Friday, December 31, 2010

ini bukan variasi la !!!!!

Ini gambar anak en mat dgn sepupunya tengah menjerit.....'ini macam" bukan variasi la!!!!

Coca cola ada mengeluarkan tin coke baru ...tak tau la utk apa... krismes ke, tahun baru 2011 ke atau chinese new year... pengajaran penting - lain kali kalau nak keluarkan sesuatu design keluarkan lebih sikit modal... mentioned kat tin ... utk keluaran perayaan apa... bukannya apa, di dalam blog, muka buku FB, laman lelong masing-masing ada teori tentang keluaran/versi tin coke yang sekor nie. Yang pastinya tin coke nie utk perayaan apa ni???? siapa nak jawab...

berbalik kepada tajuk asal variasi, ada banyak perdebatan/perbincangan berkaitan warna pada tin keluaran nie, ada yang terjumpa merah terang dan ada yang terjumpa merah pudar.. pada en mat itu , warna terang/pudar pada tin bukannya melambangkan VARIASI....

sebenarnya pada can world cup terdahulu en mat ada berjumpa dengan tin coke yang cam gini, ada yang pialanya terang dan ada juga yang gelap. Pada pendapat en mat mungkin mamat Bangla , pembancuh warna pada kilang pencetak terlebih bancuh warna hitam pada adunan warna, tu yg menyebabkan tin coke world cup ni gelap sikit... atau pun dia terlelap masa bancuh warna... wallahualam
gambar close up
kalau nak di takrifkan variation yang sebenarnya camgini

i) trade mark registered

ii) trade mark regd
haaa ... yang cam gini, betul-betul variation... trade mark regd vs trade mark registered

apapun bab bab variation ni terpulang pada diri individu masing masing utk buat penilaian , tapi yang pastinya en mat happy kerana terdapat banyak variasi dalam dunia pengkoleksian air coke/soda / dunia botologi pada tahun 2010 yang lepas. Semoga tahun yang mendatang 2011 akan terdapat pelbagai variasi bagi dunia botologi dan dunia koleksi secara amnya.


SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA!!!!!!!!!!

Thursday, December 23, 2010

cer cerita..cer cerita...cer cerita...

Dialog popular dari HKLBR . Dari minggu lepas dah start busy dgn anak-anak, layan wayang TRON kat The Garden , pastu layan Hantu Kak Limah Balik Rumah HKLBR kat Summit.

Minggu Krismas ni tambah lagi kebusyan dgn holiday ke Penang dari 25-27. Boleh la lupakan sekejap Jullian Assange dgn Wikileaksnye, Salji tebal kat airport Heathrow, Perang saudara di semenanjung Korea dan di M...... jangan fikir bukan-bukan Mindanao la... dan bolehlah release tension jap dgn korek barang kat kedai antik area george town, harap dapat jumpa barang Garang.

Tadi telefon dato chua, ropa-ropanya dato pun akan holiday ke penang pada tarikh yg sama, bezanya en mat akan gunakan penerbangan tambang murah, tetapi beliau drive sendiri. dan yg pastinya beliau telah mengarrange utk berjompa dgn collector penang, bro Yap, kali sesi teh tarik dgn dato di Penang la pulak. Cam biasa story mory akan menyusul sekembalinya en mat dari penang.

yang menariknya tentang penang, pasti akan ada barang yg best akan pasti dapat di bawa pulang, seperti kali terakhir en mat berkunjung dahulu. Harap kali ini pun akan berlaku perkara yg sama, walaupun org berkata penang dah takde barang.

So Selamat menyambut hari krismas kepada para kolektor dan pembaca blog en mat yang menyambut hari natal... Meri Krismes.


Sunday, December 19, 2010

Headphone radio malaya part 2

Headphone AM-FM ni teman beli dari kedai Jeanne tkt 3, amcorp mall beberapa tahun lepas. Teman biasa nampak yang terboleng (tiada kotak) tetapi yang teman teruja nak beli yang nie kerana masih lagi berkotak/mint kata org putih.

Radio nie sebenornya banyak dijual oleh seller-seller kerana org tidak menggunakannya kerana saiznya yang gedabak. Korang bayangkan pakai Headphone ni semasa Jogging atau di Gym, sah sah di label org tak betul, pasal la ni org pakai yg cenonit/comel je.

i) Ada logo fanta - Senyum gembira dengan coca cola. Kotak tertulis MINUMLAH, plastik bubble pun masih ada lagi beserta dgn wayar.

ii) di side yg lain pun ada logo fanta tapi tertulis bahasa penjajah- Have a coke and smile.


iii) tuner AM-FM, adjust volume & adjust siaran


iv) headphone ni menggunakan bateri saiz .....saiz apa ni ha???? punat dua dua di atas.


iv) harga masa teman beli dulu dulu baru RM 68, dan tuan puan masih lagi boleh membelinya di MUDAH.MY radio nie, tapi harganya tiga kali ganda la ye.

Sesiapa ada info/poster atau yg tahu asal usul radio nie, boleh la share..

Monday, December 6, 2010

selamat bersiaran kembali - radio malaya part 1

Jari ni dah keras rasanye bila memegang papan kekunci nak menaip kat blog, ialah dah 2-3 bulan tak menaip kat blog, sejak kali terakhir en mat posting entry terakhir, pasal hi tea yang dicanang-canang kan tempohari 'insyaallah kalau takde aral kita buat yang lain'- takkan lari gunung dikejar .... ye tak???.

Sekarang En mat dah boleh menarik nafas lega apabila sesi berpindah pejabat of the year dah habis. Mana taknya bhg operasi dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi dan Seremban semuanya berkumpul di satu tempat, letih lah nak set up dan nak mengorganize ye tak?

En Mat sengaja memilih tarikh Maal Hijrah 1432 untuk membuat posting dan temanya radio kerana harapan kita berhijrah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik dan simboliknya radio kerana ada banyak siri radio yang akan diposting selepas ini dan kena dgn tajuk nya 'BERSIARAN'.

i) Radio berbentuk tin/can JALAN FOSS, MALAYSIA nie en mat ada 3 unit, tetapi yang ini condition agak baik berbanding 2 yang tidak diposting, walaupun yang ini ada berkarat skit kat speakernya, tetapi masih lagi berbunyi.


ii) Coca Cola Coke - Tanda Perniagaan Berdaftar.
yang terjojol macam ada gerigi tu tempat volume dan switch on/off.


iii) FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS

iv) RM 88 hinggit sahaja - harga 10 tahun dulu.


bercerita tentang radio yang dua biji yang rosak
a) yang pertama dan bertampal kerana ada bahagian badan radio dah koyak
b) tempat bateri dan wayar dah putus.

sekian- salam maal hijrah 1432