Friday, March 4, 2011

mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea...

Kodak oh Kodak, bukan Kodok oh Kodok. Zaman belum ada kamera digital, kita orang lama-lama nie gemor menggunakan perkataan Kodak bagi menggantikan negatif filim. "mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea" lebih kurang cam gitu lah ayatnya. Tapi sekarang masa dah berganti masa bebudak sekarang sekarang mana nak mengenal negatif filem Kodak atau Fuji, ialah celik mata dah zaman digital, semua guna kamera digital.

Posting kali ini berkaitan dengan kodak juga, tetapi bukan berkenaan negatif Kodak, tetapi Kodak Can Malaysia yang pernah dicanangkan oleh en mat yang mana ianya dalam senarai top 5 pencarian tin malaysia yang en mat tiada lagi dlm simpanan.

Untuk rujukan en mat kebiasaannya akan mem fotostat barang yang en mat tiada dan menjadikan ia sebagai satu azam untuk memburunya...

Sebaris tin bersama kertas fotostat tin kodak malaysia

kertas rujukan ini akan diperonyokkan sebentar lagi kerana...... jeng jeng jeng

Alhamdullilah, en mat telah berjaya mendapatnya... terimakasih kepada bro misteri ...nama dirahsiakan kerana membantu en mat mendapatkannya, hasil tukaran tin coke kodak dengan botol error Malaysia 'maaf botol error malaysia en mat tak sempat ambil gambar'.


terimakasih bro misteri...., pasti ramai yang tertanya tanya , tak sayang ke bro lepaskan botol malaysia error. Mengikut kata-kata otai yang terdahulu dari en mat, tak salah kalau tolak atau trade barang dgn sesama collector asalkan jangan sampai pergi ke serata dunia misalnya kerana pasti barang yang kita tolak atau trade susah kita nak tengok kembali , tetapi jika tolak atau trade sesama kita pasti suatu hati nanti jika kita pergi membuat kunjungan atau lawatan ke rumah collector tersebut pasti kita masih lagi boleh tengok atau nampak barangan tersebut...


azam... ada satu lagi single can yang en mat sedang hunting... kalu ada rezeki tak kemana...

5 comments:

Spallan said...

tahniah bro, pastinya "in seventh heaven" sekarang ni dan all the best dengan yang "satu" lagi tu.

Iaryylr said...

Syabas En.Mat! Syabas! yehaaaaaaaa!

MgtBobber said...

Bro misteri tu mesti ada lebih ni tin Kodak! Tak pun kemaruk botol error! Heheheee..

en mat said...

spallan... sedang berpeluh sekarang ni & berdebar-debar, tin pata dah ada, tapi...dekattttt tapi jauh.

IR... tq

Bro mgt...bro misteri ni kata negatif Kodak ada banyak xtra, tin kodak eellleekkk. Rasanya macam tu lah...kemaruk sangat nampaknya kat botol error...

frightrice said...

Sangat2 teruja, dasat hang punya collection :)