Friday, January 9, 2009

coca cola bottle malaysia

Coca Cola Bottle Malaysia

Botol coca cola 285 ml dan 290 ml di Malaysia terdapat beberapa versi, ada collector yang kumpul sehingga 16 botol untuk melengkapkan set dan ada yang mengumpul 12 sahaja sebagai satu set. Bagi set 12 biji , botol no 1 dan no 2 adalah yang paling susah utk didapati dan botol no 1 boleh dikatakan paling paling susah kerana setakat ini yang ada di tangan collector cuma hanya ada lebih kurang 15 biji sahaja di seluruh Malaysia .

Bagi yang bernasib baik mungkin boleh mengumpul set yang mempunyai silver cap sebagai set mereka dan jika anda adalah pengumpul baru, cukuplah sekadar belajar kumpul botol yang mempunyai air dan ada red cap atau kumpul botol kosong dahulu bagi melengkapkan set kerana di tahun 2009 cukup sukar untuk mendapatkan botol yang mempunyai air.

Bagi set 16 botol agak sukar untuk mencarinya kerana dibuat dalam kuantiti yang terhad dan dikeluarkan selama satu tahun sahaja. Antara siri yang sukar dicari adalah botol :-

i) Botol siri no 3 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Regd (tiada 285 atau 290ml) - aku pun takde botol nie....susah gila aku cari... dah korek dari perlis sampai johor.... belum cari kat sabah je.... he he he

ii) Botol siri no 4 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Registered (tiada 285 atau 290ml) - ni pun satu gak , lama mencari masih belum berjumpa...

iii) Botol siri no 5 - Coca Cola (depan belakang) Trade Mark Registered 290 ml (tiada perkataan cont ) ditulis pada badan botol. - Ini aku ada tapi sebijik je....

iv) Botol siri no 6 - Coca Cola (depan) Belakang tulisan cina (common- panjang) (rare - pendek)
- ha, yang nie aku ada 2 bijik...

Untuk makluman korang , ini adalah beberapa siri botol yang ada dalam tangan aku- so minta maaf banyak-banyak gambar tak berapa terang... kamera 3 megapixel je...

Botol coca cola

1. Trade Mark Registered

(embossed) Hobbleskirt






















2. Trade Mark Registered ( Embossed) Flat





















3. Trade Mark Registered Cont 290 ml




















4. Trade Mark Registered Cont 285ml





















5. Bottle And Trade Mark Registered (Isi 285 ml)






















6. Tanda Perniagaan Berdaftar (Isi 285 ml)





















7. Tanda Perniagaan Berdaftar (Isi 285ml)




















8. COKE - Bottle and trade Mark Registered (Isi 285ml)





















This three bottle down here (red cap-bottling in Bukit Belimbing , Shah Alam) is most common malaysia bottle, you can buy it at any 'mamak's stall' in Malaysia from RM 1.50 ( USD 0.40 cent) only. BUT>>>>>> if it 's hard to find the one with silver cap, which bottled in Jalan Foss,Kuala Lumpur and very rare. (ps ... mine is considered rare coz punch with silver cap..

9 a) Tanda Perniagaan Berdaftar - Isi 285ML





















10 b) Tanda Perniagaan Berdaftar -Untuk Minuman Sahaja - Isi 285 ML






















11 c) Tanda Perniagaan Berdaftar - Untuk Minuman Sahaja





















Aku nak bagitau korang, kalau rasa nak menciplak gambor botoiii aku nie, apapun mintak la permisi aku dulu ya.... jangan main tempek je kat blog korang....

6 comments:

storm said...

sekarang di malaysia ada tak production bottle coke 285ml?

en mat said...

Maksud new production tu, untuk botol baru ka?Untuk pengeluaran botol baru saya tak pasti tetapi botol 285 red label masih lagi digunakan & banyak terdapat di kedai kopi dan warung di seluruh malaysia dan ianya masih lagi dikeluarkan oleh kilang f&N di bukit belimbing. Untuk pengetahuan storm saya hanya listing gambar botol (rare) yang tidak lagi digunakan di kedai kopi dan kedai mamak lagi. Kalau ada gambar saya akan uploadkan botol 285 red label dan kedai kopi yg jual minuman tersebut.

en mat said...

En sanimNBT, saya telah melawat blog saudara, menarik juga blog saudara. Untuk pengetahuan tuan saya baru je buat blog ni, Disember 08. Saya fokuskan pada coca cola malaysia kerana belum ada lagi orang malaysia yg buat blog khas berkaitan coca cola malaysia sahaja. Untuk pengetahuan tuan jika saudara pernah mendengar En Daud dari Bukit Mahkota beliau adalah KING dalam mengumpul botol-botol aerated di Malaysia. Penuh satu rumah botol evolution.Jika ada foto koleksi beliau saya akan uploadkan disini.

en mat said...

En sanimNBT, saya telah melawat blog saudara, menarik juga blog saudara. Untuk pengetahuan tuan saya baru je buat blog ni, Disember 08. Saya fokuskan pada coca cola malaysia kerana belum ada lagi orang malaysia yg buat blog khas berkaitan coca cola malaysia sahaja. Untuk pengetahuan tuan jika saudara pernah mendengar En Daud dari Bukit Mahkota beliau adalah KING dalam mengumpul botol-botol aerated di Malaysia. Penuh satu rumah botol evolution.Jika ada foto koleksi beliau saya akan uploadkan disini.

sopi said...

saya ada juga sikit...botol label putih

sopi said...

saya ada juga...lebih kurang 30pcs