Monday, May 10, 2010

pelan-pelan kayuh

kisah miniature keluaran Malaya ni pernah di kongsi bersama pada entry yang lepas, jutaan terimakasih untuk bro BG dari seberang tambak, kerana membantu en mat mendapatkan set crate miniature dari ebay.sg.

satu seller di amcorp meletakkan harga ikut suka hati dia sebanyak RM3XX....tetapi alhamdullilah, dgn pertolongan collector yg bertugas di kota singa tersebut , miniature crate ini di jual tak lebih RM 4* sahaja.

inilah asam garam dan rencah dalam dunia koleksi, kadangkala kita perlu bertindak cepat tetapi kadangkala kita juga perlu rasional dan kesabaran dalam bertindak.... so pikir-pikirkan lah.

terimakasih daun keladi
ada banyak set lagi nak dicari
kalau takde aral menanti
mungkin boleh lengkap tahun ini

salam koleksi

7 comments:

Eis' Antique said...

Cek mat ! pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat..! hahaha..!

Name:sKyWaLkeRz said...

lawa ni..
ada lg x cik mat?

en mat said...

Kajang pak malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu,
Kalau cik mail pi kajang terjumpa miniature crate melayu,
Kalau dapat xtra, huloq kat en mat satu.


ternampak crate ni kat ebay kota singa,
meminta tolong orang di sana,
maaf skywalkerz ampun dipinta,
hamba ni pun baru ada satu jua cratenya.

Fitri Osman said...

satu pantun utk hang....

Korek-korek tanah jumpa botol,
Ada Coke, Mirinda, 7up dan Pepsi,
Miniature crate En.Mat cantik betol,
Ibu dah ada, anak2 sudah pasti...


hhaaa..haaa...aku chow dulu...jumpa hang sat lagi...

iaryylr said...

cantik tu, bukan senang nak dapat bawah rm4...., tahniah!

blurguyz79 said...

bro kamil.policy ebay,hehehehe.

en mat said...

bro fit3 ,
korek korek tanah jumpa botol pepsi,
terdapat juga botol torpedo dan botol guli,
anak anak telah dikenalpasti lokasi,
cuma menghitung hari.

betul bro iarrylr...

bro Bg, nyaris ..policy ebay menyebabkan miniature terlepas.