Monday, December 6, 2010

selamat bersiaran kembali - radio malaya part 1

Jari ni dah keras rasanye bila memegang papan kekunci nak menaip kat blog, ialah dah 2-3 bulan tak menaip kat blog, sejak kali terakhir en mat posting entry terakhir, pasal hi tea yang dicanang-canang kan tempohari 'insyaallah kalau takde aral kita buat yang lain'- takkan lari gunung dikejar .... ye tak???.

Sekarang En mat dah boleh menarik nafas lega apabila sesi berpindah pejabat of the year dah habis. Mana taknya bhg operasi dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi dan Seremban semuanya berkumpul di satu tempat, letih lah nak set up dan nak mengorganize ye tak?

En Mat sengaja memilih tarikh Maal Hijrah 1432 untuk membuat posting dan temanya radio kerana harapan kita berhijrah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik dan simboliknya radio kerana ada banyak siri radio yang akan diposting selepas ini dan kena dgn tajuk nya 'BERSIARAN'.

i) Radio berbentuk tin/can JALAN FOSS, MALAYSIA nie en mat ada 3 unit, tetapi yang ini condition agak baik berbanding 2 yang tidak diposting, walaupun yang ini ada berkarat skit kat speakernya, tetapi masih lagi berbunyi.


ii) Coca Cola Coke - Tanda Perniagaan Berdaftar.
yang terjojol macam ada gerigi tu tempat volume dan switch on/off.


iii) FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS

iv) RM 88 hinggit sahaja - harga 10 tahun dulu.


bercerita tentang radio yang dua biji yang rosak
a) yang pertama dan bertampal kerana ada bahagian badan radio dah koyak
b) tempat bateri dan wayar dah putus.

sekian- salam maal hijrah 1432

7 comments:

Iaryylr said...

Selamat kembali Bersiaran En Mat!

frightrice said...

Welkam back my friend!

blurguyz79 said...

siaran meliputi rangkaian kawasan liputan temasek.

Fitri Osman said...

kebaboo..!!!

MgtBobber said...

Meeting bila nak buat..?? Plan 2011 kena atur dah ni..

en mat said...

bro IR, terima kasih.
BRO FR.. TQ.. ada info kita share ramai ramai.
BRO BG, siaran meliputi seluruh dunia he he he
Bro FT3, kebaboooo... perang kat mana tu?... Korea utara vs selatan ke?... he he he ...
Bro mgt...setuju...pelan 1 ..another trade fair 'maybe yaohan the mall' & pelan 2- hari coca cola sedunia on Mei... nanti kita disuss lebih lanjut.

Wadi said...

Bos,boleh tanya sikit? Saya pernah jumpa tin coke yang berbelang ni tapi tertimbus dalam tanah,boleh tahu tin berbelang ni keluaran tahun bila?