada En Kamil kerana masa muda-muda banyak kenangan masa pakai NOKIA 3210 nie.